BAB 7

Family Completed 3506

Saufy masih termenung panjang. Dia akui bahawa dia tidak hadir ke sekolah kerana banyak masa yang dipenuhi di rumah. Saufy terpaksa memberitahu perkara yang sebenarnya bahawa dia menghabiskan masanya bersama ibu.

“Ibu awak lumpuh,kan?”Saufy mengangguk-angguk kepalanya. Cik Khalisa berasa simpati lalu dia menyuruh Saufy kembali ke kelas.

Cik Khalisa lantas menelefon pihak kebajikan masyarakat. Saufy berhenti mengayuh basikal di depan rumahnya. Dia berasa pelik. Terdapat tiga buah kereta berada di hadapan laman rumah papannya.

Saufy masuk ke rumah dan terkejut bebrapa orang pegawai daripada pihak kebajikan masyarakat datang ke rumahnya. Dia menyumbang dua kampit beras,minyak masak,dan beberapa barang keperluan lain.

Selain itu, pegawai tersebut menyumbang sebanyak RM500. Menurut pegawai tersebut, keluarga Saufy layak mendapat sumbangan daripada pihak negeri sebanyak RM400 sebulan.

Saufy terasa terharu dan berterima kasih. Dia tertanya-tanya, kenapa sekarang pihak kebajikan memberi sumbangan? Saufy berasa bersyukur kerana sebuah kerusi roda sumbangan kerajaan negeri telah disumbangkan kepada ibunya,Darlia.

Sudah tiga bulan berlalu, Sofian masih belum pulang di rumah. Rindu Darlia terhadap anaknya,Sofian semakin bertalu-talu. Hatinya selalu bersedih. Darlia yang berkerusi roda itu terbatuk-batuk tanpa henti. Wajahnya pucat. Mungkin rindukan Sofian yang sudah lama tidak pulang ke rumah.

“Sofian, di mana kamu,nak? Kamu langsung tidak berjumpa dengan ibu. Ibu rindukan kamu…,”Hati Darlia berbisik dengan nada yang rendah. Anak yang disayanginya langsung tidak melawat.

Daun kelapa terjatuh ke bawah akibat derusan angin yang kencang. Namun, Saufy memberi semangat dan dorongan terhadap ibunya. Saufy sudah puas meminta Azmi supaya mencari adiknya,Sofian di rumah-rumah kawan malangnya, tidak berjumpa. Sofian juga sudah beberapa kali ponteng sekolah. Walaupun surat amaran dari sekolah telah sampai di rumahnya, namun tidak berguna juga. Akhirnya, pihak sekolah memutuskan Sofian digantung sekolah selama dua bulan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience