BAB 8

Family Completed 3506

Tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) telahpun diumumkan. Jantung Suafy berdebar. Selama ini, Cikgu Khalisa telah banyak memberi dorongan dan motivasi terhadap Saufy supaya tumpukan sepenuhnya kepada pelajaran sejak dia leka menjaga dan merawat ibunya.

Setelah Saufy membeli kerusi roda untuk ibunya yang diberkas oleh Saufy dulu, dia tetap mahu mengambil kerja sambilan untuk mengembalikan kerusi roda ibu yang hilang. Oleh sebab terlalu kasihan Saufy dan pelajarannya yang semakin merosot. Cikgu Khalisa memberitahu keprihtianan keluarga Saufy terhadap agensi kebajikan masyarakat.

Sejak dari itu, Saufy bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarganya walaupun sedih ketiadaan Sofian di sisinya. Ramai pelajar SPM yang beratur panjang untuk mengambil slip keputusan SPM. Setelah sampai di giliran Saufy, Cikgu Khalisa tersenyum melihat wajah Saufy.

“Tahniah,Saufy ! Cikgu amat bangga dengan pencapaian kamu,” ujar Cikgu Khalisa seraya menyerahkan slip keputusan tersebut kepada Saufy. Mata Saufy kaku. Dia memerhatikan semua gred setiap subjek.

“Ya Allah, Alhamdulillah …” riak wajah yang tadi gabra seribu kini bertukar ceria saat dia mendapat tahu dia berjaya meraih 9A 1B dalam SPM.

“Terima kasih memberi tunjuk ajar dan semangat untuk bangkit semula daripada kekalahan. Mesti ibu gembira melihat keputusan ini. Ibu Saufy mahu sangat berjumpa dengan Cikgu sebab Cikgu banyak tolong saya dan ibu..,”dengan wajah yang ceria dia memohon sesuatu.

Walaupun berat untuk menunaikan hasrat Saufy kerana banyak tugas yang pelu dilakukan, namun Cikgu Khalisa tidak mempunyai masalah untuk berjumpa dengan ibu Saufy yang kini sedang sakit dan terbaring, tidak duduk dan bergerak.

Setelah sampai di rumah Saufy, Saufy lantas pergi ke ruang tamu tempat ibu Saufy terbaring. Wajah Darlia tersenyum melihat keputusan SPM Saufy dengan mengeluarkan beberapa titisan air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience