Sofea memilih batu yang boleh didudukinya. Bestnya. Hilang semua masalah apabila air terjun menimpa dirinya. Segar. Gambarnya bersama Airil di tangkap Halim. Sofea memejamkan matanya. Syoknya!.
Airil mencubit pipi Sofea membuatkan Sofea terkejut.
“Airil jahat.” Airil ketawa melihat Sofea yang mula marah. Dia tahu marah Sofea tidak lama.
“Sorry, sayang. Pia terlampau cute bha tadi. Hahahaha.” Cepat-cepat Airil meninggalkan Sofea di situ. Takut Sofea mencubitnya kembali. Sofea yang kegeraman menyimbah air kea rah Airil.
“Sejuk!’’
“Padan muka’.’’
Kemesraan jelas terlihat diantara mereka.
Liyana dan Luna sibuk bergambar. Macam-macam aksi dilakukan mereka. Halim pula sibuk mengacau dengan menyimbah air kea rah Liyana dan Luna. Luna duduk di atas batu sambil kakinya berlunjur ke dalam sungai. Ala-ala puteri zaman dahulu gayanya. Liyana berdiri di atas sebuah batu yang agak jauh untuk menangkap gambar Luna.
“Jauhnya tu Liya.” Halim menegur.
“Dekat sikit lagi..” Liyana tersengih mendengar teguran Halim. Dia melangkah sedikit ke hadapan. Batu yang agak licin menyebabkan dia tergelincir lalu jatuh. Halim yang melihat keadaan itu terus mendapatkan Liyana. Luna yang terkejut dengan keadaan itu terus bangun dan menghampiri Liyana.
“Liya, okay juga kau?” Wajah Liyana berkerut menahan sakit.
“Alahai…..sorry Liya.”
Airil dan Sofea yang melihat Halim, Liyana dan Luna berkumpul menghampiri mereka.
“Hey, kenapa ni ?” Airil bertanya.
“Liya terjatuh,’’ Luna menjawab.
Airil membelek-belek kaki Liyana. Kaki Liyana kelihatan bengkak.
“Kau boleh berjalan ka ni ?”
“Nda tau.”
“Cuba.” Liyana cuba menggerakkan kakinya.
“Arghhh sakit. Macam nda dapat bha.”
“Pia tolong ambilkan minyak.” Sofea mengangguk lalu pergi mengambil minyak di dalam beg Airil. Mujur sahaja Airil jenis yang suka membawa minyak.
Airil cuba mengurut kaki Liyana. Kemahiran mengurut yang ada padanya nyata tidak sia-sia. Boleh juga digunakan pada waktu genting begini. Payah juga kalau Liyana tidak boleh berjalan. Macam mana mahu turun. Sudahlah jauh.
“Macam mana sekarang ?” Airil bertanya. Liyana cuba menggerak-gerakkan kakinya, Dia mengangguk perlahan.
“Bolehlah. Nda kan mau minta kamu dukung aku.” Sempat Liyana berlucu menyebabkan mereka tertawa.
‘’Liya, .kalau kau sakit. Kasitau jak ya. Jangan kau laju-laju. Pelan-pelan jak kita jalan.” Liyana mengangguk mendengarkan kata-kata Airil. Kini perhatian Airil lebih kepada Liyana. Beg sandang Liyana digalas oleh Sofea. Mujurlah begnya tidak terlampau berat.
Share this novel