BAB 14

Family Completed 3506

“So..Sofian,” ujar Darlia terketar-ketar menyebut nama anak yang terlalu dirinduinya itu. Wajahnya pucat lesu jelas menampakkan keletihan yang sudah tak mampu ditanggung.

Darlia terbaring lesu di ruang tamu. Khalisa dan Saufy setia berada disisi Darlia. Suara Darlia tidak putus memanggil nama anaknya,Sofian bagai sudah tidak dapat menahan rindu.

“Sabarlah,ibu. Saufy sudah menyuruh Darsha bahawa Sofian ke sini. Nanti,dia akan datang,”Saufy memberi semangat kepada ibunya.

“Betul,Darlia,” Khalisa juga tidak dapat menahan hiba melihat keadaan Darlia yang menyayat hati itu. Tapi Allah lebih mengasihi Darlia yang sudah lama menderita penyakit yang sukar dirawat itu.

Darlia telah menghembuskan nafas yang terakhir dengan mengucap dua kalimah syahadah. Hujan turun dengan lebatnya beberapa minit selepas Darlia meninggal. Tak semena-mena satu ketukan kuat singgah di pintu rumah membuatkan Saufy bingkas membukanya. Saufy melihat Darsha dan bapanya berada di depan pintu.

Kereta yang melalui jalan semasa Sofian melintas jalan ialah kereta ayah Darsha. Mujurlah ayah Darsha sempat berhenti,dan membawa Sofian ke rumah bertemu ibunya.

“Ibu……”jerit Sofian sambil meluru masuk ke pintu. Saufy terpempan melihat Sofian kerana Sofian tidak berjalan sebaliknya cuma terduduk di muka pintu sambil menjerit memanggil-manggil ibunya yang sudah terbaring kaku di ruang tamu rumah mereka.

Kemudian Sofian menggagahkan diri mengesot dan menangis tanpa henti hingga akhirnya dia dapat menyentuh wajah ibunya. DIciumnya wajah tua itu berulang kali dan cuba mencapai tangan ibunya untuk memohon maaf namun Darlia sudah tidak bernyawa.

‘Sesal Dulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Berguna’, kini sudah terlambat untuk Sofian memohon maaf. Dia dihambat rasa penyesalan yang tidak bertepi.. Darlia, selamat dikebumikan.

Khalisa memulakan kehidupannya semula dengan menerima Saufy sebagai anak kandungnya, setelah sekian lama akhirnya dua beranak yang terpisah itu bersatu semula.

Hasil pemeriksaan, Doktor telah mengesahkan Sofian mengalami kecacatan sepanjang hayat. Tulang tubuhnya sudah tidak boleh dirawat lagi. SImpati dan merasa bertanggungjawab kepada anak Darlia dan juga bekas suaminya itu, Khalisa memutuskan untuk menjaga Saufy dan Sofian.

Meskipun masa kecil dan alam remajanya penuh dugaan dan sering saja disakiti Sofian, namun Saufy memilih untuk memaafkan dan melupakan semua kesalahan adiknya malah berjanji akan menjaga dan melindungi adiknya itu.

Kini, Sofian hanya mampu bergerak mengharapkan ehsan Khalisa dan Saufy untuk membantunya selain bergantung sepenuhnya pada kerusi roda yang disumbangkan oleh jabatan kebajikan masyarakat kepada ibunya suatu ketika dulu.

Sofian menyentuh dan membelai kerusi roda itu seperti sedang membelai sang ibu yang dirinduinya, tangis hiba menyesakkan dadanya sedih dan sesal mengenangkan perbuatan zalimnya pada si ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience