Naim keluar untuk beli hadiah supaya boleh tenangkan Intan. Namun, semasa Naim keluar, Intan terima panggilan dari ibunya.
Apa?! Ayah kena culik?! Bonda jangan pergi mana-mana. Intan akan pergi sana…
Intan? Nak ke mana ni?
Intan nak ke rumah Intan di KL… ada masalah keluarga…
Dah bilang Naim?
Nanti dalam perjalanan Intan whatsapp dia… Intan pergi dulu Abang Fir…
Baik-baik jalan ya…
30 menit kemudian, Naim pun balik ke rumahnya. Dengan senang dia ingin mengejutkan Intan.
Intan… Abang dah balik! Intan? Intan?... Intan?!
Intan dah pergi KL…
Dia pergi mana?!
Hais, dia pergi rumah Mak nya lah… tak kan kau tak tahu… dia kata dia dah bilang kau…
Rumah Mak nya?.. Abang, saya perlu pergi sekarang ada hal…
Hati-hati Naim!
Intan… Abang minta maaf… Ya Allah… jagakanlah Intan… harap-harap Intan tak buat secara terburu-buru...
Intan sampai ke rumah nya… tiba-tiba ada van lalu depan pagar rumah… dua orang dalam van itu keluar dan menangkap Intan…
Lepaskan lah aku! Apa kau nak dari aku?!... Hoi… Lepas… kan aku!!!
Piak!!
Kan dah kena… suruh diam taknak
Bagasi intan tertinggal di luar pagar. Sejam kemudian, Naim sampai…
Ini beg Intan… kenapa dia tak bawa masuk?!
Assalamualaikum Bonda! Bonda!
Waalaikumsalam… Oh Naim,... kenapa datang seorang? Intan mana?!
Bukan ke Intan dah sampai Bonda? Beg dia ada di luar…
Betul Naim… Intan tak de…
Naim rasa, Intan pun kena culik juga…
Apa?! Ya Allah, selamatkan lah suami dan anakku…
Sabar Bonda… Naim kol Inspector Zaidi… tak silap Naim ada CCTV di depan pagar kan… Bonda tolong dapatkan rakaman CCTV tersebut…
Baiklah Bonda minta dari pak Kassim…
Helo… siapa ni?
Helo Inspector Zaidi… Saya Naim… Zaidi boleh datang rumah kami sekejap sebab ada hal kami perlu beritahu Zaidi…
Oh, Naim… boleh naim kongsi lokasi naim… lagi 30 menit saya sampai…
Baiklah terima kasih Zaidi…
Naim… ini rakaman nya..
Terima kasih Bonda…
Ya lah, betul cakap Naim, Intan kena culik…
Sabar Bonda… Naim dah kol polis… nanti dia sampai…
Tapi Bonda… Van ini macam Naim pernah nampak… van sama yang pernah kejar kami tempoh hari itu…
Assalamualaikum…
Waalaikumsalam… Inspector Zaidi… ini rakaman CCTV dua jam lepas…
Oh isteri tuan kena culik… macam begitu ia berlaku?!
Sebenarnya Inspector… suami Makcik hilang semalam… tiba-tiba tengahari tadi, Makcik terima panggilan misteri… dia nak wang tembusan sebanyak RM10 juta kalau nak suami Makcik selamat… lepas itu Makcik kol Intan… Intan kata nak balik rumah… tapi dia tak de… cuma beg luggage dia je ada di luar pagar…
Jangan risau puan saya dah Maklum kan hal ini pada pihak atasan… mengikut peraturan... kita perlu tunggu 24 jam baru boleh bertindak…
Tapi Zaidi, awak kena faham… nyawa Intan dan Dato’ dalam bahaya. Saya kenal rupa orang itu yang pukul arwah Zaheer… Mereka sanggup buat apa saja kalau mereka nak sesuatu…
Saya faham Naim… tapi kami tidak tahu keberadaan suspek sekarang…
Oh… Jap ya… kalau tak salah… Saya ada install kan aplikasi ‘ FInd Me’ kat handphone Intan…
Harap-harap boleh dapat lokasinya…
“Sedang mencari… Sedang mencari… Lokasi dikesan…” Suara android dari handphone.
Alhamdulilah! Dah jumpa!
Okey Naim… kongsi lokasi itu pada saya… saya akan hantar Maklumat ini pada pihak kami…
Dah hatnar… Zaidi… saya pun nak ikut sama…
Tak boleh Naim.. ini terlalu bahaya…
Dia isteri saya… saya perlu ada di sisinya…
Saya minta maaf Naim… ini arahan dari pihak kami… harap Naim faham.
Baiklah…
Dengan kedegilan Naim, dia pergi ke lokasi itu tanpa ketahuan polis. Setelah sampai di lokasi itu. Naim berjalan perlahan dan sorok dirinya.
Kenapa takde orang kawal di luar? AlaMak ada orang datang…
Bos… dua dah tangkap bos…
Bagus… Bagus… macam ni aku nak.. Hahaha…
Encik Hashim?... dah agak… dia lah dalang semua ini…
Encik Hashim masuk ke pondok itu bersamaan seorang suruhannya. Dua orang berjaga di luar.
Kau... Hashim?! Apa semua ni?!... Kenapa aku?!
Hahaha… kau nak tahu? Aku dah lama kerja dengan kau… sepatutnya jawatan CEO itu aku punya!… Tapi kau nak bagi si budak hingus ni buat apa?! Dia masih mentah!! Dulu kau pernah cakap kan… kalau kau tak de anak, jawatan itu aku punya… hahaha… sekarang, aku akan buat anak kau tak ada di dunia ini untuk selamanya…
Hashim.. Maaf kan aku… kalau kau nak jawatan itu… aku boleh bagi… tanpa tolong jangan apa-apa kan anak aku… Kita boleh bincang…
Ah… dah terlambat!
Sementara itu, Naim pukul dan belasah dua orang dengan senyap. Kedua orang itu tidak sedarkan diri. Naim pergi ke pintu pondok itu lalu mengetuknya.
Bos ada orang ketuk pintu.
Dah tu?! Kau nak aku buka?! Pergi lah buka! Itu pun aku nak ajar kau ke?!
Baik bos.
Dhush! Dhosh! Dhush!
Sekarang tinggal kau seorang je Hashim!
Kau dah terlambat budak mentah!
Encik Hashim acukan pistol ke arah Intan lalu...
Bam!!
ABANG!!!
Ha ha ha… kau ingat aku takut dengan kau!
POLIS! Jangan cuba buat apa-apa! Kamu semua telah dikepung!
Jahanam!! Kau... mari!
Lepaskan aku!! Lepaskan aku!! Kau binatang!!
Diam!! Ikut aku!...
Encik Hashim mengheret Intan ke luar sambil acukan pistolnya ke kepala Intan.
Jangan ganggu aku! Kalau tak aku tembak perempuan ini!
Menyerah je Encik Hashim! Kau telah di kepong! Jangan buat kerja bodoh!
Walaupun tangan kiri Naim cedera, dia masih merangkak ke belakang lalu memukul kaki kanan Encik Hashim. Pada masa yang sama, Intan mencuba mengigit tangan kiri Encik Hashim sehingga Intan dapat melepaskan diri.
Ish… Meluat aku tengok kau! Mampus kau!!
Bam!!!
ABANG!!! Abang… Abang… Abang… Jangan tinggalkan Intan…
In...tan… Abang minta maaf…
ABANG!!!
Intan dan inspector Zaidi berada di hospital sambil menolak katil yang di baring oleh Naim.
Abang… Abang… Abang bangun… Jangan tinggalkan Intan… Abang… Abang bangun… Abang… Jangan tinggalkan Intan…
Doktor… Tolong selamatkan suami saya…
Insya-Allah puan… kami akan buat sedaya kami…
Intan duduk di kerusi sambil menenangkan nasib Naim.
Maaf kan Intan Abang… Intan tak patut berasa sangsi pada Abang… Intan bersalah kat Abang… Abang tolong bangun… jangan tinggal Intan…
Sementara menunggu keterangan doktor, Intan pergi buat solat hajat.
Ya Allah, sesungguhnya hambaMu berdosa… Ampuni lah dosa keluarga aku.. Ampuni lah dosa aku... Ampuni lah dosa Abang Naim.. Aku sangat bersalah pada Abang Naim… Sembuh kan lah dia ya Allah… Tolong jagakan dia… Berikan lah peluang untuk aku tembus kesalahanku pada dia… Hanya padaMu aku bersujud… Amin…
Share this novel