2 minggu kemudian…
“Zaheer Hisyam bin Zambri Ahmad. Aku nikahkan kau dengan Intan Safeera binti Dato’ Iqram Amir dengan mas kahwinnya RM888 tunai” kata Tok Kadi.
“Aku terima nikahnya Intan Safeera binti Dato’ Iqram Amir dengan mas kahwin RM888 tunai.” Ucap Zaheer.
“Sah?! Sah?! Alhamdulillah!” semua orang sedang berdoa untuk diberi rahmat.
“Tahniah Zaheer… Intan… kamu berdua sudah menjadi suami isteri yang sah… Intan… aku nak pinjam suami kau sekejap boleh?...” Freiza berasa bangga dan berjabat tangan dengan Zaheer.
“Eh… Boleh lah Freiza…” balas Intan. Freiza pun membawa Zaheer di luar jauh dari orang.
“Ada apa ini Freiza?...” tanya Zaheer.
“Zaheer… aku kena pergi Tokyo sebab Bapa aku buka cawangan syarikatnya ke situ. Jadi aku perlu ke sana esok… Jadi aku kena berangkat malam ini juga..”
“Berapa lama?.. Aku faham… malahan kau sanggup datang ke majlis aku ini walaupun kau perlu berangkat… Terima kasih..”
“2 tahun Zaheer… Bapa aku nak kan aku kembang bisnes dia kat sana…”
“Takpe Freiza… mungkin ini rezeki kau… jangan lupakan kami ya… “
“Insya-Allah… aku selalu berdoa kau berdua sentiasa bahagia sampai ke Jannah…” Freiza pun memundur diri untuk pulang agar dia boleh membuat persiapannya ke Jepun.
Setelah majlis itu selesai, Zaheer masuk ke bilik Intan lalu membelai wajah Intan.
“Alhamdulillah, akhirnya kita bersama Abang. Intan bersyukur sangat. Terima kasih Abang!”
“Abang pun bersyukur sebab dapat bidadari yang cantik seperti sayang...” pujian dari Zaheer.
Semasa Encik Hashim pulang ke rumahnya, dia hanya mengeluarkan kata-kata yang pelik.
“Jahanam! “
“Zaheer dan Intan dah kahwin! Iqram… Iqram… Aku boleh buat hidup anak kau merana…
Kau tunggu saja nanti!..”
Pada keesokan harinya, projek yang telah ditugaskan oleh Naim, sudah selesai dan memberikan respons yang positif. Encik Tan sangat bangga untuk melanggani perkhidmatan dari syarikat yang Naim bekerja.
“Encik Naim, syarikat kami berterima kasih dengan kecekapan awak buat tugas ini dengan sempurna.” Ujar Encik Tan, klien dari syarikat yang Naim bekerja.
“Terima kasih Encik Tan, saya hanya cuba yang terbaik.” Naim pun beredar dari situ setelah mendapat pujian dari kliennya. Badannya sangat letih dan lelah. Namun begitu, Naim memaksakan diri untuk pergi ke pasar untuk membeli barang masakan. Untuk pulang, Naim harus menunggu bas di perhentian yang berhampiran dari pejabat kliennya.
“Sudah tiga bulan, aku di KL… duit simpanan aku kini cuma RM6000 saja. Aku harus kerja kuat untuk sembuh penyakit Mak aku. Mak… Naim akan dapatkan duit rawatan itu…” kata Naim di mindanya.
Pada waktu yang hampir senja, Encik Hashim jumpa tiga orang suruhannya.
Ini wang pendahuluan. Aku nak kau culik perempuan dalam gambar ini. Bilang aku kalau kerja dah selesai. Ingat! Jangan kasi orang tahu!
Pada masa yang sama, Zaheer sedang membeli hadiah untuk isterinya. Dia pun berjalan ke carpark. Tiba-tiba, dia terlihat kelibat Encik Hashim.
“Encik Hashim? Apa dia buat dengan tiga orang itu? Gambar tu… macam muka Intan...” Zaheer mengeluarkan telefon pintarnya lalu mengambil gambar
Klik! Klik!
Ring!!!.... Ring!!....
“Intan kol pulak...” Zaheer mula rasa gemuruh dan sedang memikirkan apa yang harus dia lakukan.
“Bos ada orang ambil gambar kita! “
“Apa lagi tunggu! Kejar dan hapuskan dia!” tegas Encik Hashim.
“Alamak mereka kejar aku!” Zaheer pun melangkah seribu. Konco-konco Encik Hashim berlari dengan pantas.
Sementara itu Naim sedang masih menunggu bas. Tiba-tiba, dia ternampak seorang lelaki sedang dikejar oleh tiga orang.
“Jangan lari!” jeritan dari konco-konco Encik Hashim.
“Kenapa tiga orang kejar dia je? Aku mesti bantu dia.” Naim bergegas ke arah yang dikejar itu.
Zaheer pula tersilap langkah sehingga dia tersampai ke jalan mati.
“Alamak ‘dead end’ la! Macam mana nak lari ni!” Zaheer cuba berfikir jalan untuk sembunyi. Tiba-tiba, konco-konco itu sedang sampai dan berjaya mengepung Zaheer.
“Ha ha ha… mana kau nak lari?”
“Maaf… Maaf.. aku tak ambil gambar korang! Aku cuma ambil gambar pemandangan saja!...”
“Bohong! Pukul dia!” semuanya sedang memukul dan membantai Zaheer.
Dhush! Dhosh! Dhush!
Naim pun tiba dan melihat lelaki itu telah cedera parah lalu dia menjerit.
“Hoi! Tiga lawan satu ke! Tak aci macam tu!”
“Alah budak sekeping ni! Pergilah! Kalau kau nak selamat!” kata salah seorang darinya.
“Kalau berani lawan aku la!” Naim cuba melawan.
“BAIK!!!”
Dhush! Dhosh! Dhush! Dhosh! Dhush! Dhosh!
“Aduh sakitnya…” mereka terbaring sambil memegang perutnya dengan kuat.
“Padan muka! Jangan buli orang lain lagi!” kata Naim. Naim membantu lelaki itu untuk bangun.
“Encik tak apa-apa?” soal Naim.
“Terima kasih, saya tak tahu macam mana nak balas budi Encik…” jawab Zaheer.
“Kenapa mereka kejar Encik?” tanya Naim.
“Isteri saya… Belakang Encik!!!” Zaheer menolak Naim ke tepi.
BAM!!!
“Lari! Lari! Cabut!” konco-konco itu berlari terus menghilangkan diri.
“Encik… Encik… bangun Encik… Tolong! Tolong! Tolong!”
“Bunyi siren ambulans…. “
Naim menemani lelaki itu ke hospital sambil menolak katil beroda ke bilik operasi.
“Doktor!…tolong rawat dia segera doktor!” Jeritan Naim dengan tidak tenang.
“Sepatutnya aku kena tembak… kenapa dia selamatkan aku? Tak sayang nyawa dia ke?“ Naim bertanya pada dirinya.
“Encik Naim.”
“Ya doktor, Saya Naim. Dia okey ke doktor?”
“Keadaan dia stabil dan dia suruh saya cari Encik Naim.”
“Baiklah doktor, saya pergi sekarang. Syukur Alhamdulillah!“
Encik… Encik panggil saya ke?
“Ya, saya ada sesuatu nak bilang dengan awak. Ini mengenai isteri saya…”
“Hai, isteri dia, apa kena mena dengan aku? Kenapa aku?” Bisik dihati Naim.
“Saya perlu tolongan awak… sebab takda masa lagi… Ada orang nak bunuh isteri saya… sebab-sebabnya saya tak tahu. tapi, yang saya tahu rakan kerja Ayah isteri saya ada subahat dan dalang dalam kejadian ini… Saya tak tahu siapa yang boleh tolong saya melainkan awak.”
“Tapi… kenapa saya? Encik takde kawan baik untuk bantu encik?”
“Sahabat baik saya sekarang di luar negeri di Tokyo selama 2 tahun sebab mengurus syarikat baharu disana… Tolonglah Encik.... Saya merayu kat awak. Nyawa isteri saya tak selamat.”
“Saya sebenarnya ingin bantu encik tapi saya sendiri ada masalah keluarga… Mak saya sakit parkinson… Saya perlukan RM100 ribu untuk rawatannya… Saya tak sanggup bahaya kan diri saya dan saya tak mahu Mak saya risau kelak.”
“Saya faham En...Encik…”
“Naim, Panggil Naim je.”
“Naim… Saya Zaheer…”
“Saya boleh bantu awak dengan kos rawatan Mak awak… Tapi tolong saya... selamatkan isteri saya… kalau ditakdirkan saya pergi dulu… tolong jagakan dia untuk saya…”
“Macam mana ni? Nak bantu dia ke tak? Haish… buntu fikiran aku ni?” Bisikan Naim di hati.
“Macam mana Naim? Setuju tak…?”
“Sa...sa...saya setuju. Apa perlu saya buat, Zaheer?”
“Awak tolong bawa isteri saya ke alamat rumah ini dengan segera sebab ini kawasan larangan dan hanya saya je boleh pergi sana.”
“Tapi saya tak sebahagian dalam keluarga awak.”
“Takpe… saya akan bagi pelepasan untuk awak.”
“Baiklah Zaheer. Saya ikut saja apa yang awak suruh.”
““Ya Allah, kenapa aku dapat rasakan Naim sebahagian dalam keluargaku?” Zaheer menanya pada dirinya.”
Intan pun sampai ke hospital. Dia sedang tercari-cari suaminya.
“Abang… Abang… Mana Abang ni? Nurse! Saya cari suami saya, Zaheer Hisyam…”
“Oh, Encik Zaheer ada di wad 56 tingkat 4.”
“Terima kasih nurse!”
“Zaheer, saya pergi luar dulu. Nak ke tandas kejap.”
“Okey Naim.”
Semasa Naim berjalan menuju ke tandas, dia terlanggar seorang gadis.
“Maaf… saya tak sengaja..”
Kedua duanya meratap wajah masing-masing sambil terpaku.
“Kau?!!” mereka bertanya serentak.
“Eh… takde orang lain ke kau nak langgar… kenapa asyik aku je!...”
“Hais… kau ni lagi… aku dah minta maaf kan… aku tak faham la kau ni!”
“Okey.. nasib baik aku nak jumpa suami aku… aku maaf kan kau… jangan langgar aku lagi boleh”... kata Intan sambil berpaling ke arah bilik wad.
“Suami? Gadis garang macam tu pun ada orang yang nak?... peliknya… nasib baik dah ada yang punya...” bisikan Naim sambil meneruskan perjalanannya ke tandas.
“Abang! Kenapa jadi macam ni?! Abang tak apa-apa?”
“Abang okey sayang. Jangan risau sayang.. Sayang, Abang nak cakap sesuatu...”
“Sebelum Abang katakan… Abang nak sayang tahu yang Abang cintakan sayang seorang je. Sayang dalam hati Abang buat selamanya. Sebenarnya sayang dalam bahaya, ada orang hendak culik sayang… Abang tak tahu siapa dalang nya tapi demi keselamatan sayang, Abang nak sayang dengar cakap Abang… tolong pindah ke rumah Abang yang terpencil itu buat sementara waktu… Sekali orang-orang jahat di sana, nyawa kita terancam. Jangan bilang pada keluarga kita sebab Abang tak mereka risau.”
“Abang… Intan akan ikut cakap Abang asalkan kita bersama… “
“Encik Zaheer… boleh saya masuk…” sampuk Naim.
“Siapa lelaki itu Abang? Setahu Intan Abang takde kawan lain selain Freiza.”
“Oh, lelaki itu selamatkan Abang...Naim akan bantu kita...”
“Naim?...Siapa Naim?”
“Lelaki tu yang sayang dah jumpa. Abang dah suruh dia untuk teman kan sayang. Dia boleh lindungi sayang dari orang jahat itu.”
“Abang… Boleh ke percaya kan dia tu?”
“Apa fasal? Puan tak percaya kan saya ke?“ sampuk Naim.
“Puan??? Helo aku baru je kahwin la!” jawab Intan.
“Sudah la sayang... buat masa ini Abang percaya kan Naim. Naim, ini isteri saya, Intan Safeera. Intan, ini Naim.”
Share this novel