Babak 5

Romance Completed 14419

Di sebuah pejabat yang sunyi, bunyi telefon mula nyaring.

“Ring… ring… ring..” Bunyi telefon.

“Helo?! Ada apa hal kau kol aku?”

“Bos, perempuan itu tak ziarah kubur suaminya… Aku dengar dia tak balik sejak malam semalam lagi.”

“Bangsat! Haish.. Aku nak korang cari dia cepat jangan banyak alasan. Faham!”

“Nak cari ke mana bos?”

“Hey kau ni kan! Duit nak tapi kerja lembab! Pergi dengar percakapan keluarga ke atau kawan dia ke? “

“Ok...Ok...okey bos. Maaf bos...”

“Mana kau nak sembunyi, Intan… Aku akan cari kau sampai dapat… Ha ha ha!”

“Janganlah bersedih Intan… sepatutnya… yang perlu kita buat sekarang adalah berdoa dan solat hajat supaya roh-nya rasa tenang di sana… kau harus kuat… bersabarlah…”

‘DIAM...LAH!’

“Kau tak faham apa aku rasa! Aku baru kahwin tak sampai seminggu… tiba-tiba suami aku meninggal secara mendadak… Apa kau rasa kalau kau di tempat aku ni! Cakap lah! Kenapa diam?!”

“Bawa bertenang Intan… aku mungkin tak rasa apa yang kau rasa… tapi aku nak bilang kau sesuatu… Ibu bapa aku meninggal semasa aku dilahirkan… aku tak dapat melihat raut wajah mereka sebab aku masih bayi lagi masa tu… Ayah dan Mak angkat aku yang aku boleh menumpang kasih. “

“Aku faham Intan… benda berlaku secara tiba tiba je… tapi kita tidak boleh menegakkan ketentuan Allah.”

“Aku… aku… aku sayang sangat kat Abang Zaheer… Dia seorang penyabar, cekap dan suka tenang kan keadaan… walaupun aku selalu degil, nasihat dia memberi aku semangat untuk hidup…”

“Intan… Aku yakin… Zaheer tak mahu kau jadi macam begini… kau mesti kuat....”

“Mari, kita solat hajat semoga rohnya di cucuri rahmat. Jom...”

“Naim… Aku… minta maaf… sebab terkasar kat kau…”

“Aku pun… takpe lah, kita bantu sesama kita… kalau ada masalah… jangan segan cerita je kat aku… okey.”

“Hmm… okey…”

Naim pergi ke biliknya lalu menelefon Abang angkat…

“Assamualaikum Abang Fir..”

“Waalaikumsalam Naim! Abang nak ucapkan terima kasih pada Naim.”

“Untuk apa Abang?”

“Tadi petang ada lelaki yang mengaku dia kawan dan memberi cek sebanyak RM200 ribu untuk rawatan Mak. Abang tak nak cakap apa Naim. Abang selalu doa kan semoga Naim selamat dan murah rezeki.”

“Alhamdulillah. Bila Mak boleh buat rawatan itu? Naim cuma nak Mak sembuh je. Itu impian Naim.”

“Doktor bilang kat Abang bahawa doktor pakar itu tengah bercuti. Minggu depan dia boleh mula dengan rawatan Mak.”

“Abang… tolong jagakan Mak… kirim salam saya pada Mak dan kakak.”

“Insya-Allah, Naim. Naim kalau senang nanti melawat kita kat kampung.”

“Insya-Allah Abang. Naim tidur dulu nanti Naim kol lagi.”

“Baiklah Naim. Selamat malam.”

“Siapa lelaki itu? Mungkin orang suruhan Zaheer untuk bagi cek itu pada keluarga angkat aku? Terima kasih Zaheer… Aku berjanji, aku akan jaga Intan untuk kau. Aku harap kau tenang di sini…”

Apabila Intan sedang tidur, dia bermimpi. Dalam mimpinya itu, dia terlihat dua orang di depannya. Satu daripada mereka adalah Zaheer. Dia memanggil Zaheer tetapi bayangan Zaheer lesap cuma tinggal seorang di sana yang berjalan perlahan. Intan cuba mengejar tapi tak jumpa. Tiba-tiba bayangan Zaheer menjelma dan memegang tangan Intan.

Ikut Abang… Ikut Abang...

Intan pun mengikutinya lalu…

Terimalah dia seadanya… Abang yakin dia akan jaga sayang seperti mana Abang jaga sayang...

Intan rindu Abang…

Tangan kiri Zaheer memegang tangan pemuda itu kemudian dia meletakkan tangan pemuda itu ke tangan Intan.

Jagakan lah... Suri hatiku….

Abang… Abang… ABANG!!!

Kenapa Intan? Kau okey tak?

Intan mimpikan Abang Zaheer…

Baiklah.. Intan tidur semula…

Seminggu kemudian...

Aku tak… Aku takleh biarkan macam gini.... Kita berdua bukan muhrim. Sebelum di timbul fitnah, baik aku kahwin dengan Intan… bisikan Naim sambil memikirkan nasib dia berdua.

Naim keluar sekejap untuk berjumpa Ayah Intan supaya dapat restu. Dia pergi ke pejabat Ayah Intan.

Boleh saya jumpa dengan Dato’ Iqram?

Dato’ Iqram tak ada di ofis. Besok baru dia datang. Kalau penting Encik boleh sampai ke Encik Hashim.

Encik Hashim?... bukan ke dia cuba nak bunuh Intan?... Naim berkata pada dirinya.

Takpe nanti bila dia ada saya jumpa. Terima kasih.

Encik Hashim ternampak pemuda itu di lift.

Kenapa dia nak jumpa Iqram? Mungkin dia tahu pasal anak Iqram…

Helo! Ada seorang lelaki nanti keluar dari lif. Aku nak kau tangkap dia. Mungkin dia tahu pasal perempuan itu. Ingat! Buat betul-betul tau! Faham!!!

Faham bos!

Naim sedang keluar dari lif, dia ternampak dua lelaki di luar amat mencurigakan. Naim pun pergi ke ‘security guard’ dan bilang-kan bahawa ada dua orang yang mencurigakan. ‘Security guard’ itu pergi ke luar lalu…

Kamu berdua buat apa di sini?

Eh,... takde bang… kami cari kawan kami…

Secara senyap, Naim sembunyi di tepi pokok yang berhampiran sebelah kiri bangunan itu.

Takde orang di sini. Pergi! Sebelum aku panggil polis!

Ok...ok.. okey bang kami pergi.

Bila masa dia keluar tanpa kita tahu ni?

Entah lah… Habislah.. Nanti bos marah kita pulak...

Hoi..cakap perlahan.. Nanti orang dengar-lah. Dah kita pergi dari sini!

‘Bos’?... Siapakah bos mereka? Encik Hashim ke? Naim berfikir.

Naim pun lekas pergi ke rumah keluarga Zaheer.

Apabila sampai ke sana, Dato’ Iqram pun ada di rumah sambil borak dengan Ayah Zaheer.

Assalamualaikum!

Waalaikumsalam! Hasnah! Ada orang datang!

Eh, Naim, jemput masuk.

Naim?... Kau Naim kan?..

Ya Dato’, saya Naim.

Macam mana keadaan anak aku?

Anak Dato’ selamat. Maafkan saya Dato’ saya tak boleh bawa Intan pulang sebab ada orang masih mengejar Intan. Sebenarnya, Saya ada hajat…

Hajat apa Naim?

Saya ingin memperisterikan Intan supaya saya boleh lindungi dia dan untuk mengelakkan fitnah.

“Demi keselamatan anak aku, Dato’ setuju. Tapi satu syarat.”

“Apa syaratnya Dato’?”

“Kau mesti tolong aku untuk dapatkan dalang yang nak bunuh anak aku.”

”Baiklah Dato’. Saya akan tolong Dato’.”

“Ayah, Mak , nenek, Naim takleh lama kat sini. Intan mungkin risau kalau keseorangan. Naim pergi dulu.”

“Baiklah. Kirim salam kami pada Intan.”

“Insya-Allah. Saya akan sampaikan. Saya pergi dulu.”

“Naim pulang ke rumah terpencil itu. Tiba-tiba…”

“Eh… Kau pergi mana? Kenapa lama sangat? Aku belum makan lagi tau!”

“Maafkan aku… aku sebenarnya nak belikan kau… Ini!”

“Wow! Baju baharu! Terima kasih kau!”

“Lagi satu aku lambat sebab aku cari Makanan ini… Kegemaran kau kan…”

“Sori… Sori.. Sori.. aku fikir bukan-bukan…”

“Risau kan aku lah tu....”

“Eh mana ade? Janganlah perasan sangat! Aku lapar lah…”

“Rindu cakap lah rindu…”

“Ishh… Aku nak makan ni… nanti takde mood nak makan…”

“okeylah… comel bila kau marah… hehehe… gurau je lah… jangan lah marah.. Nanti habis Makan.. Aku nak cakap sikit dengan kau...”

“Hmm… Hmm… okey!”

“Setelah itu, Intan bertemu Naim…”

“Nak apa jumpa aku? Cakaplah…”

“Kalau aku cakap ini… Janji kau jangan marah okey?”

“okey lah aku janji. Cakaplah...”

“Aku… aku… Aku…”

“Aku aku aku… Cepatlah cakap!”

“Aku sebenarnya nak lamar kau menjadi isteri aku!” Dengan pantas Naim menyebutnya.

“APA!!!”

“Kau nak melamar aku!!!”

Intan terus pergi ke bilik dengan fikirannya berserabut.

Naim pun tidak mengganggu dia agar memberi Intan masa untuk menenangkan hatinya . Naim kemudian pergi bilik untuk menunaikan solat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience