Babak 1

Romance Completed 14353

“Keluarga.”

“Satu perkataan yang melambangkan tali persaudaraan yang sukar diputuskan. Walaupun tinggal berjauhan dari mereka, kita mula berasa rindu dan ingin pulang untuk jumpa keluarga kita.”

“Naim Razim.”

“Congratulations! Here’s your certificate!” pensyarah itu berjabat tangan dan memberi segulung Ijazah kepada Naim.

“Alhamdulillah, aku dah dapat Ijazah!” teriakkan Naim sambil menghulur dua telapak tangannya.

Naim sangat bersyukur kerana dia telah berusaha untuk mendapat markah yang cemerlang agar dirinya mampu mengubah nasib keluarganya yang susah itu. Dia tidak akan menghampakan permintaan ibunya dan hargai setiap pengorbanan yang abang-kakaknya berikan kepadanya.

Setelah 4 tahun belajar di University of Glasgow dalam bidang kejuruteraan, Naim pulang ke kampung halamannya untuk bertemu ibu dan abang-kakaknya. Naim sampai ke kampungnya lalu dia bergegas mencari ibunya untuk buat kejutan.

“Mak, Naim dah balik! Mak!.. Mak?! Mak kat mana?” kakinya tidak henti untuk mencari ibunya sambil memanggil.

“Mak takde disini.” kata Kak Fatin. Naim tak percaya dengan kata-kata kakaknya dan dia bertanya kepada Abang pula.

“Betul Mak takde di sini”, jawab Firman, Abang Naim.

“Abis tu Mak pergi mana? Takkan korang halau dia pulak?” Tersirap hati Naim sambil bertanya dengan nadanya yang tinggi.

“Bawa bertenang Naim, biar Abang jelaskan semuanya.” “Sebenarnya… Mak sedang mengalami ‘Parkinson’ dan 'partially stroke’. Dia tidak boleh bergerak dan perlukan rawat dari doktor luar negeri untuk pulih. Buat sementara dulu, Mak sekarang di pusat jagaan pesakit tenat.”

“Sudah 2 tahun Mak berada di sana. Abang dan Kak hanya mampu bayar kos belanja di
rumah penjagaan itu, tapi kos untuk dapatkan rawatan dari luar negeri, masih tak cukup.” Mata Firman bertukar merah lalu menitis air matanya.

“Berapa harga rawatan itu?” Naim bertanya.

“Kosnya sangat mahal. Doktor bilang kat Abang bahawa kos perawatannya adalah jumlah sebanyak RM80 ribu - RM100 ribu.” Jelas Firman.

Naim tak berkata lalu pergi ke bilik ibunya. Dia melihat gambar ibunya dan kecewa pada dirinya terhadap kesihatan ibunya.

“Mak… Naim berjanji. Naim akan pastikan Mak sembuh. Naim akan pergi KL cari kerja dan kumpul wang untuk rawatan Mak.” Naim tersedu-sedu bila berkata.

Kak Fatin masuk ke bilik ibunya dan bertanya, “Naim, kau nak tinggal sini berapa lama? Dah mula kerja ke?” Kak Fatin menjeling kepada Naim.

“Kak cakap apa? Adik baru balik kan? Kasilah dia rehat dulu.” Firman menyampuk.

“Dalam seminggu dua, Naim tinggal sini. Naim rancang nak pergi KL untuk mencari kerja.”

“Bagus lah tu. dah ada Ijazah kan… Senanglah nak dapat kerja.” sindiran kak Fatin.

Naim pergi ke biliknya sambil mengemaskan barang-barangnya. Semasa dia kemaskan barangnya, dia terjumpa satu kalung berbentuk hati serta ukiran ‘I Love U’ yang ada dalam begnya.

Naim mula teringat akan kejadian semasa di lapangan kapal terbang dari UK.

“Hey, Naim. cepat imbas pasport kau tu. Dah lambat da!.” Kawan Naim mengingatkan dia.

Naim bergegas ke pusat pemeriksaan untuk imbas pasport. Tiba-tiba, dia terlanggar seorang gadis yang sedang menggunakan telefon pintarnya.

“Eh, buta ke?! Kau tak nampak orang sedang berjalan ke?!” gadis itu tegur dengan nada yang lancang.

“Maafkan saya, saya tak sengaja.” Naim memohon maaf dari gadis itu.

“Lain kali tengok bila berjalan! Macam mak kau tak ajar pulak!” balas gadis itu.

“Helo! Awak pun salah juga. Guna smartphone semasa berjalan. Nampaknya mak awak pun tak ajar awak betul-betul.” Naim menjawab.

“Kau ni kan!... Err…!”

“Intan!”

“Sudahlah, kita nak cepat ni. Jom bergerak. Maaf ya Encik” Kawan gadis itu menyampuk.

“Baiklah Ainul. Malas nak layan orang macam dia ni!” Intan terus menuju ke arah kawannya.

“Hoi!... Ostrich!...” Naim menjerit.

Intan terdengar panggilan dari Naim lalu dia berpaling dan menanya.

“Apa kau panggil aku?” Intan mula naik angin.

“Ostrich!... Sebab tangan kau asyik kepit je dengan beg kau… macam Ostrich… cara kau jalan pun sama...” Sindiran Naim.
“Amboi… sedap je panggil aku Ostrich… kalau aku Ostrich… kau tu kelawar sebab buta dan asyik jalan tak tengok orang!!!” Intan menjawab.

“Bagus apa aku kelawar… boleh jadi batman…” tambah Naim.

“Batman konon… Eh… kau bukan jadi batman lah… kau jadi badman! Faham!” cela Intan sambil tangan kanannya menunjuk ke arah Naim.

Mereka berdua bertengkar sesama diri sehingga kawan Intan, Ainul terasa bingit dan memotong pertengkaran itu.

“Sudah cukup… kita dah terlambat ni … sori encik…”Ainul menyampuk.

Intan pun beredar dari situ dengan kawannya. Dengan keadaan tergesa-gesa, Intan tercicir kalongnya. Intan pun tercari kalong itu yang diberi oleh tunangnya.

“Ainul, nampak kalong aku tak?” sambil mencari seluruh tempat.

“Tak nampak... Mana kau letak tadi?.. Kita tak boleh lambat kalau tidak kita tertinggal flight...” Jawab Ainul sambil memegang tangan Intan bergegas ke Terminal 2, pintu gerbang 55.

“Hmm… Kalong? Siapa punya ni? Mungkin dari perempuan sombong tadi?... Intan…?” Naim bertanya.

Setelah mengingatkan kejadian itu, Naim pun menepukkan bantalnya dan baring. Dia perlukan berehat secukupnya untuk hari esok. Keesokan harinya, Naim dan Firman pergi melawat ibunya di pusat jagaan bagi pesakit tenat. Naim berbesar hati untuk melihat ibunya.

“Naim… Mak rindu Naim!... Mari sini Naim. Mak nak cakap dengan kau.” Ibu Naim teruja apabila bertemu Naim.

“Mak… Maafkan Naim Mak sebab Naim tak tahu yang Mak tengah sakit tenat” kata Naim sambil menitiskan air matanya.

“Tak perlu minta maaf, Mak yang suruh kakak-abang kau untuk rahsiakan kesihatan Mak sebab Mak tak nak kau rasa bimbang semasa belajar di UK.”

“Sebenarnya,.... Sebelum terlambat…. Mak nak bilang sesuatu kat kau. Naim mesti kena kuat ya. Dengar apa yang Mak perlu katakan… sebenarnya Mak bukan ibu kandung kau. Ibu bapa kau dah meninggal dunia semasa ibu kau melahirkan kau.” Jelas Puan Aminah.

“Apa dah berlaku ibu bapa Naim Mak?” Naim terkejut.

“Bapa kau mengalami kemalangan semasa balik pulang dari kerja. Ibu kau tengah sarat mengandungkan kau. Mak dan ibu kau berkawan sejak sekolah menengah lagi. Ibu kau pesan kalau apa-apa berlaku terhadap dirinya, dia suruh Mak jaga kau seperti anak Mak sendiri.” Titisan air mata Puan Aminah mula mengalir.

“Arwah bapa kandung kau dari orang berada. Mereka bercinta sewaktu belajar di Universiti. Mak tak tahu apa sebab ibu bapa kau pindah di kampung tapi yang Mak tahu nenek kandung kau usir mereka kalau mereka masih mahu berkahwin. Ketika kau di lahirkan, ibu kau meninggal dunia. Mak terpaksa berbinkan dari ayah angkat kau supaya Mak dapat jaga kau seperti anak Mak sendiri. Maafkan Mak.” Jelas ibu angkat Naim sambil mengesat matanya.

“Mak ada gambar arwah Ibu bapa Naim tak? Mak tahu tak kubur arwah ibu bapa Naim?” Naim ghairah bertanya.

“Ada, Mak simpan dalam laci permai solek dari bawah. Dalam laci itu, terkandung maklumat mengenai keluarga sebenar Naim.”

“Dengar sini. Walaupun kau tak lahir dari rahim Mak, Mak sayangkan kau dan Mak harap kau tak lupa Mak Naim. Kau tetap anak Mak” Pesan Puan Aminah..

“Naim berjanji Mak, Naim akan berusaha untuk dapat wang bagi rawatan Mak. Terima kasih Mak, sebab membesarkan Naim dengan penuh kasih sayang sehingga Naim dapat Ijazah.”

“Naim tahu Mak bertungkus lumus untuk besarkan kami bertiga setelah arwah Ayah meninggal. Jasa Mak tak dapat Naim lupakan. Naim bersyukur dapat seorang ibu seperti Mak.” kata Naim sambil memegang tangan ibu angkatnya.

“Janji dengan Mak, walau apa-apa terjadi sekalipun, jangan Naim lupa kan kakak-abang kau walaupun mereka bukan darah daging kau, Naim.” Nasihat Ibunya.

“Baik Mak, Naim berjanji.” Naim mencium tangan dan dahi ibunya.

Di rumah, Naim buka laci ibunya dan baca isi surat yang ditulis oleh arwah ibu kandungnya.

“Anakku sayang, sudah genap 9 bulan Mama jaga kamu. Tak sabar hati Mama untuk jumpa kamu setelah lahir nanti. Surat ini Mama tulis untuk kamu jika apa-apa berlaku pada diri Mama dan Papa. Mama nak ceritakan kenapa Mama dan Papa tinggal di kampung ini. Nenek sebelah Papa kamu tidak setuju atas hubungan kami sebab Mama hanyalah anak yatim piatu dan Ibu Papa kamu tidak mahu keturunan Mama menjejas keturunan Papa kamu. Tapi, Papa kamu masih dengan pendirian dia dan Ibu Papa kamu iaitu nenek kamu usir Papa dan Mama. Walaupun kita hidup dalam sederhana , Mama bersyukur sebab Mama dapat Papa yang bertanggung jawab dan lebih-lebih lagi kamu nak.”

“Pesan Mama pada anakku, jangan sekalipun benci dengan keluarga Papa kamu. Jika ada masa nanti, carilah mereka dan cuba kukuhkan tali persaudaraan antara mereka. Andainya Mama pergi dulu, jagalah keluarga Makcik Aminah, sahabat Mama yang selalu membantu Mama di saat susah mahupun senang, anggaplah Makcik Aminah sebagai ibumu sendiri. Bantulah mereka jika mereka mengalami kesusahan kelak. Lagi satu pesan Mama anakku, tabahkan lah diri dan selalu ingat pada Allah. Mama dan Papa sentiasa sayang kamu sangat.”

“Semoga kamu selamat dilahirkan nanti, Syafeeqah, Mama kamu.” Naim tersedu-sedu semasa membaca surat itu.

“Naim berjanji Mama… Naim akan jaga Mak dan pastikan Mak sembuh”. Kata Naim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience