BAB 3

Family Completed 3506

Pada Disember 2012, kesengsaraan Saufy telah berubah. Sudah tiada lagi penderitaan yang ditanggungnya sebelum ini tetapi dia diuji lagi apabila ibu dan bapanya mengalami kemalangan jalan raya dan bapanya terkorban dalam nahas itu manakala ibunya, Darlia berada dalam keadan koma.

Selepa beberapa minggu terlantar, Darlia telah disahkan lumpuh sepanjang hayatnya dan sudah tentu berita itu membuat Saufy berasa sedih kerana dia masih belum mendapat kasih sayang seorang ibu dna dalam pada masa yang sama ayah tersayang sudah tiada. Bagaimana mereka meneruskan kehidupan kelak? Sofian pula seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan bahawa ibunya lumpuh.

“Bagaimana ibu boleh jadi begini? Ini semua salah kau Saufy! Kalau ibu dan ayah tidak pergi ke Kuala Lumpur untuk beli kamera DSLR yang kau minta kat ayah, semua ini tidak akan terjadi. Ayah mati sebab kau!’’ Jerkah Sofian yang berkecamuk.

Semenjak Darlia lumpuh, Sofian sudah tidak balik ke rumah. Nasib baik kawan Saufy,Azmi dapat memujuk Sofian untuk pulang ke rumah kerana ibunya terlalu rindukan Sofian.

Ketika Sofian berjumpa dengan ibu, sikap Sofian sudah berubah. Sikapnya semakin kasar dan tidak beradab, barangkali kerana sudah lama menghilang dari rumah dan bergaul bebas dengan kawan-kawan yang tidak menentu.

Darlia gembira melihat wajah anak yang disayangi berada di depan. Sofian duduk bersebelahan dengan ibunya. Tangan ibunya terbuka luas seakan bersedia menerima pelukan dari anaknya walaupun tangannya bengkok sedikit.

Namun Sofian sebaliknya menunjukkan rasa geli dan jijik. Ibunya,Darlia mahu memeluk Sofian kerana terlalu rindu akan anaknya tetapi Sofian menepis tangan itu dan cuma diam sahaja.

“Toksahlah nak peluk bagai Sofian,ibu. Sofian kan dah besar bukannya budak kecil, ibu ni buat hallah!’”kata Sofian lantas dia mengubah kedudukan kerusi jauh sedikit dari ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience