BAB 11

Family Completed 3506

Azmi tidak memberi apa-apa respon kerana Doktor sedang memeriksan Sofian di dalam. Beberapa minit kemudian, seorang doctor lelaki keluar daripada wad dan wajahnya sangat mendukacitakan.

Saufy hanya ternganga dan termangu setelah doctor memberi penjelasan terhadap adik tirinya,Sofian. Air mata Darsha mengalir membasahi pipi manakala Azmi berpaling ke atas siling dengan keadaan hampa.

Dengan keadaan hospital yang sunyi, tiba-tiba ada seorang pesakit dari kemalangan jalan raya terburu-buru ke wad kecemasan. Saufy curi-curi pandang pesakit yang dibawa oleh beberapa jururawat lelaki dan perempuan. Ternyata, seorang wanita yang sudah berumur, memakai tudung yang terserot-serot akibat kecelakaan di kepala.

“Ya Allah,ini cikgu aku,” bisik Saufy dengan nada yang terkejut. Wajah Khalisa yang pucat dan kepalanya dibalut separuh akibat kemalangan teruk. Dia cuba teringat kejadian kemalangan yang ditimpa semalam.

Khalisa memandu kereta dengan keadaan marah setelah mendapat tahu bahawa ibu Saufy adalah musuh ketat zaman silamnya, iaitu Darlia, isteri kedua kepada suaminya. Disebabkan Darlia, dia kehilangan suaminya. Disebabkan Darlia, dia kehilangan anak yang disayanginya.

Disebabkan Darlia juga, rumahtangga yang bahagia dana man damai dibina bertahun lamanya berantakan. Betapa hancurnya hati seorang wanita yang kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata.

Sehingga kini, dia masih belum niat untuk membina rumah tangga lagi. Namun yang menjadi persoalan pada Khalisa adalah, di manakah anak kandungnya yang dirampas oleh Jalani bersama Darlia. Adakah anak murid yang diberi sepenuh perhatian iaitu,Saufy adalah anak kandungnya yang dicarinya selama ini? Tiba-tiba sahaja kepala Khalisa membingit. Tanpa disedarinya,Saufy masuk ke wad tersebut. Baru sahaja dia berfikir tentangnya,dia muncul dengan tiba-tiba.

“Assalamualaikum,cikgu….bagaimana keadaan cikgu?”Saufy bertanya dalam keadaan senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience