Babak 14 Tamat

Romance Completed 14353

Hari demi hari, Naim sering pulang lewat ke rumah untuk menyelesaikan masalah kerjanya. Dia sanggup pergi ke syarikat kliennya untuk menerangkan hal berita palsu serta memberi kontrak baharu supaya dia dapat ambil semula kepercayaan mereka. Ella sedang menyemak kos beli barang - barang keperluan pembinaan dari pembekal dan juga akuan keluar masuk. Dia dapati bahawa kos barang - barang pembinaan terlalu murah dan kualiti yang senang rapuh. Justeru itu, dia mencari pembekal yang boleh dipercayai. Raihan pula sedang mengintai suspek yang menyebar kan berita palsu itu. Dia menangkap dari belakang sambil menanya siapa yang suruh suspek hantar informasi palsu itu. Suspek itu enggan bekerjasama dan Raihan mengheretnya ke balai polis untuk buat aduan.

Seminggu kemudian.

Naim dan rakan pekerjanya telah berjaya mengatasi masalah tersebut. Mereka juga dapat membuktikan bahawa mereka tidak selewengkan kos pembinaan tersebut dan dapat mengembalikan kepercayaan kepada semua klien mereka. Namun begitu, akaun keluar masuk masih tengah dalam siasatan sebab jumlah wang keluar terlebih 3 kali ganda dari jumlah wang masuk. Ella sedang menyuruh pihak bank untuk beritahu pada mereka kalau ada orang cuba keluarkan wang dari akaun syarikat.

Hari sudah petang, Naim pun pulang ke rumah untuk pastikan isterinya selamat. Yang menghairankan lagi orang misteri itu tidak ganggu isterinya. Walau bagaimana, Naim tetap berwaspada di sekeliling rumahnya. Raihan pula mahu pergi ke satu kedai Makan untuk Makan malam nya. Setelah Raihan Makan malam, dia terlihat satu kelibat. Kemudian dia terdengar jeritan wanita. Dengan tidak berfikir panjang, dia pun bergegas ke arah jeritan itu.
Lepaskan aku.. Abang nak bawa Ella kemana?! Lepaskanlah! Lepaskan aku!!

Diam! Jangan berontak! Aku kalah judi… jadi tauke itu hendak aku cari perempuan sebagai ganti supaya hutang aku selesai… kau lah perempuan tu…

Ella kan isteri Abang… tergamak Abang buat Ella macam gini…

DIAM!! Suami Ella menampar Ella dengan kuat sehingga bibir Ella berdarah.

Macam aku pernah kenal perempuan itu… Ella?!... Hoi!! Apa kau buat dia ah?!

Kau diam! Ini urusan aku! Jangan masuk campur! Dia ni isteri aku! Nyah dari sini!!

Eh suami apa macam gini?! Seksa isteri sampai bengkak… baik kau lepas kan dia… kalau tidak..

Kalau tidak apa!... nak pukul aku?!... budak hingus ni nak cabar aku!..

Encik balik lah… biar saya selesai kan masalah saya…

Tak Ella… aku tak biar kan kau cedera…

Eleh… tak pAyah nak jadi hero… baik kau pergi! PERGILAH!

TAK! Aku tak kan pergi selagi kau tak lepaskan dia! Dasar laki dayus!

KURANG AJAR!!!

Dhush! Dhosh! Dhush! Dhosh! Dhush! Dhosh!

Suami Ella terbaring di lantai dan tidak sedar kan diri. Raihan menerkap tangan Ella lalu lari ke keretanya.

Encik… Encik nak pergi mana ni?...

Jangan risau… kau akan selamat… aku tak apa apa kan kau… bawa bertenang ya…

Raihan sampai ke balai polis. Dia memujuk Ella supaya adu kan perkara kepada polis. Pada mulanya Ella takut sebab dia teringat dengan ugutan suaminya. Raihan cuba meyakinkan Ella betapa pentingnya membuat aduan ini demi maruah Ella sebagai wanita. Setelah beberapa kali memujuknya, Ella pun setuju untuk buat aduan. Semasa Ella di balai polis, Raihan menelefon Naim dan beritahu apa yang berlaku terhadap Ella.

Ella macam mana sekarang?...
Dia sedang dalam balai polis… Naim… aku nak kau tolong aku… kau kan ada rumah kosong… boleh tumpang kan rumah itu pada Ella sebab aku risau kan Ella…

Baiklah… aku bincang kan Intan dulu… nanti aku kol kau balik… bye…

Bincang dengan Intan apa?...

Oh… Intan… ini Ella setiausaha Abang… dia hampir dijual sebab suaminya kalah judi dan berhutang di tauke kedai itu… Mujurlah Raihan ada pada masa itu… sekarang dia bersama dengan Raihan di balai polis…

Kesian Ella… Abang nak buat apa?

Abang nak gunakan rumah kosong kita dan tumpang kan untuk Ella…

Eh… tak pAyah lah Abang… apa kata kalau Ella tinggal dengan kita buat sementara waktu…

Biar betul Intan… Nanti Intan cemburu pula…

Intan tahu… dalam hati Abang ada Intan seorang je… lagipun Intan ada juga orang borak…

okey lah kalau begitu…

Naim pun beritahu Raihan supaya hantar kan Ella ke rumahnya. Naim perlu ke pejabat tapi dia terpaksa menunggu Raihan dan Ella. Setibanya Raihan dan Ella muncul, Naim pun bergegas ke pejabat. Ketika Naim sampai, dia berasa hairan sebab lampu ofisnya terbuka dan dia sudah mati kan lampu sebelum. Apabila naim masuk ke dalam ofis, dia ternampak fail peribadi dan sulit berkeliaran di atas meja. Semasa Naim perhatikan fail-fail itu, seorang lelaki dari bawah meja, mula merangkak secara senyap dengan menolak Naim dari belakang. Lelaki itu tercicir telefon bimbitnya semasa melarikan diri. Naim terus telefon pegawai keselamatan di bawah supaya tangkap lelaki itu. Kedua dua pegawai keselamatan itu mula membuat perondaan untuk mencari lelaki itu. Lelaki itu sedang berlari dengan pantas sehingga dia tidak melihat batu di bawah lalu terjatuh. Kaki lelaki itu terseliuh dan dia cuba bangunkan dirinya. Pegawai itu pun terjumpa lelaki tersebut di belakang bangunan dengan keadaan terbaring lalu menangkapnya. Naim menelefon polis dan menyuruh pegawai itu tunggu sampai polis tiba sementara Naim pulang rumah untuk pastikan isterinya selamat.

Setelah sampai dirumah, Naim duduk di sofa lalu memikirkan kejadian tersebut. Dia tidak sangka ada orang dalam yang hendak jatuhkan dia. Intan terjaga dari tidur dan dia turun ke bawah untuk mendapatkan segelas air. Dia terserempak Naim lalu dia menegurnya.

Abang… Abang okey ke?...

Takde… ada benda berlaku tadi… tapi Abang dah selesaikan… Ella macam mana?... dia masih trauma dengan kejadian itu?...

Ya Abang… Ella dah ceritakan semua pada Intan… Kesian juga kisah dia…

Dugaan masing-masing… itu lah… nasib baik ada Raihan…

Intan tengok Raihan macam suka dengan Ella… kalau mereka kahwin pun sepadan…

Hai… sejak bila isteri Abang ni pakar mencari jodoh?...

Alah Abang ni… Intan gurau je lah…

Comel isteri Abang… Intan tak tidur lagi?...

Oh Intan nak ambil air… Abang nak minum?...

Takpe… terima kasih Intan… Abang nak rehat 15 menit disini dulu… hati-hati jalan tu…

Baiklah, Abang jangan lupa tidur tau…

Keesokan harinya, Naim terpaksa keluar awal sebab perlu jumpa dengan klien yang memberi projek besar. Naim pesankan Intan supaya kunci pintu pagar semua. Intan menggangukkan saja. Ketika Naim keluar dari rumah, ada kereta berwarna merah di sebelah kanan pagar. Orang misteri itu sedang menunggu peluang yang tepat.

Di pejabat, Naim sedang mempersembahkan slide untuk klien tersebut. Di pertengahan itu, ada 3 orang pegawai polis datang untuk menjumpa Naim. Naim tak boleh menolak dan dia arahkan Raihan untuk sembahkan slide itu kepada klien. Polis itu cuma nak beritahu bahawa suspek yang benar bukan lelaki itu. Malahan dia diupah oleh seorang gadis yang dia tidak tahu siapa nama nya. Nombor telefon itu, suspek menggunakan nama orang lain untuk daftar. Naim pun keliru sebab dia tidak mempunyai musuh. Sementara itu, Naim sedang buat keterangan mengenai kejadian semalam.

Semasa itu, ada posmen sedang menekan loceng lalu pagar itu terbuka. Oleh kerana pagar itu terbuka, orang misteri itu menghendap masuk.. Setelah pintu pagar tertutup, Intan masuk ke dalam untuk habis kan kerja nya di dapur. Orang misteri itu sedang mencari jalan untuk masuk ke dalam rumah itu. Setelah mencari, orang itu terjumpa pintu belakang yang tidak berkunci dan dia berjalan dengan senyap. Dia ternampak Intan sedang membersih sayur sawi di singki lalu menerkap leher Intan.

Diam!!! Ikut aku!...

Lepaskan aku! Apa kau nak ah!

Diam!!! Kalau tak aku tikam perut kau!

Orang itu mengheret Intan ke ruang tamu lalu menolaknya ke sofa. Ella terjaga dari tidur dia perlahan turun ke bawah untuk melihat. Dia ternampak ada orang menunjuk pisau ke arah Intan. Dia kemudian menutup mulutnya dan perlahan masuk ke biliknya. Setelah itu, Ella cuba menelefon Naim tapi tidak angkat. Setelah beberapa kali cuba tidak dapat, Ella telefon Raihan dan menceritakan apa yang berlaku. Apabila Raihan terima berita itu, dia bergegas ke ofis Naim dan menyampuk.

Sori mengganggu… Naim Isteri kau dalam bahaya… Ada orang cuba nak bunuh isteri kau…

Encik Naim, kami akan hubungi pihak kami untuk pergi ke rumah Encik.

Terima kasih Inspektor… saya pergi dulu…

Semasa Naim dalam perjalanan ke rumahnya, Intan menanya kepada orang misteri itu.

Kau ni siapa?... apa kau nak dari aku?...

Kau… tak kenal aku?... perempuan kerek…

Perempuan kerek… Qeisha?...

Pandai juga otak kau ni kan… kau nak tahu siapa bunuh Mak kau?...

Siapa?... kau tahu?..

Betul kau nak tahu?... orangnya adalah… aku. Hahaha…

KAU?!

Kenapa? Terkejut? Seronok ke? Mak kau dah mampus…

“Apa kau nak?! Kenapa kau bunuh Ibu aku? Dia tak bersalah...”

“Tak bersalah?! Kau kata tak bersalah?! Laki kau bunuh Ayah aku pun tak salah ke?... Sebab kau… Zaheer mati… Sebab kau… Ayah aku mati…”

Abang Zaheer?... apa kena Abang Zaheer pula…”

“Ish… apasal lembab sangat kau ni… aku dari dulu dah sukakan Zaheer sebelum kau rampas dia dari aku!!! Dasar perampas!”

“Aku perampas?...”

“Yalah kau perampas… hahaha…. Laki kau tu pembunuh…”

“Jangan kau hina laki aku!...”

“Laki kau?! Mana cinta sejati kau dan Zaheer yang kau agung-agungkan sangat?... cepat tukar orang ke?...

“Jadi… apa kau nak dari aku?...”

“Aku nak tolong kau jumpa Zaheer dan Mak kau disana dengan cepat… kau nak tak?... “

“Kau dah gila!!! “

“Aku gila?... Ayah aku dah mati… dan kau kata aku gila?... hei! Laki kau tu gila sebab bunuh Ayah aku!…”

“Abang Naim tak bunuh Ayah kau… polis yang tembak Ayah kau… “

“Aku tak percaya kau… sekarang… aku nak tunggu laki kau balik… tapi… sebelum dia balik… kau kena minta cerai dengan laki kau…”

“Cerai?... kau jangan paksa aku… aku taknak ikut idea gila kau tu!...”

“Baik kau ikut… kalau tak aku akan gugurkan bayi dalam kandungan kau… pilihlah!! Mana satu kau nak…”

“Tolonglah… kalau kau nak bunuh aku… tunggu sampai aku bersalin nanti… lagi sebulan je... “

“Eh… kau ingat ni pasar malam… boleh tawar menawar?..”

Naim dan berapa pegawai polis pun sampai dan cuba kepung seluruh kawasan. Naim cuba masuk melalui belakang. Polis cuba mengalih perhatian kepada Qeisha sementara Naim cuba terkap Qeisha dari belakang. Naim cuba tepis pisau dari Qeisha dan Qeisha menolak Naim ke lantai. Polis pun mula serbu Qeisha lalu menangkapnya sebelum Qeisha berbuat apa-apa.

Qeisha bertempik sambil mengeluarkan tenaga badannya untuk melepaskan dari genggaman polis. Polis akhirnya mengari kedua tangan Qeisha lalu bergegas ke kereta polis untuk menuju di balai polis.

Naim pun melangkah ke arah Intan lalu memberikan Intan duduk di sofa untuk menenangkan diri.

“Intan… Intan okey… “ Naim membelai pipi Intan.

“Abang... Intan okey je… Anak kita pun sihat...” Intan memegang tangan kanan Naim lalu meletakan ke perut Intan. Bibir Naim bergerak lebar ke pipi.

“Terima kasih Intan sebab beri masa untuk Abang dan polis datang rumah…”

“Abang… Intan tahu Abang akan selamatkan Intan… jadi Intan cuba apa Intan boleh…”

Raihan pun naik ke atas dan buka pintu bilik Ella. Sekilas Ella memandang wajah Raihan , Ella terus menuju ke arah Raihan dan memeluknya dengan perasaan ketakutan.

“Ella takut…”

“Jangan risau Abang ada…”

“Err hmm… Kalau nak peluk sangat… jadilah pasangan yang sah…”

“Ish kau ni… nak romantik sikit pun takleh…”

“Gurau je lah… dah jom kita pergi balai…”

Dua bulan kemudian.

Hari yang teramat istimewa bagi Raihan untuk membina masjid dengan Ella. Berdebar-debar hatinya apabila mengangkat nikah dan dia terasa janggal semasa menyebut akad nikah itu. Kali ketiga, barulah Raihan lafaz kan akad nikahnya. Semua berdoa syukur dan setelah itu, Raihan menyarungkan cincin nikah ke jari manis Ella. Ella pun salam dan mencium tangan kanan Raihan.

“Alhamdulillah… Semua keadaan sudah tenang. Kawan baik aku pun dah digelar suami… Semoga dia dapat membimbing Ella hingga ke Jannah… Amin… Bekas suami Ella telah pun diberkas sebab mendera Ella dan juga membuat kegiatan haram. Dia dipenjarakan selama 10 tahun dan disebat 20 puluh kali. Qeisha pula telah dimasukan di rumah sakit jiwa sebab dia tidak boleh menerima hakikat bahawa ayahnya dah takde... Sayangkan... Model yang cantik macam Qeisha pun boleh jadi otak miring… Syarikat Cre8sion Holdings kami pun mendapat sambutan meriah dari Perdana Menteri sebulan lalu. Sejak itu, ramai klien memilih perkhidmatan kami. Aku sungguh bersyukur sangat… Intan pun dah selamat bersalin anak pertama kita. Inilah… Anak perempuan kami… Comel sangat… nama dia?.. Ayu Shafikah… gabungan nama dari arwah Mama dan Bonda kami...” ujar Naim sambil melihat sekelilingnya.

Setelah selesai dengan majlis perkahwinan Raihan dan Ella, Naim dan Intan serta anaknya pulang ke rumah.

Seminggu kemudian.

Naim, Intan dan anak mereka sedang berjalan-jalan di taman yang berdekatan dari rumahnya itu pada waktu tengahari. Apabila penat berjalan, mereka berhenti di bangku lalu duduk untuk berehat. Intan mengangkat anaknya dari kereta dorong lalu mendodoinya.

“Terima kasih Intan… sebab menganugerahkan si comel ni kat Abang… Abang berjanji… Abang akan sentiasa ada di sisi Intan dan anak-anak kita… Insya-Allah…”

“Intan pun terima kasih kat Abang sebab Abang terima semua kekurangan Intan dan selalu menjadi batman untuk Intan…”

“Ya Allah, sesungguhnya aku tidak tahu asal usulku pada mulanya… tapi takdir dah menemukan aku dengan gadis ostrich ni. Walaupun ada pelbagai dugaan yang Engkau beri… aku bersyukur sangat sebab kita dapat hadapi sama-sama… Terima kasih Allah sebab selalu jagakan suri hatiku… “Kata Naim sambil merenung wajah Intan yang sedang mendodoi Shafikah.

“Intan… sini kasi Abang dodoi Fikah pula…”

“Ini dia Abang… alaa comelnya anak Mama ini…”

“Ya Allah, aku tidak sangka lelaki kelawar ini jadi suami aku… dia sanggup buat apa saja untuk keselamatan aku… sampai bertaruh nyawanya… demi aku… aku bersyukur walaupun jodoh aku dengan Abang Zaheer cuma sekejap… tapi dia telah menyadarkan aku betapa pahitnya untuk terima kenyataan… Lelaki kelawar inilah yang memahami aku dan mengambil berat pada diriku… Takde orang lain yang sanggup buat begitu seperti Abang Naim.. Terima kasih Allah…”

“Jom Intan… kita balik…”

“Baiklah.. Hari pun dah petang…”

Mereka pun bangun dari bangku dan Naim meletakkan anaknya ke dalam kereta sorong sambil menolak perlahan. Mereka pun teruskan berjalan mereka pulang…

Tamat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience