BAB 12

Romance Completed 7017

Sofea mengikut langkah kaki Mr Azlan. Mereka berjalan beriringan. Namun Sofea hanya mendiamkan diri. Risau juga dia kalau mereka dilihat oleh pelajar-pelajar Mr Azlan. Mahu kecoh satu kampus nanti. Matilah.

Mr Azlan membukakan pintu kereta kepada Sofea. Memang gentleman. Tapi Sofea merasa semakin meluat dengan gelagat pensyarah muda itu. Hairan dia macam manalah orang yang perangainya seperti Mr Azlan tu boleh menjadi seorang pensyarah. Sudahlah tak professional, tak matang lagi. Baginyalah. Bagi orang lain dia tidak tahu.

“Kita makan dulu di , ya. Bolehkan ?” mengangguk tidak menolak pun tidak.Ikut sahajalah.

Mr Azlan memarkir keretanya di perkarangan Nexus Karambunai. Sofea langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Padahal dalam hatinya rasa sedikit bangga kerana berpeluang juga merasai dinner di Nuxus Karambunai. Five star hotel seyh. Manalah dia mampu.

“Awak ada masalah ke ?” Mr Azlan membuka soalan setelah beberapa minit masing-masing mendiamkan diri di meja makan. Sofea Cuma diam. Makanan di hadapannya di makan penuh berhati-hati.

“Sofea, saya bukan nak sibuk fasal awak. Tapi semua tutorial yang saya bagi minggu lepas awak tak dapat buat. Bukan macam sebelum ni. Saya tak nak awak fail. Kalau ada masalah tolong professional. Jangan campur adukkan masalah peribadi dengan pelajaran awak. Kalau awak tak boleh buat saya boleh tolong.”

Professional ? Tolonglah. Mahu termuntah Sofea mendengar ayat yang keluar dari bibir lecturer muda itu. Kalau ada masalah tolong professional. Jangan campur adukkan masalah peribadi dengan pelajaran awak. Mahu sahaja dia ketawa berdekah-dekah di depan Mr Azlan mendengar ayat itu. Namun niat itu hanya tersimpan nun jauh di sudut hati. Nanti apa kata dia pula.

“Thanks sir. Saya akan okey lepas ni. Percayalah.” Perlahan Sofea berkata.

“Baguslah kalau macam tu. Jangan asyik bercinta sahaja sampai lupa dunia.” Merah padam wajah Sofea mendengar nasihat yang berbisa dari Mr Azlan itu.

Selepas makan, Sofea dihantar Mr Azlan balik ke asramanya.

“Kau marah aku ka sayang ?” Airil bertanya kepada Sofea setelah mereka selesai belajar bersama-sama. Sofea diam. Langsung tidak menjawab pertanyaan Airil.

“Pia!.aku rindu Pia yang dulu. Yang ceria. Yang mudah tertawa. Bukan Pia yang begini. Pia yang masam cemberut. Nda cantik sudah mukamu, sayang.” Airil cuba menarik perhatian Sofea. Sia-sia, Sofea masih begitu. Tiada reaksi.

Lama mereka berdiam diri di situ. Airil seolah-olah tidak tahu bagaimana mahu memujuk Sofea. Bukan tidak di beri coklat. Namun hanya ucapan terima kasih yang diterima. Tiada lagi senyuman manis menghias wajah Sofea. Rindu dia dengan senyuman menawan gadis itu.

Sofea memang pandai menyembunyikan masalah antara mereka. Di depan kawan-kawan yang lain dia masih lagi dilayan seperti dulu. Sampai tiada orang pun yang dapat menghidu kedinginan hubungan mereka. Cuma Mr Azlan sahaja yang perasan Airil dan Sofea seperti mempunyai masalah. Itupun setelah dia terserempak dengan Sofea bersendirian Bandar Kota Kinabalu.Tutorial yang diberikan langsung tidak dapat dibuat dengan baik oleh Sofea menyebabkan lecturer muda itu semakin menyedari perubahan Sofea.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience