BAB 4

Family Completed 3506

“Sofian, kenapa cakap macma tu nak? Ibu ni bukan apa, dah terlalu rindukan kamu. Biarknlah ibu memeluk kamu walau sekejap sahaja,” Darlia merayu mengharap pengertian daripada anaknya itu.

“Tak perlulah ibu, Sofian datang ni kejap je itupun sebab nak tengok keadaan ibu. Ibu,bagaimana? Sihat? Ada apa-apa yang ibu perlukan? Tapi kalau ibu nak peluk, lupakanlah ibu sebab keadaan ibu pun tak macam dulu,” Bagai mahu gugur hati Darlia melihat perubahan sikap anaknya.

Satu-satunya anak yang disayangi sanggup menolak perminataan ibu yang terlalu rindu pada anaknya. Darlia tidak putus asa untuk merayu dan merayu. Hanya permintaan itulah Saufy menyuruh Azmi memujuk Sofian berjumpa dengan ibu.

“Sudahlah! Sofian nak balik rumah kawan, baik lagi kat sana daripada di sini kena layan ibu yang tak sudah-sudah nak peluk, nak nangis bagai! Okaylah ibu, Sofian minta diri dulu.’’ Ujar Sofian seraya meninggalkan bilik ibunya dengan perasaan meluar kerana ibunya itu tak putus-putus merayu dan merengek padanya.

Berulang kali Darlia menjerit nama Sofian berulang kali agar jangan pergi meninggalkannya sehingga Darlia terjatuh dari katil. Ketika itu, Saufy yang berusia 17 tahun baru sahaja pulang dari sekolah terdengar suara ibu seolah-olah menjerit nama

“SOFIAN

“. Sofian bersiap-siap untuk keluar daripada rumah tersebut.

“Nak ke mana,Sofian ?

“Saufy menyoal. Nmaun Sofian tidak berkata apa-apa. Saufy meluru masuk ke rumah melihat keadaan ibunya.

“Ya Allah! Ibu…”

Darlia masih tidur dalam keadaan nyenyak. Darlia terjaga apabila Saufy cuba mengerakkannya. Darlia membuka matanya. Darlia berasa serba salah dan kasihan terhadap Saufy kerana dialah tiap-tiap hari menjaganya dan memandikannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience