Babak 13

Romance Completed 14353

Ibu Intan berjalan ke pasar di hujung rumah Intan. Dengan tidak ketahui, ada kereta mengekorinya dari belakang. Sesudah membeli belah, Ibu Intan melintas ke seberang menuju ke arah rumah Intan. Tiba-tiba kereta misteri bergerak dengan laju dan melanggar Ibu Intan.

Hahaha… pada muka… Kata pemandu misteri itu.

Mana Bonda ni?... kata sekejap je… ini dah hampir dua jam...

Intan cuba menelefon ibunya tetapi tak dapat. Setelah beberapa kali menelefon, baru dapat.

Bonda… Bonda dari mana?... kenapa susah nak kol Bonda?

Cik… cik ni anak pada Makcik ini?...

Ya… kenapa? Siapa cik? Macam mana cik ni ada telefon ibu saya?...

Sabar cik… saya terjumpa ibu cik di langgar lari… saya dah kol ambulans…

Ya Allah… cik boleh tolong hantar alamat hospital… saya akan pergi ke sana sekarang… terima kasih cik…

Dengan pantas Intan telefon Naim.

Ring… Ring…

Maaf… saya ada panggilan penting.. 5 menit jap…

Helo… Intan… kenapa?...

Abang… Bonda… Bonda… kemalangan…

Apa?... Intan sabar… Abang balik sekarang… kita pergi sama-sama… okey... Intan tunggu situ tau…

Baik Abang…

Macam mana ini?… Rai… Rai...

Kenapa ini?

Rai… tolong aku cover presentasi ini… sebab aku perlu balik segera…

Boleh tapi kenapa Naim?...

Mak mertua aku ada kemalangan jadi aku tak boleh biarkan Intan keseorangan… please Rai…

okey Naim aku cover kau.. Hati-hati..

Naim bergegas ke rumahnya untuk mengambil Intan. Kemudian mereka ke hospital sementara Intan menelefon bapanya. Setelah tiba ke sana, Intan tidak tentu arah dan dia mendesak Naim supaya dapat kan Maklumat mengenai ibunya. Naim cuba menenangkan Intan. Emosi Intan tidak terkawal sebab dia terlalu sayangkan ibunya.

Sabar Intan… Abang tahu Intan sayang kan Bonda… Abang pun sayang kan Bonda… dia dah macam Mak Abang sendiri… kita berdoa ya…

Abang.. Intan tak sanggup melihat Bonda macam itu… Intan sayang Bonda Abang… tak mampu untuk Intan kehilangan Bonda… salah Intan.. Kalau Intan tak halang Bonda keluar tadi… dia tak akan dilanggar…

Intan… ini semua takdir… bukan salah Intan… kita pun tak nak benda ini semua berlaku…

Naim memeluk Intan untuk meredakan keadaan di situ. Dato’ Iqram pun tiba dan doktor sedang memanggil ahli keluarga korban itu.

Saya Dato’ Iqram… suami mangsa itu… kenapa doktor?...

Maaf Dato’... Isteri dato’ tak dapat diselamatkan…

Rifah!... Rifah...

Bonda… Bonda!...

Dato’ Iqram dan Intan tersedu-sedu sambil melihat wajah Ibu Intan.

Setelah dua hari selepas mayat arwah Ibu Intan selamat dikebumikan, pada malam itu, ketika Naim sedang mandi, Intan mengeluarkan kotak besar. Dalam kotak itu, ada pelbagai kotak kecil yang berisi kan surat berdarah serta kan pisau mainan. Intan termenung dan teringat bagaimana dia dapat bungkusan kotak itu. Tiap-tiap minggu dia sering terima bungkusan itu dan dia tidak beritahu kepada Naim.

Aku rasa aku patut bilang kepada Abang Naim. Kata di hatinya

Kotak apa itu? Naim bertanya sambil mengesat kan rambut dengan tuala.
Abang… sini kejap… Intan nak cakap…

Kenapa Intan?... Intan ada masalah?...

Abang… sebelum Abang marah atau terkilan… biar Intan beritahu Abang dulu…

Nah… tengok apa isi dalam kotak itu?...

Intan?!... kenapa kertas ini semua bertulisan darah?... apa yang berlaku?...

Sebenarnya Intan sering terima bungkusan itu tiap minggu tapi Intan tidak beritahu Abang… kadang-kadang Intan terlihat orang di luar pagar sedang mengintai Intan… hari tu… yang Intan pengsan… bukan kerana tak cukup tidur… tapi Intan terperanjat setelah melihat orang misteri itu panjat pagar… dan menunjuk pisau di luar…

Kenapa Intan tak bilang kat Abang?...

Intan… Intan tak mahu Abang cedera lagi… sudah cukup Abang separuh mati di hospital setelah menyelamat kan Intan… Hati Intan tergugat… kata Intan sambil menitiskan air matanya

Naim memeluk Intan sambil mengesatkan air matanya.

Abang faham… tapi ini dah terlibat kan arwah Bonda… keluarga kita... Abang risau kalau mereka apa-apa kan Ayah pula...

Intan minta maaf Abang… Intan tak sangka mereka terlalu nekad membuat kejaman itu…

Takpe… yang penting Intan dah jelaskan… sekarang Abang nak Intan kemas kan barang-barang…

Kenapa kita kemas barang kita?...
Kita harus pergi ke rumah yang kita pernah tinggal dulu… tempat itu selamat…

Abang! Kenapa Abang?! Abang tak percaya yang Intan boleh jaga diri Intan dan anak kita?...

Bukan macam tu… sekarang tak selamat… Abang tak nak kehilangan Intan dan anak kita…

Intan tak pergi… Intan nak disini bersama Abang…

Intan tolonglah… Jangan degil… Abang tak kira… Abang kita keluar sekarang!...

Tak nak!... jangan paksa Intan boleh?!... Intan nak susah senang kita bersama…

Intan stop!! Abang tak nak kita bertengkar… buat kali ini, dengar cakap Abang…

Tak nak… kenapa Abang suka paksa… dulu paksa Intan… sekarang paksa Intan pula… Abang tak faham Intan… apa yang Intan lalui…

Ya betul!... memang Abang tak faham!… Abang cuma tak nak….

Tak nak apa?!... dah tak nak Intan ke?!

Abang tak nak anak kita lahir tanpa kasih sayang ibubapa!!!

Abang…

Intan cuba bayangkan kalau anak kita lahir… dia tidak kenal siapa ibubapa nya dan selalu bilang Abang ini anak buangan…

Abang… kenapa Abang kata begitu?...

Maafkan Abang… itu yang Abang lalui sejak kecil… semua orang di kampung berkata macam gitu… Abang… cuma tak apa yang Abang melalui terkena pada anak kita… kalau Abang terkorban sekali pun… anak kita dapat tahu siapa ibu nya…

Intan berdiri dari katil dan dia memegang kedua tangan Naim.

Abang… Intan nak Abang tahu yang Abang tidak keseorangan… Intan kan ada… musuh kalau nak menyerang… tak kira tempat Abang… yang penting kita sama-sama hadapinya… Maaf kan Intan kalau buat Abang marah…

Abang pun minta maaf… Abang tertinggi suara tadi… Kalau Intan nak tahu… Abang akan…

Tak perlu… Intan dah tahu… Abang akan buat apa saja untuk keselamatan keluarga kita…

okey… kalau tak nak kita pergi dari sini, Abang nak Intan kunci pintu seluruh kawasan… dan tunggu sampai Abang pulang okey?... janji dengan Abang…

Baiklah… Intan berjanji…

Pada keesokan harinya, Naim pergi ke pejabat untuk mendapat tahu perkembangan klien nya. Apabila dia masuk ke ofis, Ella pun masuk dan mengatakan bahawa ada perkara penting nak di bincangkan.

Encik Naim, dah 10 klien kita nak tamatkan perkhidmatan kami… ini e-mel yang mereka hantar…

Macam mana mereka nak batalkan?... ini mesti ada sesuatu tak kena… Ella, awak bawa kan fail-fail yang 10 klien itu… kita semak sama…

Dengan tidak sengaja, Raihan terburu-buru masuk dalam ofis Naim sambil menunjukkan sesuatu dalam telefon pintarnya.

Naim… Naim… Sori kalau ganggu kau… tengok ni… aku rasa ini punca klien kita batalkan khidmat kami…

Syarikat Crea8sion telah didapati mengambil rasuah dari setiap klien dan menyeleweng kan kos perkhidmatan mereka?... siapa hantar informasi palsu ni?...

Aku tak pasti… sekarang dah banyak klien kita tak percaya kan kita…

Macam mana Encik Naim?... kalau takde tender dari klien, kita tak mampu bayar gaji pekerja…

Kita perlu fikirkan macam mana nak dapat kan kepercayaan klien kita… okey sekarang kita buat macam ni… Ella, saya nak awak buat dokumen baru mengatakan kita akan dibayar setelah projek itu siap dan juga awak letak kan kos sebut harga itu tetap… Rai… aku nak kau siasat siapa hantar berita ni kat media sosial…

Boleh… tapi kalau macam gitu… macam mana kita nak bayar gaji pekerja?...

Betul juga kata Encik Raihan… nanti pekerja kita mogok dengan gaji dibayar lewat… Encik Naim kan tahu… mereka perlu sara keluarga mereka…

Jangan risau… saya ada cadangan… saya akan keluarkan wang simpanan saya sendiri dan separuh dari dana kecemasan… ini untuk membayar gaji pekerja tepat pada masanya… tapi saya nak kamu berdua jangan heboh kan hal ni.. okey?...

Heboh kan apa?...

Dato’?... semua terperanjat kehadiran Dato’ Iqram.

Apa semua ni Naim?... cuba jelaskan?!

Sebenarnya, ada orang menyebarkan berita palsu pasal syarikat kita… saya akan cuba menyelesai kan masalah dalam seminggu atau secepat mungkin…

Jangan cuba… selesai kan cepat… Ayah tak mahu reputasi Ayah terjejas dan juga kehilangan syarikat ini…

Maaf kan saya Ayah… saya dah agihkan tugas ini pada Ella dan Raihan… Saya juga akan temu semula klien itu untuk mengambil semula kepercayaan mereka…

Bagus lah kalau kau dah ada rancangan… Naim, Ayah sebenarnya tak marah kan kau… cuma Ayah nak Naim tahu, dalam bisnes ini banyak musuh yang cuba menjatuhkan kita.. Dan Ayah dapat rasakan bahawa musuh ini bukan dari musuh kau… barangkali musuh Ayah…

Naim faham Ayah… Naim akan selesaikan secepat mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience