BAB 12

Family Completed 3506

“Eh,Saufy. Cikgu okay. Tapi bagaimana kamu tahu cikgu ada kat sini? Siapa yang bagitahu kamu?’’ tanya Khalisa hairan

“Oh adik saya sakit,cikgu. Dia dibelasah oleh rakan-rakannya sendiri. Adik saya berhutang. Dia penagih. Rakan-rakannya memukulnya menggunakan besi dan kayu sampai dia lumpuh. Tidak boleh bergerak-gerak seperti dulu,”jelas Saufy yang masih teringat penjelasan doktor semalam.

“Kasihannya….adik kamu tu masih lagi dalam hospital ke Saufy?”tanya cikgu.

“Ya cikgu.. Cikgu,…Bagaimana cikgu boleh kemalangan?”

“Kemalangan kecil sahaja, tak ada apa yang perlu dirisaukan, Saufy.Pergilah melawat adik kau yang sedang sakit tu. Adik kamu lagi memeerlukan kamu di sana.’’

“Cikgu,…saya ada perkara nak tanya pada cikgu?”Wajah Khalisa berubah. Dahinya berkerut.

“Kenapa cikgu taknak jumpa ibu saya ?” Lidah Khalisa kelu bagai terkunci. Tiada jawapan yang diucapnya hanya mampu diam.

“Apakah cikgu jijik melihat ibu saya yang lumpuh?”

“Tidak….bukan begitu,Saufy,”Khalisa menafikannya. Air mata Khalisa seraya mengalir deras. Saufy cuba mendekati Khalisa dan menyentuh tangan Khalisa. Hati Khalisa gerun dan merasai sesuatu perasaan yang belum dirasai selama ini. Seoalag bagai ada renjatan elektrik yang menyengat sebaik tangan mereka bersentuhan.

“Saufy sudah tahu segala-galanya,cikgu. Cikgu ada kaitan dengan kehidupan masa lampau ibu saya, kan? Ibu sudah cerita segalanya.. tetapi boleh tak,cikgu jangan benci dengan ibu Saufy. Dialah satu-satunya ibu yang Saufy kenal yang jaga Saufy sejak kecil. Saufy sangat sayang kepada ibu Saufy,cikgu, Tolong maafkan dia…cikgu”lirih suara Saufy yang rendah dan penuh bersimpati. Dengan rasa lemah lembut, Khalisa mengangguk kepalanya sambil mengetap bibir menahan hiba yang tak terkata.

“Cikgu,…boleh tak,Saufy panggil cikgu,….mama…?”Hati Khalisa tersentuh dan sebak apabila anak murid yang disayanginya memanggil dia

“mama”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience