Babak 12

Romance Completed 14353

Mesej dari orang suruhan itu tentang maklumat Naim. Qeisha membaca mesej tersebut…

Naim Razim bin Abdul Manan… pernah membantu Zaheer dari rusuhan orang... Bekerja sebagai kejuruteraan di syarikat kecil… beliau sebenarnya sepupu Zaheer yang terpisah 20 tahun dulu?… beliau telah berkahwin dengan Intan Safeera binti Dato’ Iqram Amir?... Kini, beliau akan dilantik sebagai CEO di Cre8sion Holdings?...

Intan… Intan… kau kahwin dengan Naim ya… Aku akan pasti kan kau dan Naim tak akan hidup bahagia… ha... ha... ha!... pembunuh dan perampas!

Kau tunggu je lah… sekarang kau berdua boleh bersenang lenang dulu… bersakit di kemudian hari!...

Enam bulan kemudian.

Encik Naim… Encik ada 3 temu janji hari ni… selepas 5 petang, Encik takde apa-apa.

Terima kasih Ella… Awak tolong panggil kan Encik Raihan ke mari…

Baik Encik Naim… ada apa lagi Encik Naim?

Itu saja Ella. Terima Kasih…

Sama-sama… saya minta diri dulu…

Hmm… Encik Raihan… Encik Naim panggil Encik Raihan sekarang…

Baiklah… terima kasih Ella…

Raihan mengetuk pintu ofis Naim lalu masuk ke dalam.

Naim… apahal kau nak jumpa kau…

Rai… aku perlu kan pertolongan kau… Isteri aku nak aku balik sebelum 5 petang… kata nya ada hal penting…

Ish kau ni… aku takleh cover kau… nanti apa staf lain fikir?

Tolong lah Raihan… nanti aku tolong kau pula bila kau susah… please…

Hmm… hmm.. okey lah… tapi jangan buat selalu tau…

okey Rai, aku janji…

Aku faham kau ada isteri yang berbadan dua… tapi syarikat ni perlu kan kau… aku pun takleh cakap apa-apa sebab kau pun bantu aku untuk kerjasama dengan kau… aku bersyukur sangat dapat kawan macam kau… apa pun aku doa kan kau dan Intan bahagia ke Jannah…

Rai, aku pun syukur sangat dapat kawan macam kau… terima kasih Rai… aku akan jelas kan pada kau…

Kalau kau nak tolong… tolong aku tackle Ella untuk aku… hahaha…

Ish gila apa… tak pasal-pasal isteri aku syak aku ada skandal dengan Ella…

Gurau je lah… aku sebenarnya suka dengan Ella tapi dia macam susah nak ajak keluar…

Kau tak tahu ke? Ella sebenarnya dah baru saja kahwin… dia cuma beritahu aku je… jangan bilang orang tau.. Dia kena kahwin paksa dengan calon pilihan keluarga nya… kata nya calon Mak dia baik, bertanggung jawab.. Tapi lelaki itu kaki pukul dan kaki judi… lelaki itu tak sentuh Ella pun cuma dia buat sebagai ‘punching bag’

Ish teruk nya… kau biar betul… aku tak nampak tanda lebam di muka nya…

Itu lah kau… kau ingat pukul kat muka saja ke? Lain anggota pun boleh lah… kalau tak percaya lengan kiri nya bengkak tapi tak kelihatan…

Lengan kiri ya… baik… nanti aku cuba tengok… kenapa dia tak repot polis… dah kes dera ni…

Itu hal peribadi nya… yang aku kagum pada dirinya… dia tidak bawa masalah rumah dalam pejabat… aku takleh cakap banyak pasal dia. Sebab pendapat orang lain-lain...
okey lah.. Aku cari tahu sendiri… kirim salam aku kat Intan dan keluarga kau ya… aku pergi dulu sebab nak siap sedia untuk temu janji dengan client nanti…

okey Rai… terima kasih banyak...

Setelah mendengar perbualan Naim itu, Raihan teringin nak tahu kisah Ella sebab dia mula ada perasaan pada nya. Raihan terjatuh hati apabila melihat Ella yang bersopan santun. Jaga tatah tertib dan berdisiplin. Bagi Raihan, susah nak cari wanita seperti nya.

Aku tak kisah kalau dia kahwin tapi yang buat aku tak sampai hati… wanita sebaik dia, di seksa oleh suami yang kejam… Ish.. takleh jadi ni… aku mesti siasat kegiatan suami dia…

Naim pulang awal ke rumah dan dia dapati Intan terbaring atas lantai. Dia kemudian memanggil ambulans dan bilang ahli keluarganya.

Intan… Intan… bangun… bangun Intan… Ya Allah… tolong jagakan dia...

Naim berada di hospital sambil duduk di bangku. Dia sedang menunggu jawapan dari doktor. Setelah sejam di bilik pemeriksaan, doktor pun keluar dari bilik itu.

Doktor.. Doktor.. Macam mana isteri?... doktor…

Sabar encik… isteri dan kandungnya selamat… saya perlu encik pergi ke bilik saya… ada perkara saya perlu beritahu encik… sila encik…

Naim dan doktor nuju ke bilik doktor. Apabila mereka masuk ke bilik, doktor mula jelas kan.

Saya nak tanya pada encik Naim… encik Naim ada bertengkar pada puan Intan?

Bertengkar? Takde doktor… saya dan isteri okey je… tapi doktor… sejak dua-tiga minggu ke belakang ni,.. Isteri saya kuat termenung dan berdiam diri… adakah ini simptom orang mengandung?...

Termenung? Saya rasa isteri encik ada masalah… saya dapati puan Intan mengalami tekanan dan ada sesuatu menganggu fikirannya… ini boleh menjejas kan kandung nya…

Tapi saya selalu menanya dia, dia selalu kata dia okey… saya tak tahu macam mana nak pujuk dia.. Takut dia sensitif…

Saya cadangkan puan Intan pergi holiday untuk tenang kan fikirannya… bila dia tenang, dia akan cerita apa dia lalui.

Baiklah doktor.. Saya akan timbangkan…

Naim beredar dari bilik doktor dan dia pergi ke bilik wad Intan.

Intan… kenapa macam begini?... Abang tak sanggup melihat Intan lemah dan tak bermaya… Kata Naim pada dirinya sambil memegang tangan kanan Intan.

Abang… Intan... ada kat mana?...

Intan… Intan ada di hospital.. Waktu Abang balik Intan dah pengsan atas lantai… apa yang berlaku Intan?... tolong cerita kat Abang…

Patut ke aku beritahu Abang apa yang berlaku?... Intan menanya pada dirinya.

Intan pun teringat pada kejadian itu. Ketika itu, Intan sedang mengemaskan dan bersih di ruang tamu. Sedang dia menyusun dan atur bantal sofa, dia ternampak seorang di luar pagar sedang mengintai nya. Dia mula panik lalu hendak pergi ke bilik tetapi, oleh kerana dia terperanjat, dia terpengsan.

Takde Abang… mungkin Intan tak cukup tidur… Intan rasa lemah sangat masa itu.

Intan… Intan sedang berbadan dua… jangan buat kerja rumah terlalu banyak sangat… nak Abang cari kan pembantu rumah sementara?...

Eh… Abang tak perlu… Intan okey je…

Kalau gitu… Abang tanya Bonda kalau dia boleh jaga Intan sampai Intan sembuh…

Suka hati Abang lah… macam tak percaya Intan je…

Abang faham Intan sekarang ada masalah… Abang akan tunggu sampai Intan beritahu kat Abang… bisikan Naim dalam hatinya
. Kalau gitu, Abang kol Bonda ya…

Naim pun menelefon ibu Intan. Ibu Intan setuju untuk menjaga Intan sampai Intan pulih. Kemudian Naim membawa Intan pulang ke rumahnya. Setelah di rumah, Naim teman kan Intan ke bilik sambil menasihatinya agar berehat secukupnya. Naim turun ke dapur dan dia membuatkan bubur ayam untuk Intan. Naim menghidangkan Makanan itu di dulang. Dia pergi ke biliknya sambil memujuk Intan supaya Makan sedikit.

Tak nak Abang… Intan nak tidur…

Jangan begitu… Abang nak Intan sembuh… kalau tak leh habis… dua suap pun boleh.. Intan.. Makan sikit…

Baiklah Abang… Intan mula bangun dan sandar kan ke belakang.

Naim menyuap Intan sambil merenung mata Intan. Intan pun bertanya pada Naim.

Kenapa Abang lihat macam gitu?

Abang bersyukur sangat… tak lama lagi kita ada anak… terima kasih Intan kerana menjadi isteri Abang dan terima kekurangan Abang…

Dah lah Abang… nanti Intan sedih pula...Intan pun terima kasih kat Abang sebab selalu ada pada Intan… Intan minta maaf kalau buat Abang risau…

Kalau tak nak Abang risau… Makan bubur ni boleh?...

Boleh Abang…

Keesokan harinya, ibu Intan datang sebelum Naim hendak pergi ofis. Naim mengucapkan terima kasih kepada ibu Intan sebab sudi menjaga Intan. Ibu Intan besar hati untuk menjaga anaknya. Naim pun beredar untuk ke ofis.

Apabila sampai ke ofis, Naim bersiap sedia untuk presentasi kepada klien demi mendapatkan tender besar dalam satu jam nanti.

Di rumah Intan pula, ibu Intan ingin masak kurma spesial untuk Intan dan Naim sebagai Makan malam nanti. Jadi, Ibu Intan turun dan masuk ke dapur untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan nanti.

AlaMak… lengkuas dan daun bawang takde pula… bahan lain pun masih sikit… tak cukup untuk masak lauk spesial ini…

Intan… Bonda nak keluar kejap…

Bonda nak pergi mana?...

Bonda nak pergi ke pasar di hujung rumah kamu itu… nak beli bahan-bahan masak… Bonda ingin masak khas untuk kamu berdua…

Tak pAyah lah Bonda… kalau nak pergi… tunggu sampai Abang Naim balik… atau Bonda masak apa yang boleh… Intan Makan je..

Eh… tak usah tunggu Naim… Bonda takut tak sempat… Bonda dah niat nak masak sedap untuk kamu berdua… jangan risau… Bonda pergi sekejap je… tak sampai sejam pun… lekas Bonda pergi, lekas Bonda balik…

Baiklah… Bonda hati-hati tau.. Intan sayang kan Bonda… maaf kan Intan kalau menyusah Bonda…

Tak de lah Intan… Intan tak susah kan Bonda… kalau Bonda dah niat nak buat sesuatu, Bonda mesti buatnya… dah jangan fikir bukan-bukan… Intan berehat dulu…

Ya Bonda… baik-baik jalan…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience