Babak 7

Romance Completed 14353

Kau ingat tak hari yang Zaheer kena tembak?

Ingat…

Hari tu dia lambat balik rumah sebab dia belikan hadiah ini untuk menggantikan kalung yang kau hilangkan.

Kejap… jap.. Macam mana kau tahu aku hilang kalung itu?

Zaheer beritahu semua kat aku semasa dalam ward sementara dia menunggu kau.

Semasa Zaheer nak berjalan ke carpark, dia ternampak Encik Hashim memberi wang yang banyak kepada tiga orang… dan sekeping gambar… Zaheer ternampak gambar itu seiras macam kau. Jadi dia ambil gambar… sedang dia petikan gambar di kejadian itu , kau telefon dia dan telefon dia berbunyi… salah seorang daripadanya ternampak Zaheer. Encik Hashim jerit dan suruh kucu-kucunya tangkap Zaheer… Zaheer cuba melarikan diri tapi kawasan itu ‘dead end’. Dia di belasah oleh tiga samseng itu.

Habis tu macam kau boleh ada di situ?

Hais tak sabar nampak? Ini yang aku nak ceritakan… tolong bersabar boleh?

So… ri…

Sewaktu itu… aku sedang menunggu Grabcar. Dan tiba-tiba aku mendengar bunyi pukulan… Aku pun pergi lah situ… tak aci tau tiga orang pukul satu orang… Aku lawan balik pada mereka.
Mereka tewas tapi salah seorang masih boleh bergerak. Sewaktu aku menolong Zaheer, seorang daripada mereka acu-kan pistol ke arah belakangku. Zaheer terlihat lalu menolak aku ke tepi. Sebab itu dia tertembak… Luka dari tembakan itu sudah pulih sebenarnya… peguam Rahman beritahu aku bahawa Zaheer terkena racun semasa di hospital. Aku yakin bahawa ini orang suruhan Encik Hashim.. Cuma aku takde bukti yang kukuh untuk syak dia sebagai suspek. Semasa di balai polis, aku laporkan pada polis supaya siasat Encik Hashim sebab aku pun takde bukti. Itu pasal lambat sikit.

O… key… Pasal kalung itu macam mana kau tahu?

Pa… sal itu…. Zaheer beritahu aku… dan ini... kalung yang hilang… nah… ambil lah...

Kalung aku!

Macam mana ia ada pada kau?! Kau curi eh?!

Kau ni... sikit-sikit tuduh aku mencuri… muka aku macam pencuri ke?

Memang pun…

Haish…

Okey aku jelaskan… Kau ingat tak lagi kejadian di lapangan terbang London tiga bulan lepas?

Ingat. Kau kan yang langgar aku. Macam orang buta saja… Encik Kelawar….

Haish… kau ni kan… ya aku kelawar… aku mengaku… jadi batman je… habis kau tu macam ostrich asyik kepit beg kau bila berjalan… ha ha ha….

Okey… sori lah… sambung cerita...

Dengar betu-betul… Semasa aku terlanggar kau... masa tu kalung kau terjatuh atas lantai… aku cuba pulangkan pada kau tapi tak jumpa…

Habis tu kenapa tak pulangkan pada aku setelah jumpa seminggu lalu?

Sebenarnya aku nak pastikan aku pulang kan kalung ini pada orang yang betul. Semasa di hospital, aku bertanya Zaheer bentuk kalung itu. Kemudian dia bilang bentuknya. Bentuknya betul, tapi aku tak pasti kalau orangnya bernama Intan… apabila Zaheer kenalkan kau pada aku, baru aku tahu kau lah orangnya.

Okey… dah tahu pun.. Tapi tak pulangkan…

Cuba tolong jangan menyampuk… nanti kena sampuk tau...

Cerita… cerita lah…

Masa itu… kau tengah bersedih… aku tak sampai hati nak bagi pada kau semasa emosi kau terganggu. Aku nak bagi ini pada keesokan hari tapi kita dapat berita buruk kan…

Aku minta maaf Intan… aku tak niat nak luka hati kau… maaf kan aku…

Takpe Naim… Aku sepatutnya minta maaf… Kalau aku tak telefon Zaheer… dia tak akan dikejar dan cedera…

Intan… apa yang berlaku ini semua adalah ketentuan Allah. Ini ujian kita… Allah sayang kan kita… sebab itu Dia uji kita supaya kita sentiasa ingat pada-Nya dalam keadaan susah atau senang.

Maafkan aku kalau…

Naim. Aku berterima kasih kat kau… Walaupun kita kenal cuma seminggu saja, kau selalu ambil berat pasal diri aku. Tabah… dengan kedegilan aku… panas barang aku…

Intan… aku terima kau seadanya… aku tak paksa kau untuk terima aku. Tapi aku nak kau tahu… Aku sentiasa ada di sisi kau…

Intan jalan ke depan Naim dan dia memeluk Naim lalu berkata...

Terima kasih awak! Titisan air mata Intan tanpa henti.

‘Awak’? Selalu nya dia panggil aku ‘kau’ je. Yes! Petanda baik ni…. Alhamdulillah… Aku berjanji Intan, selagi aku hidup, aku akan lindungi kau… bisikan Naim dalam hati.

Encik Hashim tidak berpuas hati. Dia membuat rancangan baru. Pada suatu malam, Encik Hashim berjumpa dengan konco-konconya. Dia memberi strategi baharu untuk menarik perhatian Intan.

Kali ini aku nak kau culik Dato’ Iqram! Sabtu depan ada majlis Makan malam untuk meraih kan ulang tahun syarikat dia… Jadi… Aku nak kau cari jalan untuk masuk ke majlis itu tanpa di syaki oleh sesiapa pun… Ingat… ada lima hari dari sekarang… aku nak kau bagi aku pelan itu besok! Faham!!

Faham bos! Jadi bos tak nak kejar perempuan itu?

Tak pAyah… Aku akan buat dia kejar aku...

Okey bos…

Naim balik rumah dari kerja. Intan tiba menyambut Naim sambil berkata...

Awak nak Makan? Saya dah siapkan Makan malam untuk awak…

Aku mimpi ke hari ini?

Abang!! Kenapa Abang tampar diri Abang?

Tak de Abang ingat Abang bermimpi hari ini…

Abang?! Pelik betul Intan ni...

Kenapa Abang pandang Intan macam gitu?.. Ada apa-apa tak kena kat Intan ke?

Tak de Intan… Terima kasih sebab sediakan Makan malam untuk Abang. Abang pergi mandi dan solat dulu. Lepas tu, kita Makan bersama. okey. Naim senyum lalu membelai pipi Intan.

Abang… Boleh Intan solat sekali dengan Abang?...

Alhamdulillah, aku bersyukur ya Allah… bisikan Naim.

Boleh Intan… Abang mandi dulu...

Selepas Naim mandi, Intan siap kan jadah untuk menunaikan solat. Naim pun masuk ke bilik solat lalu mulakan solat.

Ya Allah, Ampuni lah dosa kedua ibu bapa kami. Ampuni lah dosa keluarga angkatku. Ampuni lah dosa aku.Sembuh kan lah penyakit ibu angkatku. Ampuni lah dosa aku. Ampuni lah dosa isteriku. Berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi ujianMu….

Ya Allah.. Aku bersyukur mendapat suami seperti Abang Naim... Dia sanggup berkorban untuk aku… Perbuatannya yang ikhlas itu membuat aku jatuh cinta padanya… Terima kasih Allah...

Berikanlah kepada Zaheer agar dia di golonganMu. Selamatkanlah Intan dari bahaya dan lindungilah dia.. Hanya pada-Mu aku bersujud… Amin…

Amin…

Abang… Terima kasih sebab menjadi imam untuk Intan…

Abang pun berterima kasih pada Intan. Abang akan selalu jadi imam awak sampai bila-bila...

Jom Abang kita Makan malam… Intan masak istimewa untuk Abang…

Istimewa dari ‘isteri’mewa Abang ini…

Alah Abang ini, suka nak menyakat Intan...

Abang gurau je.. Jom…

Naim begitu selera apabila menjamu lauk-pauk yang dimasak oleh Intan.

Wow! Abang tak sangka Intan boleh masak sungguh sedap…

Apa? Abang ingat Intan tak tahu masak… ini semua resipi dari Bonda Intan tau…

Bertuah Abang dapat isteri yang pandai masak… Terima kasih Intan.

Abang nak Intan masak… cakap je… Intan boleh masakan.

Intan, sebenarnya Abang perlu balik kampung hujung minggu ini sebab Mak angkat Abang sedang buat rawatan. Sudi tak Intan ikut Abang balik?

Abang, Intan ikut ke saja Abang pergi… Abang kan suami Intan...

Baiklah.. Terima kasih Intan..

Malam ini boleh Abang tidur di bilik Intan?

Yang tu… Intan belum sedia lagi… sori lah Abang…

Abang tak paksa kan Intan.. Malah Abang bersyukur Intan dapat terima Abang...

Nanti Intan kemas kan barang-barang untuk balik kampung.

Bos, pelan yang bos nak tu,.. dah kita hantar… macam mana? Nak kita tukar?

Tak payah! Jalankan kerja kau pada hari Sabtu nanti! Ingat betul-betul! Jangan gagal pulak!!!

Baik bos…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience