Naim sedang lelapkan matanya. Intan pun pulang ke rumahnya untuk berehat sambil bersih kan diri. Setelah itu, dia memasak makanan kegemaran Naim. Dia meletakkan lauk pauk itu ke dalam mangkuk tingkat serta buah-buahan sekali.
Abang mesti suka lauk Intan masak ini… Bau menyelerakan...
Sementara itu, di syarikat cre8sion holdings ada masalah untuk melantik seorang menjadi CEO kerana umur Dato’ Iqram sudah meningkat. Justeru itu, dia masih memilih calon bagi jawatan itu. Dia dan setiausaha nya, Ella, sedang bincang hal tersebut.
Siapa kah akan ganti tempat aku? Atau legasi ini habis setakat ini je? Dato’ Iqram tanya pada setiausahanya.
Dato’, saya rasa Dato’ boleh lantik anak menantu Dato’, Encik Naim sebab dia pun ada ciri-ciri yang kita perlu kan sebagai CEO.
Ya tak ya… betul juga cadangan kau Ella… Hmm… tolong siap kan dokumen untuk Naim mengambil alih jawatan CEO itu.
Baik Dato’ saya akan buat. Saya minta diri dulu.
Hmm Ella…
Ya Dato’?
Terima kasih.
Sama-sama Dato’.
Peguam Encik Hashim telefon Qeisha yang sedang ada di Australia untuk membuat model selama 6 bulan. Sudah berapa kali dia menelefon Qeisha, akhir dapat.
Helo! Siapa ni? Apa kau nak?
Helo, ini cik Qeisha?
Ya… apa nak? Lekaslah! Aku takde masa ni.
Duka… dukacita meMaklumkan bahawa Encik Hashim pun dah meninggal dunia 2 hari lepas…
Apa?! Macam mana Ayah aku boleh mati?
Encik Hashim meninggal disebabkan tembak oleh seorang pemuda.
Siapa pemuda itu?! Cakaplah!
Encik Naim…
Celaka! Ayah aku kau tembak… Kau ada gambar dia?
Ada tapi nak buat apa cik?
Jangan banyak cakap lah! Kalau ada… hantar aku gambar dia… sekarang!
Boleh… tapi tujuan saya telefon cik sebab nak bicara wasiat Encik Hashim… cik perlu balik segera…
Aku tak boleh balik… sebab aku ada kontrak model di sini… selepas 6 bulan… aku balik…
Tapi cik… saya…
Kau tak faham bahasa ke? Aku cakap selepas 6 bulan… atau kau nak datang sini?
Ba… Ba… Baik cik… saya akan tunggu.
Hantar gambar itu sekarang! Bye!
Peguam itu menghantar gambar Encik Naim kepada Qeisha. Qeisha terima gambar lalu dia menelefon orang suruhannya dia Malaysia untuk cari si pembunuh Ayah nya.
Helo aku nak kau tolong aku cari kan orang ini… nanti aku hantar gamabarnya..
Boleh bos… bos nak kita buat apa?
Aku nak kau kasi tahu aku latar belakang lelaki itu, tempat tinggal, keluarga nya.
okey… bos.. Lepas itu bos nak kita belasah orang tu?
Jangan! Aku nak kau intip pergerakan nya saja… Nanti aku balik, baru aku bertindak. Faham!
Faham bos...
Abang... Bangun Abang… saya datang… ini Makanan Abang… Intan dah siapkan…
Intan… pukul berapa sekarang? Abang rasa Abang tidur lama sangat ni…
Nak dekat kul 8 malam Abang… takpe Abang… Yang penting Abang sihat semula…
Terima kasih Intan…
Doktor dah bilang kat Intan… Abang boleh balik esok… tapi buat sementara… kita tinggal rumah Ayah Bonda Intan…
Abang faham… Intan dah lama tak jumpa mereka kan… mesti rindu…
Terima kasih Abang…
Kesokan hari nya, Naim dan Intan pulang ke rumah Dato’ Iqram supaya Naim dapat sembuh seperti sedia kala. Walaupun tangan kiri Naim masih rasa sakit, dia cuba menahan kesakitan itu. Sejak kecil, Naim suka simpan kan kesakitannya dan selalu tAbah dengan apa yang dia lalui.
Dua minggu kemudian.
Keluarga saudara Naim melawat Naim dan keluarga Intan sambut mereka dengan hati terbuka. Mereka menanya khabar sambil mengerat kan perhubungan sesama keluarga. Setelah itu, Dato’ Iqram ada pengumuman penting pada semua yang berkumpul di ruang tamu.
Terima kasih keluarga Naim sebab sudi datang ke rumah kita. Maaf kankami kalau ada yang kurang… Memandang kan Saya sebenarnya hendak melantik Naim sebagai CEO di syarikat Crea8sion Holdings. Apa pendapat semua?
Ayah, Naim tak nak sebab Naim tak layak memegang jawatan itu. Lagipun syarikat arwah Zaheer masih perlukan Naim.
Naim, Abah dan Umi dah bincang… kalau Naim ambil alih jawatan Iqram, syarikat Zaheer akan bergabung dengan syarikat Iqram…
Tapi Abah, Intan berhak dapat kan jawatan itu…
Abang… Intan setuju kalau Abang ambil jawatan itu… lagipun Intan nak jadi suri rumah supaya… boleh jaga anak... kita!...
In… Intan… dah mengandung?... Naim bertanya dengan mengejutkan
Semua ahli keluarga berterusan menanya soalan yang sama.
Ya… Ayah, Bonda… Abah, Umi… Intan mengandung…
Alhamudulilah… Abang akan jadi bapa…
Abang… Intan nak Abang ambil jawatan… Arwah Abang Zaheer akan bangga kat Abang sebab jaga Intan dengan baik…
Terima kasih Intan… Ayah, Naim terima jawatan itu.
Wajah Dato’ Iqram berubah sambil berjabat tangan kepada Naim. Dato’ Iqram terasa besar hati apabila Naim setuju. Ahli keluarga lain pun turut sama tumpang gembira. Setelah perbincangan itu selesai, keluarga angkat Naim datang untuk melawatnya. Ibu angkat Naim tak sabar bertemu Naim. Kakak dan Abang angkat turut hadir sama. Naim membuka pintu rumah lalu dia teruja.
Mak… apa khabar Mak?… sihat? Kak , Abang sihat?
Kami semua sihat tangan Mak dah boleh bergerak… rawatan selanjutnya untuk buat Mak berjalan pula… kakak kau ni.. Dah nak kahwin…
Syukur alhamdulilah… Mak seMakin sihat… wah… kak… tahniah kak Fatin… bila berlangsung nya majlis perkahwinanan kakak?
Boleh tentu lagi… nanti kakak bilang Naim… kakak harap Naim datang majlis kakak nanti.
Sudah tentu kak… Mak, kak, Abang… Naim dan Intan ada berita baik untuk korang… masuk lah dulu.
Mak, kakak, Abang Fir… bila sampai?
Kita baru sampai… Mak sebenarnya tak sabar nak jumpa kau semua… kak Fatin pun ada berita baik…
Oh… kami pun ada berita baik… mari masuk Intan akan kenalkan Ayah Bonda Intan.
Naim mencari ibu bapa intan untuk memperkenalkan keluarga angkat nya.
Ini siapa Naim?... ibu Intan bertanya
Mereka ni keluarga angkat Naim Bonda… mereka telah membesar kan Naim setelah Mama Papa Naim meninggal sewaktu Mama Naim bersalin… mereka bekerja keras supaya Naim dapat sambung belajar ke Universiti. Jasa mereka tak dapat Naim lupakan Bonda…
Oh… keluarga angkat kamu… tak pe Naim keluarga kamu, keluarga kami juga…
Keluarga Intan tidak segan mempelawa keluarga angkat Naim. Dato’ Iqram dan Datin Syarifah berasa pelik sebab Naim tidak berbin kan Ayah kandung Naim lalu mereka bertanya kepada Makcik Aminah. Makcik Aminah jelaskan pada keluarga Intan kisah Naim. Pada masa yang sama kak Fatin ingin bicara dengan Naim bersendirian.
Kenapa kak Fatin?... Naim ada buat salah ke?...
Eh… Tak lah Naim… kakak sebenarnya nak minta maaf kat Naim sebab kakak selalu bercakap kasar dan tidak hormat Naim sebagai adik kakak… dulu, kakak ingat kau cuma menyusah kan keluarga kami… sampai Mak sakit pun… kakak salah kan kau sebab Mak bekerja tanpa henti supaya kau dapat belajar tinggi… Malahan, kau masih ingat pada kami walaupun kau dah bertemu keluarga kandung kau… masa kecil, kakak selalu buli kau.. Buat itu dan ini… tapi kau masih sayang kan kami… kakak betul-betul minta maaf… Maaf kan Kakak… Naim…
Kak… Naim dah lama maaf kan kakak… kakak satu-satunya kakak Naim. memang kakak buli Naim tapi Naim tidak menyimpan dendam terhadap kakak. Malahan, Naim bersyukur sebab Naim keluarga yang beri penuh kasih sayang… Maaf kan Naim kak kalau Naim pernah buat kakak kecil hati…
Naim… kita mula kan hidup baru ya… Ingat… jangan lupa majlis kakak tau…
Hahaha… ya kak… Naim akan datang…
Apa Abang dan kak Fatin bincang kan? Macam serius je?
Takde apa-apa Intan… Kak cuma risau kan adik kakak ni… suka buat lasak…
Hahaha.. Abang ni memang suka lasak… macam batman…
Hai… dah mula Intan sakat Abang…
Gurau je Abang… Tak de... Makanan semua dah sedia… semua tengah tunggu Abang dan kak Intan…
Jom kak, kakak mesti cuba rasa masakan Intan… sedap kak!...
Ele isteri kau… mesti kau puji tinggi… hahaha… jom kita Makan…
Bos, kami dah dapat Maklumat lelaki itu… semua nya dah kami hantar pada bos…
Bagus… intip pergerakan dia… apa-apa bilang aku…
Share this novel