BAB 1

Family Completed 3506

CINGGGGGGG! CING!!!!

Deraian bunyi seolah-olah gelas kaca terjatuh kedengaran. Saufy terpempan. DIa bingkas bangun dan mengintai bilik tidur ibunya dan dia melihat ibunya seakan sedang cuba meraba-raba mengutip gelas yang pecah itu.

Mulut ibunya terherot-herot sudah tidak mampu lagi bercakap hanya bunyi rengusan, dehem dan sesekali diikuti dengan erangan. Seraya itu juga arimata Saufy berlinangan sedih melihat keadaan ibunya sambil berbisik bertanya pada yang Maha Esa akan apa dugaan yang diberikan kali ini.

“Ibu, takpe, biarkan gelas tu, nanti Saufy kemas ya. Ibu nak air?” Tanya Saufy lembut dan ibunya hanya mengangguk-anggukkan kepala. Lalu Saufy mencapai bekas air yang ada di tepi meja lalu menuangkannya ke dalam satu lagi gelas, dia menghulurkannya kepada ibunya dan laju sahaja ibunya meneguk air tersebut seolah benar-benar kehausan.

“Ibu, kejap lagi saya akan keluar sebab ada kerja yang harus dibuat, nanti sayang pulang ya?’’ Saufy meminta izin pada ibunya, riak wajah wanita yang sudah mengingjak pertengahan usia 50an itu seraya berubah menjadi sedih. Wanita itu memahut lengan Saufy seakan enggan melepaskan Saufy pergi, mulutnya bergerak-gerak seakan cuba menyatakan sesuatu namun tidak berdaya berkata-kata. Saufy tahu, barangkali ibunya mahu menyatakan sesalan atas layanannya terhadap Saufy satu ketika dulu.

‘’Berani kau pukul adik kau ye Saufy, kau ni memang nak kena!’’ tengking Darlia apabila dia mendapat tahu bahawa anak kesayangannya, Sofian, dipukul oleh Saufy di sekolah. Darlia memarahi dan memukul Saufy sepuas hatinya. Berang Darlia mencanak naik sementelah Saufy pula hanya mampu menangis dipukul ibunya sendiri.

“Kau ingat ya Saufy, kalau kau pergi mengadu kat bapa kau, nahas kau aku kerjakan,”Darlia memberi Amaran kepada anak sulungnya. Saufy angguk tanda faham dan terus menangis. Dia sudah tahu apa yang patut dilakukan setiap kali ibunya membalun tubuhnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience