BAB 3

Romance Completed 7017

Sejak hubungannya dengan Airil, Mr Azlan seolah-olah sudah faham. Namun kasihan juga pada Airil kerana kadang-kadang Airil dimarah dan diperli. Langsung tidak professional. Dia yang melakukan kesilapan Airil yang menerima habuannya. Alasannya ? Tiada alasan. Sengaja mahu membalas dendam barangkali.

“Apa bah ni, nda ku faham.” Airil termenung mendengar rungutan Sofea. Sudah 2 kali dia menerangkan kepada Sofea namun Sofea langsung tidak menunjukkan tanda yang dia faham dengan penerangan Airil.

“Ril sorry. Aku betul-betul nda faham.” Wajah Sofea dirundung sedih.

Kenapalah dia bengap sangat. Kasihan Airil. Penat menerangkan kepadanya tetapi langsung tidak difahaminya.

Airil cuma diam. Kasihan pula dia melihat wajah sedih Sofea. Dia masih berfikir macam mana cara yang paling mudah untuk difahami Sofea. Akhirnya dia mencapai sebatang pen dan melakar sesuatu di sekeping kertas.

Sofea tersenyum melihat lakaran Airil. Dia sudah faham. Tidak perlu lagi Airil memberi penerangan kepadanya. Dia mencapai kertas yang dilakar Airil lalu menerangkannya kepada Airil. Airil mengangguk.

Tersenyum puas kerana berjaya membuatkan Sofea faham. Kagum dia dengan sikap Sofea, walaupun agak lemah dalam pelajaran namun gadis itu tidak mudah berputus asa. Keputusan examnya cemerlang. Setiap semester mendapat Anugerah Dekan. Dia tahu bukan mudah untuk Sofea mendapatkannya kerana dia sendiri melihat bagaimana Sofea belajar.

Beberapa kali diberi penerangan masih belum faham. Namun itu bukan alasan untuk dia gagal.

“Astaga, senang saja rupanya.” Sofea ketawa. Senang hatinya apabila sudah memahami. Mudahlah baginya untuk mengingatinya. Nanti giliran dia pula mengingatkan dan menerangkan kepada Airil kerana Airil cepat lupa. Tetapi lelaki itu cepat faham. Sofea hanya perlu menyebut kata kunci atau memberi sedikit klu. Airil akan tersenyum dan mengangguk lalu menyambung penerangan Sofea.

“Tau tak pe. Tapi nak exam nanti, terpaksalah kau refresh aku balik, ya.”

“Ok bos. Ditanggung beres.” Mereka berdua ketawa gembira tanpa menyedari ada mata yang memandang penuh cemburu.

“Replacement class, cuti nanti ?” Sofea mengerutkan dahinya membaca notis di whiteboard tulisan tangan Mr Azlan. Agak kemas tulisannya. Mr Azlan yang terdengar rungutan Sofea mengangkat wajahnya memandang kea rah Sofea.

“Any problems ?’’ tanyanya.

Dia hanya menggelengkan kepala.

“Nanti kita adjust.” Airil berbisik kepada Sofea. Sofea memandang Airil seolah-olah tidak setuju dengan cadangan Airil.

“If you think your plan is more important than my class. Its up to you.”

“It’s okay sir,” perlahan Sofea berkata. Namun jelas raut kecewa di wajahnya. Sinis senyuman dari Mr Azlan.

“Bencinya!” Airil menoleh ke arah Sofea yang berada disebelahnya. Dia lalu memasang lagu kegemaran Sofea. Sofea tersenyum mendengar lagu kegemarannya. Dia memandang kea rah Airil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience