BAB 5

Family Completed 3506

“Ya Allah! Betapa berdosanya aku terhadap anakku Saufy

“ hatinya berbisik. Sebenarnya,dia masih berharap bahawa anak yang disayanginya, Sofian menjaganya tetapi hakikatnya Saufy,anak yang kurang disayangi menjaganya dengan penuh kasih sayang.

“Saufy harap ibu jangan tolak pemberian Saufy terhadap ibu,” Ibunya masih tertanya-tanya maksud tersirat anaknya,Saufy. Alangkah terkejutnya,Darlia melihat kerusi roda bersembunyi di sebalik pintu kamarnya. Fikiran Darlia terngiang-ngiang.

“Dari mana anakku dapat duit untuk membeli kerusi roda untukku? Dia ada simpanan ka?”apakan daya,Darlia tidak boleh bercakap.

“Ibu mesti seronok,kan dapat kerusi roda. Saufy boleh bawa ibu berjalan-jalan di luar, menghirup udara segar di luar, tidak lagi berkurung dalam bilik ja,” wajah kegembiraan ibu tiba-tiba berubah.

“Ibu,jangan risau.Saufy tidak mencuri. Saufy cari duit sendiri,” Ibu,Darlia terharu mendengar penjelasan Saufy lalu Saufy menyambung percakapannya

“Ibu,sekarang ini Saufy berasa senang kerana Saufy dapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu,” Tidak lama kemudian,beberapa titisan air mata Darlia mengalir membasahi pipi. Dia tahu selama dia menjaga Saufy sejak kecil, Saufy masih dahagakan kasih sayang seseorang ibu. Mereka berdua terus berpelukan sambil mengesat air mata. Saufy baru sahaja balik dari sekolah dengan menaiki basikal. Apabila dia masuk ke rumahnya,dia terkejut rumahnya berselerak. Semua almari telah diselongkarkannya. Semua bilik berselerak dengan kertas-kertas bertaburan di lantai.

“Apa yang sudah berlaku?”Saufy masih kebinggungan. Anehnya,almari ibunya juga diselongkar. Habis barang-barang emas milik ibu,Darlia diberkas.

“Siapa punya angkara ini? Mungkin perompak. Aku perlu buat laporan polis,”kata Saufy dengan tekad. Ibunya mahu berkata sesuatu kepada Saufy. Tetapi,Saufy keluar dari bilik ibunya dengan serta merta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience