BAB 6

Family Completed 3506

“Kerusi roda ibu juga diberkasnya! Bangsat!”Saufy mula mengeluarkan kata-kata kesat.

“Assalamualaikum,Saufy. Balik juga kamu ni,”Azmi muncul dengan tiba-tiba.

“Tadi,saya lihat Sofian datang ke rumah ini! Kecoh rumah ini dibuatnya. Suara Sofian saya dengar kat luar,”

“Apa? Sofian marah dan melenting kepada ibu? Kurang ajar! Bermakna semua barang dalam almari dicuri oleh dia. Habis semua barang kemas,duit dan kerusi roda ibu diberkas. Tak boleh jadi ni. Haikal,kau tunjuk di mana rumah kawan Sofian. Biar aku bagi pengajaran cukup-cukup,” Azmi menahan sabar.

Dia menyuruh Saufy beristighfar dan tidak perlu bertindak terburu-buru.Setelah Azmi dan Saufy menyiasat perkara yang sebenarnya dilakukan oleh Sofian, Saufy sudah dapat menjangka bahawa adiknya itu melakukan perkara-perkara yang tidak elok.

Dia sudah mula terjebak dengan ketagihan najis dadah. Mungkin kegiatan tersebut mudah terpengaruh daripada rakan sebaya. Benda-benda yang dicuri dalam rumahnya hanyalah hendak membeli pil-pil khayal,dadah.

Saufy tidak tahu bertindak apa-apa. Dia hanya berdoa bahawa adiknya,Sofian kembali ke pangkal jalan. Ramai pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Seri Kembangan memandang serong terhadap Saufy.

Satu sekolah mendapat tahu bahawa adiknya,Sofian merupakan penagih dadah termuda. Mujurlah,rakannya,Azmi memberi semangat dan dorongan terhadap Saufy. Seorang pengawas datang kelas 5 Bakti dan memanggil nama Saufy.

Menurutnya lagi,guru Sejarah, Cik Khalisa mahu berjumpa dengan Saufy. Saufy lantas pergi ke bilik guru. Hatinya tiba-tiba gerun. Fikirannya masih tertanya-tanya tujuan sebenar gurunya mahu berjumpa dengannya.

“Sejak akhir-akhir ini, pencapaian kamu dalam matematik semakin merosot dan kamu sering tidak hadir kelas tambahan saya di sebelah petang. Kenapa?”Cik Khalisa masih tersenyum menyoal perkara tersebut kepada Saufy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience