Babak 4

Romance Completed 14353

Naim senyum sambil lambai tangannya.

“Intan?... macam aku pernah dengar nama itu?...Wajah dia pun sama yang aku terlanggar tempuh hari…” bisikan hati Naim.

“Hmm… Cik Intan… Bila cik Intan nak pindah ke rumah terpencil itu?”

“Besok je la!”

“Tak boleh sayang, malam ini sayang kena pindah juga… Nanti Abang jelaskan kat keluarga kita.”

“Baiklah Abang. Intan ikut je.”

Naim menemani Intan pulang ke rumah Zaheer. Ketika sampai di rumah Zaheer, Intan pun buka pintu dan menyambut salam.

“Assalamualaikum! Umi! Abah! Nenek! Masuk lah buat macam rumah sendiri… Tapi… jangan curi barang pulak… Gurau je… ha ha ha…”

“Waalaikumsalam! Encik ni siapa?”

“Saya Naim Makcik. Encik Zaheer suruh saya teman kan cik Intan pulang. Maklumlah sudah malam kan.”

“Kalau begitu masuklah, kita makan malam sekali…”

“Tak keberatan ke Makcik?”

“Ish… takde lah.. Naim, duduk dulu nanti Makcik panggil kalau dah siap.”

“Terima kasih Makcik.”

“Wow… Cantiknya rumah ni… susah aku tinggal rumah semewah begini…”

Ehhh… gambar apa tu? Kenapa gambar arwah Ayah ada di sini? Naim berasa pelik.

“Naim… Makan dah di sajikan.”

“Makcik, tumpang tanya, siapa lelaki itu?”

“Oh, itu Abang ipar Makcik dah lama menghilang kan diri. Puas keluarga Makcik mencarinya tapi tak jumpa.”

“Oh jadi rumah ini adalah rumah Datin Rasheedah?”

“Ya betul… macam mana Naim tahu Datin Rasheedah?”

Naim keluarkan dompetnya lalu mengambil gambar arwah Ayahnya dan beri kepada Puan Hasnah.

“Masya-Allah! Naim ni anak Razak?”

“Ya saya, anak Razak.“

Puan Hasnah bawa gambar itu lalu tunjuk kepada ibu mertuanya.

“Umi, lihat ini gambar Razak.”

“Ya betul… jadi lelaki tadi cucu Umi?”

“Ya Umi, cucu Umi yang hilang itu.”

Datin Rasheedah bangun darinya katilnya kemudian berjalan perlahan untuk bertemu Naim.

“Cucu nek… Maafkan nenek sebab usir Ayah dan ibu Naim… Mana ibubapa Naim?”

“Nenek ingin meminta maaf kepada mereka… nenek banyak dosa dengan Razak dan Syafeeqah…”

“Mama… Papa… dah meninggal dunia semasa saya dilahirkan nek…”

“Mari kita makan dulu lepas makan, Naim akan ceritakan pada semuanya.”

Setelah makan malam, semua berkumpul di ruang tamu. Naim jelaskan kisah hidupnya dan apa yang berlaku terhadap kedua ibu-bapanya.

“Begitulah ceritanya nek… Nek, Naim nak beritahu pada bahawa arwah tidak menyimpan dendam terhadap nenek. Saya pun tidak bersikap demikian… niat mereka adalah keluarga kita bersatu semula… “

“Nenek Umi, Abah, Intan perlu pindah dari sini sebab Abang Zaheer yang suruh Intan. Dia akan jelaskan kepada semua pihak apabila dia sembuh nanti.”

“Baiklah kalau Zaheer suruh kamu pindah, Abah izinkan. Naim, tolong tengok kan Intan.”

“Boleh pakcik.”

“Tak payah panggil pakcik… panggil Abah saja… yang ini panggil Umi…”

“Baiklah Abah, Umi, Naim akan jaga Intan. Naim berjanji.”

“Helo bos, masalah bos, lelaki yang kita tertembak tadi adalah suami perempuan tu bos. Apa yang bos nak kami buat?”

Jahanam! Takleh diharap! Sekarang, aku nak kau hapus kan dia malam ini juga! Ingat, jangan “sampai orang lain tahu. Faham!”

“Fa.. Fa.. Faham bos!”

“Bodoh betul! Lembab! Suruh kerja senang pun takleh buat!” Encik Hashim mula panas hati.

Pada masa yang sama, Peguam Zaheer datang jumpa Zaheer. Zaheer arahkan Encik Rahman untuk buat wasiatnya secepat mungkin.

“Betul ke tuan? Tuan nak bagi Encik Naim sejumlah ni?”

“Betul tu Rahman… Dia telah selamatkan saya… Saya terhutang budi pada dia… Rahman… kalau saya tak sempat jelaskan tentang Intan pada keluarga saya… tolong sampaikan kepada mereka...”

“Saya nak awak buat satu siasat mengenai Encik Hashim… Jangan bilang sesiapa melainkan saya atau Encik Naim.”

“Baiklah tuan, saya akan laksanakan amanah tuan itu.”

“Terima kasih Rahman… Saya tak tahu macam nak balas budi awak…”

“Tuan jangan risau, saya pegang pada amanah…”

Pada lewat malam, konco-konco Encik Hashim bertindak dengan licik masuk ke dalam hospital tersebut.

“Kau ‘cover’ aku di depan aku masuk bilik itu dengan benda ini.” Salah seorang daripadanya masuk ke dalam bilik wad itu untuk mematikan oksigen dan melepaskan alat pernafasan itu dari Zaheer.

“okey… cepat sikit…”

“Dah letak benda tu… jom kita cabut…”

“Okey… cepat… cepat..”

Tik.... tik.... Tik… tik… tik… tik… tiiiiiiiiinnngggg!

“Encik Zaheer… Doktor! Doktor! Doktor!”

“Dia dah meninggal dunia… Nurse tolong telefon keluarganya…”

“Helo… ini keluarga Encik Zaheer?”

“Ya betul. Saya ibunya… Ada apa? Dari siapa?”

“Saya nurse… dukacita memaklumkan anak puan telah meninggal dunia sejak pagi tadi…”

“Apa?... Ya Allah! Nanti kami sekeluarga pergi sana…”

“Abang… anak kita bang…. Dia dah meninggal…”

“Sabar Nah, kita pergi sana tanya apa yang berlaku…” Ibu mertua Intan menelefon Intan dengan gesa-gesa.

“Helo Mak, ada apa Mak call Intan?” Intan bertanya.

“Intan, Abang Zaheer… dia dah meninggal…” jelas Ibu mertuanya

“Apa Mak? Abang Zaheer?....” Intan terperanjat. Titisan air matanya mula mengalir.

“Kenapa ni? Intan?... kenapa Intan menangis?” Naim cuba bertanya.

“Abang Zaheer… Abang Zaheer dah meninggal…” tersedu-sedu apabila Intan memberitahu khabar buruk itu kepada Naim.

“Apa?!.... Zaheer…” lubuk di hati Naim merasa kecewa pada dirinya sendiri.

“Maafkan aku… Zaheer… Kenapa kau selamat aku? Kenapa tak aku yang ditembaknya? Sedangkan aku orang luar… kau tak kenal aku pun… Ya Allah, apa harus aku buat? Adakah ini ujian aku? Macam mana aku nak hadap ini semua?…” Bisikan Naim sambil menitis air matanya.

“Aku berjanji Zaheer… Aku akan jaga Intan sepertinya kau harapkan…”

“Naim… aku nak ziarah kubur arwah Abang Zaheer… Tolong teman kan aku..”

“Tak boleh! Kau tak boleh pergi mana-mana! Faham tak!”

“Kenapa aku perlu minta izin dengan kau? Lelaki yang meninggal itu, suami aku! Apa, salah ke aku ziarah arwah suami aku sendiri?!” raungan seorang balu.

Naim berjalan di depan Intan lalu cuba menenangkan dan memberi semangat agar Intan mampu bertahan walaupun dugaan melanda.

“Maafkan aku… Aku faham perasaan kau… Malahan aku pun ingin ziarah arwah sepupu aku yang terpisah 20 tahun dulu… Tapi Zaheer dah amanah kan aku untuk pasti kan kau selamat…
Aku harap… kau akan faham..”

Intan sandar ke dinding lalu mengheret dirinya ke bawah sambil meratapi dirinya .

Pada keesokan harinya, setelah selesai pengurusan jenazah, Ibu Intan sedang melihat kiri dan kanan untuk mencari kelibat anak menantunya.

Mana Intan ni? Kenapa Intan tak ziarah arwah Zaheer, Abang?

“Sabar dulu Nah, Abang rasa mungkin dia ada masalah tu. jangan fikir bukan-bukan. okey?”

Setelah pulang dari rumah, Ibubapa Intan, telah mendapat tetamu, peguam Rahman.

“Assalamualaikum!“

“Waalaikumsalam. Encik ni siapa?”

“Saya Encik Rahman, peguam dari pihak Zaheer. Maaf atas kedatangan saya yang mengejutkan ni. Boleh saya masuk ke dalam?”

“Oh, boleh silakan masuk Encik Rahman.”

“Keluarga Intan pun ada pada masa itu. Mereka kelihatan musykil tapi mereka cuma tunggu dan dengar apa peguam nak di sampaikan ini.”

Apabila semua berkumpul di ruang tamu, Encik Rahman pun menyampaikan amanat arwah Zaheer. Dia pun cerita hal sebenarnya mengapa Intan tidak ziarah arwah suaminya atau keluar jumpa keluarganya.

Dato’ Iqram terperanjat mendengar ucapan peguam itu.

Siapa yang nak bunuh anak aku Intan?! Apa salah anak aku?

“Sabar Dato’, buat setakat ini, saya masih dalam siasatan. Sebab kematian arwah Encik Zaheer agak tragik sekali. Polis masih siasat siapa yang membunuh Encik Zaheer. Saya minta maaf atas berita buruk ini.”

Sekarang mana anak aku?!

“Iqram, anak kau selamat, aku suruh Naim untuk jaga kan dia sementara polis dapat tangkap suspek itu.”

“Naim?... Siapa Naim ni?”

“Oh anak saudara aku yang terpisah 20 tahun lalu. Kami sekeluarga bersyukur sebab dapat ditemukan dia. “

“Dato’, Encik Zaheer telah amanahkan Naim untuk beri keselamatan pada Puan Intan sebelum dia pergi. Saya akan beritahu pada semua pihak kalau saya dapat maklumat yang kukuh dan sahih .”

“Ya Allah, selamatkanlah anak aku yang tak bersalah...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience