BAB 10

Family Completed 3506

“Kalau beginilah, sikap awak! Abang ceraikan awak dengan talak dua,”jantung Khalisa berdegup kencang setelah mendengar lafaz cerai suaminya berhadapan dengan orang ramai.

Setelah peristiwa tersebut,kehidupan Khalisa berubah. Semua kenangan manis bersama dengan suaminya sudah terpadam termasuk anak sulungnya.

Tiada kata putus yang mengukuhkan perbicaraan hak penjagaan anaknya setelah suaminya,Jalani telah berkahwin dengan Darlia. Ketika itu,Khalisa masih belum bekerja. Dia masih sedang mengikuti pelajaran ijazah untuk semester akhir.

Saat anaknya diambil oleh Jalani, suaminya,perasaannya sentiasa tidak aman, sentiasa dibasahi serba salah, rindunya yang bertalu-talu. Khalisa pernah mencuba mencari anak kandungnya itu malangnya,keluarga baru Jalani telah berpindah tanpa memberi jawapan.

Dia diterima bekerja sebagai guru setelah tamat pelajaran ijazah. Ukiran tulisan yang cakar ayam yang ditulis oleh ibu Saufy di atas memberi segala jawapan yang Saufy masih belum mengetahui kisah silam ibunya.

“Tolong jangan bencikan ibu. Ibu tak ada siapa-siapa lagi,” ukiran yang terakhir yang ditulis oleh Darlia.Air mata Saufy terus mengalir membasahi pipi. Walaupun hatinya mahu menampar dan memukul ibu angkatnya yg sedang lumpuh dan hampir nazak, tetapi niatnya mahu simpan sedalam-dalamnya kerana dia masih sayangkan ibu.

Dia telah menjaga ibu deengan penuh kasih sayang. Tidak mungkin kerana disebabkan kisah lampau, dia mahu membalas dendam. Biarlah dendam itu terkubur. Tidak lama kemudian, satu panggilan telefon bordering. Saufy lantas mengangkat telefon dan ketika dia mendengar suara panggilan itu,wajahnya berubah dengan berkata

“Sofian,ibu….” Hati Darlia kucar-kacir, kenapa dengan anakku,Sofian ? Apa yang sudah berlaku terhadapnya?? Hati Saufy rasa serba salah untuk memberitahu apakah aktiviti yang sebenar yang dilakukan oleh adik tirinya?

Sampai sahaja di Hospital Abu Bakar, Saufy lantas pergi ke wad kecemasan. Terlihat Azmi dan Darsha,rakan rapat Sofian berada di luar bilik tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience