Babak 6

Romance Completed 14353

Tiba-tiba…

Dengan perasaan yang curiga, Intan keluar dari biliknya lalu ke bilik Naim. Semasa Intan hendak mengetuk pintu itu, dia terdengar doa dari Naim.

“Ya Allah, Ampunilah dosa kedua ibu bapaku. Ampuni lah dosa keluargaku. Ampuni lah dosa keluarga angkatku. Ampuni lah dosa aku. Sembuhkanlah penyakit ibu angkatku. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujian-Mu. Berikanlah kepada Zaheer agar dia digolongan-Mu. Selamatkan lah Intan dari bahaya dan lindungi lah dia.. Hanya pada-Mu aku bersujud… Amin…”

Setelah menunaikan solat, Naim pun melipatkan sejadah dan meletakkan di atas meja belajar. Apabila Naim membuka dan mengayun pintu itu, dia terlihat Intan berdiri di hadapannya.

“Oh Intan, kenapa kau berdiri di situ?”

“Tak.. tak.. Aku cuma lalu saja. Sori…” Intan pergi ke biliknya.

“Ya Allah, Naim doa untuk keselamatan aku… Walaupun dia baru kenal aku seminggu je… Apa harus aku perlu buat? Mungkinkah dia jodoh aku untuk gantikan Abang Zaheer? Ish.. susahlah macam ni...Serabut bah! Aku tidur je lah.”

Semasa Intan tidur, dia bermimpi yang sama berulang kali. Intan pun…

Abang… Abang… Abang…

Intan. Intan. Intan. INTAN!

okey aku terima lamaran kau! Sepantas kilat Intan melatar.
He he he…

Apa ini Intan? Intan mengigau eh?

Kalau tak, Makna nya Intan setuju?...

Intan, sebelum kau cakap apa… aku nak jelaskan kenapa aku melamar kau. Aku tahu kau tak akan cinta aku… tapi dalam rumah ini, hanya kita berdua je. Sebelum, di timbul fitnah, kita kahwin. Aku tak paksa kau untuk terima aku sebagai suami. Walau bagaimana pun aku tetap lindungi kau. Maaf kan aku….

Baik… Aku terima lamaran kau. Tapi, aku nak macam gini je okey? Tidur bilik asing-asing… Dan apa aku nak… kau mesti tunaikan… Boleh?

Baiklah… Aku berjanji…

Keesokan harinya, Naim dan Intan sudah bernikah secara senyap. Naim pun beritahu Dato’ Iqram tentang statusnya.

Intan pergi ke bilik Naim.

Naim, aku nak sesuatu boleh?...

Apa dia?

Aku nak kau teman kan aku ziarah kubur arwah Abang Zaheer… boleh tak?

Hais dia ni, tak faham bahasa… nasib baik dia isteri aku… kalau tak…

Naim!

Boleh tak?

Boleh tapi satu syarat…

Tak kisah lah asal aku boleh ziarah Abang Zaheer.

Kau kena pakai baju ini.

Baju ini? Takde kelas langsung…

Ada sebab aku suruh kau pakai… kata tak kisah apa syaratnya. Kalau taknak… tak pAyah pergi…

Ish… memang susah bawa bincang dengan Mamat kolot tu! Nasib baik dia suami aku… kalau tak….

Ni, jadi tak!

Ja… Ja… Jadi... Jadi..

Naim dan Intan pergi ke kubur arwah Zaheer.

Naim pergi sekejap. Aku nak sendirian...

Bos, kami dah jumpa perempuan tu. dia sedang melawat kubur suaminya.

Hahaha… Bagus! Tangkap dia… Ingat! jangan terlepas lagi. Faham!

Ketika Naim dalam kereta, dia ternampak ada Van yang mencurigakan. Walaupun dia tak mahu was-was… tapi demi keselamatan Intan, dia terpaksa berjaga-jaga. Naim buka pintu keretanya lalu berjalan pantas ke arah Intan.

Kenapa dengan kau?!

Shh.. ada orang curiga belakang aku… jangan banyak cakap ikut aku je.

Intan pun ikut Naim. Naim terpaksa kasi Intan duduk belakang.

Vrooom…

Naim! Van itu kejar kita lah.

Tengoklah… sekarang dah panik kan….

So...ri...

Laju sikit! Kau ni nak kena marah dengan bos ke?

Diamlah.. Aku tengah pandu ni… kalau tak aku takleh fokus…

Hei.. hei.. Berhenti… Berhenti…

Kenapa?

Diorang pergi ke balai polis lah...

Ish… marah lagi bos kita ni…

Naim, kenapa kita kat balai polis?

Mereka tak akan kejar kita di sini… Jom, kita masuk… Aku nak laporkan ni pada polis.

okey…

Tuan, saya nak buat aduan…

Sudah sejam, Naim dan Inspector Zaidi bersembang untuk mengumpul Maklumat.

Terima kasih Encik Naim atas kerjasama awak…

Panggil Naim je… sama-sama… Terima kasih Inspector….

Zaidi je… panggil saya Zaidi.

Oh , terima kasih Zaidi.

Kembali.

Maaf Intan sebab lama sangat… Jom balik…

Tak pe aku okey… Lagipun kau nak lindung aku kan…

Hais… Perasannya kau ni… kau memang selalu macam ini eh?

Ish… apa-apa je lah…

Eh buka lah pintu kereta ni!… susah sangat! Keras macam batu ke?!

Tit. Tit!!!

Kereta masih berkuncilah… tak sabar nak balik ke?

Cepatlah!...

Mereka berdua balik ke rumah mereka. Intan asyik tertanya pada dirinya.

Naim, tadi aku terdengar kau sebut nama Encik Hashim… Kenapa? Ada apa-apa ke?

Nanti bila sampai rumah, lepas Makan malam, aku ceritakan… okey?

okey lah…

Bos. Mereka terlepas lagi…

Jahanam! Kau buat kerja ke tak?! Lain aku suruh, lain kau yang buat!

Kita dah buat apa bos suruh tapi…

Sudah! DIAM! Banyak alasan kau kan! Aku tak peduli! Kau mesti cari perempuan itu sampai dapat!

Haish! Pening kepala dengan orang aku ni!

Intan… Intan… Kau ingat kau pandai sangat… Aku rasa aku malas nak kejar kau… Apa kata kalau kali ini kau kejar aku pula…. Ha ha ha ha ha ha.... Kau tunggu saja nanti...

Kenapa ni Intan? Termenung je…

Kau tipu aku… kata janji nak cerita tapi macam tak pun…

Oh fasal itu, kau tunjuk muka… macam thosai masam je… he he he he…

Ya la tu… Kau suka nak sakat orang pulak

Sakat orang bukan sakat kau…

Ish… cerita je lah… cerita je…

okey boleh… kau kena buat aku secawan kopi… yang sedap-sedap… kalau tak, aku taknak cerita…

Yalah tuanku, patik mengikut perintah. Ampun tuanku….

Ampun tuanku, ini kopinya..

okeylah aku minta maaf… aku cerita kan apa yang berlaku. Sekejap…

Tengok… nak lari la tu…

Tak… Tak… nak ambil sesuatu.. tunggu je…

Naim ke biliknya untuk mengambil bungkusan dalam lacinya.

Intan. Ini untuk kau…

Apa ni Naim?

Buka lah… kalau nak tahu…

Eh… Hadiah dari Abang Zaheer?… macam mana hadiah ini ada pada kau?! Kau curi kan?

Eh.. Aku nak curi?... tak de masa nak curi lah... Zaheer bagi ni kat aku supaya aku bagi ini akt kau. Tapi dia nak aku bagi ini apabila aku cerita kan semua.

Aku tak faham… Jelaskan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience