Puan Intan… Doktor sedang mencari puan…
Oh… Terima kasih inspector…
Puan kalau takde apa-apa, saya pulang dulu ya… nanti keluarga puan datang…
Saya faham… Terima kasih Inspector sebab bantu kami…
Tak pe puan… ini sudah tanggung jawab kami sebagai pegawai polis… saya pergi dulu…
Doktor… Macam mana keadaan suami saya?
Oh… Puan Intan… Alhamdulilah keadaannya stabil cuma dia tengah dalam koma…
Koma?... berapa lama doktor?
Pesakit koma ini, tak kira masa untuk sedar kan diri… ada cepat dan ada pula lama… Puan haruslah banyak bersabar dan berdoa pada Allah…
Baiklah… boleh saya tengok dia sekarang?
Maaf puan, kami perlu memeriksa kalau ada apa-apa infeksi dalam luka Encik Naim. Selepas itu, puan boleh tengok dia…
Okey lah Doktor… Terima kasih doktor…
Intan…
Bonda!… Alhamdulilah, Abang Naim selamat, Bonda…
Alhamdulilah dia tak apa-apa…
Ayah okey?
Ayah tak apa-apa… Naim macam mana?
Alhamdulillah Abang Naim okey, Ayah.. cuma koma je… Intan akan selalu berdoa supaya Abang Naim cepat sembuh…
Syukur Alhamdulililah… Ayah tak sangka Naim sungguh-sungguh lindungi kamu Intan... sampai dia sanggup cedera kan dirinya untuk kamu…
Ayah, Intan pun tak sangka… Ayah, Intan terlalu sayangkan Abang Naim… Intan tak sanggup kehilangan dia Ayah…
Bersabarlah… Intan kena kuat… Ayah yakin Naim pun kuat juga… Intan sepatutnya bersyukur sebab dapat suami macam Naim…
Keluarga saudara Naim pun datang. Mereka pun bertanya keadaan Naim dan apa yang berlaku. Intan ceritakan kejadian tadi. Dato’ Iqram meminta maaf atas perbuatan rakan kerja nya yang tidak berhati perut itu kepada.
Zambri, aku minta maaf sebab Hashim, anak kau jadi mangsa… Hashim dah mati tertembak oleh pihak polis sebab ingin menembak Naim… dan orang suruhannya sudah mengaku bahawa mereka diupah untuk meracun kan arwah Zaheer...
Tak pe lah Iqram… benda dah terjadi… Yang penting kami sekeluarga tahu punca kematian anak kami… Naim macam mana?
Dia masih koma… Kita hanya mampu berdoa saja… Kami sekeluarga bersyukur sangat dan terharu dengan kelakuan Naim yang selalu mementing kan orang lain daripada dirinya sendiri… Semoga Allah membalas jasa Naim…
Riiiinggg!!! Riiiinggg!!!
Helo Naim, macam mana? kau dah jumpa Intan?
Helo, Abang Fir… ini Intan.. Abang Naim ada dalam hospital…
Hospital?! Kenapa Intan? Asal suara Intan sedih sangat?...
Abang Naim... kena tembak… dan dia sedang koma sekarang…
Masya-Allah! Apa yang berlaku?
Nanti Intan cerita kan semua nya. Intan akan kongsi lokasi hospital…
Okey Intan kami sekeluarga akan pergi esok…
Ah kenapa ni Fir? Kakak tengok macam kucing nak beranak je?...
Kak, Naim kena tembak… sekarang dia ada kat hospital tengah koma…
Ya Allah… kenapa dia kena tembak?
Tak tahu kak, esok Intan akan ceritakan… sekarang Fir nak kemas barang… esok Fir ambil Mak kejap dan kita terus pergi sana…
Ok...ok.. okey… kakak pun kemas barang kakak...
Kak Fatin pun pergi ke biliknya untuk siap barang keperluan esok. Semasa mengemaskan barang, dia mula termenung dan mengingatkan apa yang dia buat pada Naim semasa Naim kecil. Kak pernah rotan berkali Naim walaupun Naim tidak bersalah. Kak Fatin pun pernah menolak Naim sampai dahi Naim benggak dan Naim tidak adukan kepada Mak cik Aminah malahan Naim bilang bahawa dia terjatuh sendiri. Yang paling tragik sekali, dia pernah suruh Naim berdiri di luar rumah semasa hujan lebat sebab Naiim lambat balik kelas mengaji dan keesokan harinya, Naim demam panas selama 4 hari.
Masya-Allah! Kenapa kau kena tembak, Naim… kakak sangat bersalah pada kau… walajupun kakak dah buli kau dan buat macam-macam untuk sakiti hati kau,... kau tetap terima kakak dan tidak simpan dendam pada kakak… maaf kan kakak sebab selama ini kakak cuma anggap kau sebagai orang luar… padahal kau selalu bantu kakak sekeluarga…
Ayah, Bonda, balik dulu, biar Intan di sini jaga Abang Naim…
Baiklah… jangan lupa rehat tau.
Ya Bonda, Intan ingat.
Abang… Intan akan selalu dengan Abang sampai Abang bangun… Intan rindu kan Abang… Abang bangun lah cepat…
Keesokan harinya, Kak Fatin dan Firman pergi ke nursing home untuk mengajak ibu nya pergi ke KL supaya mereka boleh melawat Naim.
Fir… Kenapa tergesa-gesa ni?
Mak… nanti kita terang kan dalam perjalanan…
Ya Mak, nanti kakak jelas kat Mak.. Mak ikut je…
Pergi mana?
Pergi KL, jumpa Naim… Mak rindu kan Naim kan?
Ya ya … Mak nak jumpa Naim…
Apabila dalam perjalanan ke KL, kak Fatin mencerita kan tentang Naim kepada Makcik Aminah. Wajah Makcik Aminah berubah apabila mendengar khabar buruk itu. Makcik Aminah menadah kedua telapak tangannya.
Ya Allah, sembuh kan lah Naim.. Walaupun Naim bukan anak kandung aku, aku sayang dia macam anak aku sendiri… Hanya Kau aku memohon pertolongan, ya Allah… Amin… Makcik Aminah tersedu-sedu.
Sabarlah Mak… kita tak tahu pekara sebenar… Insya-Allah, Naim akan bangun dari koma…
Setelah tiba di hospital, Firman sekeluarga bergegas ke bilik wad Naim…
Mak… Abang… Kak Fatin…
Naim macam mana?
Abang Naim masih dalam koma… sekarang doktor tengah memeriksanya…
Cerita pada kami… macam mana Naim kena tembak ni…
okey… semua duduk lah.. Intan cerita kan apa yang berlaku…
Intan mula cerita dari awal sampai kejadian ini berlaku.
Mak… Kak.. Abang… Intan minta maaf… disebab kan Intan, Abang Naim cedera…
Kak Fatin bangun dari kerusinya lalu memeluk Intan.
Intan bawa bersabar ya… kami semua pun sayangkan Naim… walau pun kakak bercakap kasar pada Naim… tapi kakak sebenarnya sayang dia seperti adik kakak sendiri… Kakak faham Intan… Kakak yakin Naim kuat…
Puan Intan, puan boleh melawat suami puan.
Terima kasih doktor. Mak, kak, Abang… dah boleh tengok Abang Naim…
Naim… Mak datang Nak… bangun lah Nak… Mak rindu kan kau…
Tangan kanan Makcik Aminah bergerak dan memegang tangan kanan Naim.
Tengok ni Naim, tangan kanan Mak dah sembuh sikit… terima kasih Naim… Mak bersyukur dapat anak seperti Naim… Bangun lah Nak… semua di sini sayang kan Naim…
Intan… Intan… Tangan… Tangan Naim bergerak…
Nurse!.. Nurse!...
Setelah sejam doktor memeriksa, Naim dapat sedar kan tapi dia masih lemah dan perlu rehat. Keluarga angkat Naim pulang sementara Intan masih bilik wad menunggu Naim bangun dari tidur.
Intan… Intan… Intan!...
Abang… Abang dah sedar?...
Abang... kat mana Intan?
Abang berada di hospital… dah hampir dua hari Abang koma…
Intan.. Abang minta maaf… sebab Abang tak jelas kan…
Abang… Intan sepatutnya minta maaf… Intan tak patut mempertikai kan keikhlasan Abang… maaf kan Intan…
Intan tak salah apa… Intan tak balik berehat?...
Intan tengok Abang… hati Intan senang…
Ya lah tu… kalau kat rumah asyik berleter je
Ishh… Abang ni…
Aduh.. duh.. Duh..sakit lah...tangan Abang…
Ops… sori... sori… siapa suruh sakat kan Intan… kan dah kena cubit…
Abang, semalam Mak, kakak dan Abang melawat Abang semasa Abang koma…
oh… Mak sihat?
Tangan kanan Mak dah boleh gerak sikit… Semalam tangan kanan Mak pegang tangan Abang tau…
Alhamdulilah. Nanti kalau Mak dah sembuh, Intan boleh belajar masakan kampung dari Mak… masakan Mak sedap tau…
Wow… masakan Mak sedap je… masakan Intan?
Eh masakan Intan lebih dari sedap… Sungguh lazat…
Tengok sakat Intan lagi… nak kena cubit lagi..
okey.. okey.. Abang minta maaf… comel juga isteri bila merajuk…
Ni.. Abang nak Makan apa? Intan boleh balik masak untuk…
Abang nak istimewa dari ‘isteri’mewa Abang… Abang tak cerewet, masakan Intan semua sedap..
okey, Abang rehat dulu.. Nanti Intan sampai, Intan akan kejut kan Abang…
Baiklah, terima kasih Intan…
Share this novel