Babak 2

Romance Completed 14353

Seminggu kemudian, Naim pergi ke KL untuk mencari kerja. Dia tumpang rumah kawannya, Raihan sementara waktu.

Pada waktu yang sama, Intan pulang ke rumahnya yang mewah. Dengan tidak beri salam pada keluarganya, dia terus masuk ke biliknya sambil termenung. Intan masih tidak keluar dari biliknya kerana bimbang sakit jika tunangnya mengetahui bahawa kalungnya hilang.

Ibunya sedang menaik tangga untuk sampai ke bilik anak perempuannya untuk memeriksa sama ada Intan sihat atau tidak.

“Intan, kamu okey? Bonda risau lihat keadaan Intan ni.” tanya ibunya.

“Kalung yang Abang Zaheer bagi hilang Bonda. Intan tak tahu mana Intan nak cari dan beritahu pada Abang Zaheer?” Tersedu-sedu apabila Intan berkata.

“Bilang Zaheer je. Bonda yakin Zaheer tak rasa kecil hati dengan Intan.” teguran ibunya.

“Tapi Bonda… Intan takut kalau Abang Zaheer fikir bukan-bukan.”

“Jangan risau Intan. Insya-Allah, Zaheer akan faham. Intan bukan sengaja hilang kan?” Ibunya cuba memujuk Intan.

Intan memeluk ibunya lalu dia berterima kasih dengan nasihat ibunya itu.

Keesokan harinya, Zaheer datang untuk berjumpa dengan tunangnya.

Ting-tong!

“Assalamualaikum Datin” senyuman Zaheer yang lebar.

“Waalaikumsalam. Oh, Zaheer. Apa khabar? Zaheer dan keluarga Zaheer sihat?” ibu Intan menyambut kedatangan Zaheer dengan hati yang girang.

“Alhamdulillah, kami sekeluarga sihat je. Terima kasih Datin.” jawab Zaheer.

“Sila masuk. Jangan malu-malu. Nanti Bonda panggilkan Intan ya.”

Sudah 2 tahun berpisah disebabkan Intan sambung belajar di London, Zaheer tidak sabar untuk melepaskan rindu di dadanya.

“Abang Zaheer!... Abang Zaheer sihat?! Intan rindu kat Abang.” Intan teruja apabila bakal suaminya datang ke pangkuannya.

“Abang sihat je. Intan macam mana? Sihat? Macam mana kat London?” Jawab Zaheer sambil mengeluarkan hadiah di belakang.

“WOW!”

“Terima kasih Abang!” Intan mengambil hadiah dengan senang hati. Intan pun bercerita tentang pengalamannya semasa di London.

“Abang… Intan… nak minta maaf.”
“Kenapa Intan perlu minta maaf kat Abang?”

“Intan tercicir kalung yang Abang hadiah-kan kat Intan semasa ulang tahun perhubungan kita itu.” Intan menunduk kepalanya.

“Takpe lah sayang, Abang tak marah pun. Malahan Abang bersyukur sebab sayang pulang dengan selamat.” Zaheer memujuk Intan dengan nada yang tenang.

“I love you, Abang.”

“Abang pun sayangkan Intan”

“Lagi tiga bulan je, Abang harap Intan terima Abang seadanya.”

“Intan takut Abang tak terima Intan seadanya.” Intan berpaling belakang.

Zaheer jalan satu langkah ke depan lalu berkata, “Sayanglah suri-hati Abang buat selamanya.”

“Terima kasih Abang” Intan pun mula teriak dengan penuh ceria.

Bapa Intan mempunyai syarikat pembinaan rumah dan dia adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Syarikatnya di panggil “Cre8sion Holdings” dan terkenal di seluruh negara. Bapa Intan ingin memberi jawatan CEO kepada Intan setelah tamat pembelajarannya. Malangnya, rakan kerjanya, Encik Hashim, bangkang sebab Intan tidak mempunyai pengalaman kerja.

“Iqram! Mana boleh kau letak anak kau jadi CEO. kenapa tak dia mula dari bawah dulu?”

“Aku faham Hashim, aku mahu Intan ganti tempatku dan aku nak bersara.”

“Aku kan ada. Aku boleh ganti jawatan kau.”

“Kau boleh pandu Intan dalam selok-belok bisnes kita. Lagi pun aku ada zuriat, kalau tak aku bagi jawatan ini pada kau.” jelas Dato’ Iqram dengan hati terbuka.

Encik Hashim balik ke ofisnya dan mula naik minyak. Fail -fail berselerak di atas meja dan lantai lalu Encik Hashim termundur-mandir. Beliau kelihatan kusut dan kerut di dahinya seolah-olah beliau sedang memikirkan sesuatu.

“Ada zuriat eh… Kau tengok nanti apa aku buat dengan anak kau!” Encik Hashim mula ketawa.

“Helo, kau jumpa aku malam ini. Aku ada tugas untuk kau!” Encik Hashim matikan telefon pintarnya lalu tersenyum diri sendiri.

“Ada apa bos nak dari kami?” tanya orang suruhan Encik Hashim.

“Kau ambil maklumat dalam sampul surat ini... Aku nak kau habiskan riwayat perempuan tu... Ha ha ha…” kata Encik Hashim

“Tapi bukan sekarang. Tunggu aku bagi arahan selanjutnya. Faham!” Tambahnya lagi

“Fa...Faham bos!” jawab konco-konco Encik Hashim.

Encik Hashim pulang ke rumah lalu memanggil anak perempuannya, Nurul Qeisha sebab ada sesuatu yang dia hendak bincang dengan anaknya.

“Qeisha! Mari sini Ayah nak cakap sesuatu.” Encik Hashim meletakkan surat khabarnya di atas meja sambil memujuk Qeisha untuk duduk di sofa.

“Ada apa Ayah?” Qeisha mula rasa sangsi.

“Kau nak kaya dan hidup senang tak?”

“Eh… sudah tentulah Ayah. Kenapa Ayah tanya begitu?”

“Sebelum kau pergi ke luar negeri untuk jadi model… dalam dua bulan ini, Ayah nak kau goda Zaheer supaya dia tidak akan kahwin dengan Intan.”

“Intan? Si perempuan kerek tu? Ha ha… Ayah jangan risau, Qeisha akan buat apa saja yang Ayah mahu.”

“Bagus! Ini macam anak Ayah! Ha ha ha… Tapi jangan gagal tau…”

“Baiklah Ayah” Qeisha pun mundur dari ruang tamu lalu dia pergi ke biliknya. Dia duduk di bangku berdepan dengan permai solek cermin sambil mengelapkan mukanya dengan tisu basah. Setelah itu, Qeisha termenung di cermin sambil mengeluarkan losen dari lacinya.

“Intan… Intan… kau dah rampas Zaheer dari aku… aku akan pastikan kau tak kan kahwin dengan Abang Zaheer aku.. Ha ha ha... “ Bisikan Qeisha sambil memandang cermin semasa menyapu losennya di kedua lengannya.

Hari demi hari, Qeisha cuba goda Zaheer. Namun, tiada hasil dan Zaheer sukar digoda.

Dua minggu kemudian sebelum hari pernikahan Zaheer dan Intan, apabila Qesha Makan tengah hari dengan kawannya Katie…

“Kenapa ni beb? Apa masalah kau ah?”

“Ayah aku suruh aku goda Zaheer tapi gagal.”

“Alah hai.. Senang je.”

“Kau ajak makan malam dengan Zaheer bahawa Ayah kau nak sambut hari istimewa di hotel restoran. Lepas tu, kau letak pil tidur pada minuman dia. Bila dia tidur, kau bawa ke bilik. Aku boleh tolong kau dapatkan Ahli pencegah Maksiat supaya dia kena kahwin paksa dengan kau.” Cadangan Katie.

“Oh kalau gitu, Zaheer tak boleh kahwin dengan minah kerek tu. Idea kau boleh tahan juga ya, Katie.”

“Kalau ini berjaya, kita boleh holiday di luar negeri!”

Dengan tidak sengaja, kawan Zaheer, Freiza sedang santap di restoran yang sama. Lalu dia terdengar perancangan Qeisha dan kawannya.

“Aku tak sedap hati ni... Baik aku beritahu Zaheer sebelum terlambat...”

Freiza pergi ke ofis Zaheer. Ketika itu, Zaheer sedang berbicara di telefon.

“Freiza, apa mimpi kau datang kat ofis aku ni…”

“Zaheer, maaf kalau mengganggu kau. Aku… sebenarnya…”

“Sekejap, sebelum kau cakap, Keluarga Qeisha ajak aku Makan malam ini sebab nak sambut kepulangan Qeisha yang habis belajar di luar negeri.”

“Habis tu, kau pergi?” Freiza berasa curiga.

“Ya lah, tak kan nak tolak kut...”

“Zaheer, aku rasa kau tak perlu pergi lah... Aku tak sedap hati. Macam ada sesuatu je...”

“Freiza... Freiza... Kau ni fikir bukan-bukan je. Insya-Allah aku takde apa-apa lah.”

“okey... kalau begitu, kau ajak Intan sekali boleh.”

“Ajak Intan?.. Kau tahu kan Intan takleh semuka dengan Qeisha. Aku tak nak buat hingar bingar di situ…”

“Apa-apa je lah Zaheer. Hati-hati bila kau pergi sana okey.”

“Jangan risau. Aku akan okey.”

Frieza bimbang atas keselamatan kawannya. Oleh itu, Dia pun mengambil keputusan untuk memantau Zaheer dari belakang.

Zaheer pun sedang dalam perjalanannya ke restoran yang ditetapkan. Setelah sampai di restoran itu, Zaheer mula rasa hairan apabila Qeisha sedang duduk bersendirian tanpa keluarganya. Oleh itu, Zaheer maju ke arah Qeisha lalu menegurnya.

“Hi Zaheer…” salam Qeisha yang geldik itu.

“Qeisha, mana yang lain?” Tanya Zaheer.

“Ayah Qeisha ada hal penting tiba-tiba… nanti dia datang. Sementara itu, kita makan dulu je. Qeisha dah lapar ni.” Jelas Qeisha sambil mencuba untuk memegang tangan Zaheer. Zaheer menggelak dari pegangan itu sambil melangkah ke kerusi di hadapan Qeisha untuk bersedia meminta pesanan dari pelayan restoran itu.

“Baiklah. Jom makan.” Zaheer mengambil menu hidangan dan memanggil pelayan.

Sementara itu, rakan Zaheer, Freiza sedang memerhatikan pergerakan Qeisha dari jarak jauh.

“Apa yang si gila tu buat dengan Zaheer.... Aku telefon dia jap. Tak angkat pula.” Freiza mencuba untuk menelefon Zaheer tapi talian itu tidak sambung.

Tiba-tiba, bunyi panggilan dari telefon pintar Zaheer berdering dan berdentam-dentum lalu Zaheer mengambil telefon pintarnya sambil gelangsar butang hijau, yang berbentuk terima panggilan, ke kanan ibu jarinya.

“Maafkan saya, ada panggilan dari keluarga saya.” Zaheer berjalan ke tandas semasa dia berada dalam panggilan telefon.

“Okey takpe.” Balas Qeisha.

Apabila Zaheer pergi ke tandas, Qeisha dengan segera mengeluarkan botol kecil lalu tuangkan ramuan ada dalam botol itu ke minuman Zaheer.

Freiza ternampak perbuatan Qeisha itu. Freiza pun pergi ke belakang kaunter pelayan dan menyamar sebagai pelayan. Dia mula mengangkat minuman baharu untuk digantikan dengan minuman yang telah dicemari oleh Qeisha itu.

Setelah selesai dengan panggilan tersebut, Zaheer bergegas ke arah meja Qeisha lalu dia memberitahu bahawa dia perlu pulang.

“Maaf Qeisha, saya kena balik sekarang sebab nenek saya kurang sihat.”

Wajah Qeisha hampir berubah dan dia hanya memujuk Zaheer untuk meminum setitik dua.

“Kenapa boleh macam ni? Okey, takpe... sekurang-kurangnya minum air dulu.”

Zaheer memegang gelas itu dan dia memutar gelas itu 30 darjah dengan perlahan ke arahnya lalu menghirupnya.

“Jangan!...” teriakan Freiza. Suasana itu menjadi tegang. Oleh itu, Freiza, mula terangkan apa yang terjadi.

“Maaf tuan, minuman ini saya salah buat. Jadi, saya tukarkan minuman ini dengan minuman tuan itu. Sila tuan minum.” Freiza pun menukar minuman itu.

“Terima kasih...” Ujar Zaheer.

“Ish… Gagal lagi!” Qeisha berkata dalam hati.

“Maafkan saya Qeisha, saya perlu balik.” Zaheer meletakkan

Zaheer bergegas ke rumahnya untuk melihat kesihatan neneknya.

“Eh, Intan. Awak pun ada di rumah?”

“Abang Zaheer. Tadi Intan telefon Mak Abang dan dia kata nenek Abang sakit. Tu fasal Intan datang sini.”

“Abang dari mana tadi?”

“Abang… Abang dari restoran dengan Qeisha sekeluarga.”

“Apa?! Abang dengan Qeisha?! Abang buat apa ke sana? Ke... Abang ada hati dengannya?” bibir Intan mula muncung dan berpaling dari Zaheer.

“Tak...tak… bukan macam itu. Encik Hashim telefon ajak Abang tadi sebab nak sambut kepulangan Qeisha yang baru habis belajar dari luar negeri.” Jelas Zaheer.

“Bila masa Qeisha belajar dari luar negeri? Takkan Abang tak tahu yang Qeisha itu tak suka belajar?” Intan sangat kenal dengan perangai Qeisha dan dia cuba terangkan hal itu kepada Zaheer.

“Apa?... Jadi, kenapa Encik Hashim bilang kat Abang macam itu… Abang minta maaf…
Abang tak tahu mereka sanggup tipu Abang…” Zaheer memujuk Intan.

“Takpe Abang, lain kali bilang Intan tau.” Mata Intan bertentang mata Zaheer sambil

“Baiklah… Abang berjanji.”

“Nenek nak jumpa Abang sebenarnya… Intan pun tak tahu kenapa…”

Zaheer pun masuk ke bilik neneknya untuk melihat keadaan neneknya yang tenat itu.

“Nenek… Zaheer datang Nek.”

“Zaheer, nenek dah tua… sebelum nenek pergi… nenek ingin jumpa anak nenek yang hilang 20 tahun lalu… Tolong nenek cari mereka… nenek ingin minta maaf dengan mereka.”

“Baiklah Nek… Zaheer cuba cari mereka… tapi selepas perkahwinan Zaheer dulu… sebab ada banyak benda perlu Zaheer selesaikan.”

“Umi, Abah, kenapa nenek ada anak satu lagi?”

“Abang Abah, Razak… dia sebenarnya diusir oleh nenek kamu sebab nenek tak suka dengan calon pilihannya. Abah pun tak tahu mana Abang Abah tinggal setelah diusirnya.”

“Jangan risau Abah, Zaheer akan cari Abang Abah yang hilang itu.”

Setelah Qeisha pulang, Encik Hashim bertanya kepada Qeisha tentang perkembangan untuk merampas Zaheer dari Intan. Qeisha pun serba salah untuk terangkan tapi dia terpaksa bilang hal sebenarnya.

“Apa! Tak berjaya pula?!! Kau ni takleh diharap! Ayah suruh kau buat kerja senang pun takleh buat! Kau ni lembap!!” Encik Hashim meninggikan suaranya kepada Qeisha

“Lembap?! Sampai hati Ayah kan?.. Qeisha dah cuba tapi..”

“Tapi apa?! Gagal juga kan?... dah la biar Ayah buat sendiri!… ”

“Okey! Kalau gitu… Qeisha nak ke luar negeri esok… Qeisha tak tahan dengan Ayah ni!” Qeisha pun berpaling

“Pergilah!... memang itu kerja kau kan!!!” tambahan Encik Hashim dengan hati yang panas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience