BAB 13

Family Completed 3506

“Jika ini tulisan takdirMu Ya Allah, maka ku kira ini adalah anugerah terindah. Setelah sekian lama, aku mencari anakku yang menghilang tanpa berita,,akhirnya telah kujumpai dan selama ini ada di depan mataku.….Ku bersyukur kepada-Mu.

“Ibu…,” suara Sofian meronta-ronta memanggil ibu.

“Sabar,Sofian. Tidak lama kemudian,kita akan tiba ke rumah awak,”Darsha masih berada di sisinya. Ayah Darsha membawa Sofian dengan menaiki kereta. Tidak lama kemudian,kereta tersebut berhenti kerana tayar kereta pancit dan pecah. Ayah Darsha mengambil masa lama untuk menukar tayar yang baru. Apabila Darsha masuk ke dalam kereta,dia terkejut bahawa Sofian hilang dalam kereta itu.

“Ayah,Sofian hilang! Macam mana ni?”Darsha rasa gelisah. Mata ayahnya mencari merata tempat akhirnya dia terjumpa Sofian di semak samun, dalam keadaan mengesot kerana Sofian tidak dapat berjalan dan lumpuh.

Dia berjalan dalam keadaan mengesot. Barulah Darsha memahami. Oleh kerana terlalu rindukan ibunya yang sudah lama tidak dijumpainya, Sofian sanggup ke jalan semak samun, jalan pintas ke rumahnya.

Terlalu banyak kesalahan dan dosa Sofian terhadap ibunya. Barulah dia sedar bahawa betapa sukarnya seseorang itu lumpuh. Sebelum ini,Sofian semakin susah menerima kenyataan bahawa ibunya lumpuh dan sering menjauhi ibunya.

Dia juga sanggup mencuri rantai emas, wang ringgit termasuk kerusi roda yang dibeli oleh abang tirinya,Saufy untuk mendapat sebungkus dadah. Sofian juga banyak berhutang dengan sekumpulan penjual dadah. Oleh sebab itu, Sofian dipukul dengan benda-benda keras dan besi berkali-kali di tubuhnya sehingga menjadi lumpuh.

Kini, Sofian Berjaya melangkah ke jalan raya. Dia mahu melintas jalan untuk menuju ke arah rumahnya. Tiba-tiba muncul kereta melalui jalan semasa Sofian melintas jalan. Mata Sofian terbeliak tanpa bergerak apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience