BAB 2

Family Completed 3506

Sementara Sofian pula, tersenyum gembira melihat abangnya dibelasah teruk oleh ibunya. Perbuatan ibunya itu sering membuat Saufy mempersoalkan apakah ibunya itu menganggap dia anak kandungnya? Apakah dia anak kutip? Namun persoalan itu hanya dibiarkan saja singgah di kotak fikirannya kerana ada banyak lagi benda penting yang harus difikirkan olehnya seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) yang dihadapinya pada waktu itu.

Jiwanya diruntun sedih mengenangkan sikap ibunya yang seakan tidak mempedulikannya dan tidak tahu betapa dia sangat dahagakan belaian kasih sayang ibunya. Darlia berubah sikap sejak usia Saufy tiga tahun sewaktu dia mendapat tahu dirinya hamil.

Dia menjaga Saufy tak ubah seperti pengemis. Sudahlah bapanya, Jalani tidak ambil peduli langsung tentang perihal anaknya apatah lagi bapanya jarang ada di rumah, segala soal makan dan pengurusan diri dilakukan sendiri oleh Saufy.

Tak cukup dengan itu Saufy diperlakukan seperti kuli, diarah bekerja berat, melakukan tugasan rumah dan bermacam lagi tugas yang dilakukan oleh kudrat kanak-kanak sepertinya dan perkara itu berlarutan sehinggalah Darlia melahirkan adiknya, Sofian.

Sebaik Sofian bersekolah rendah, Saufy kembali mengerjakan tugasan rumah seperti yang diarahkan ibunya. Sofian pula seronok melihat abangnya dibuli oleh ibu mereka malah sering mengusik dan mengadu domba kepada ibunya perihal Saufy.

Usia Saufy juga pada masa itu masih baru meningkat alam remaja dan mudah melatah berbanding adiknya,Sofian. Apabila keputusan peperiksaan Sofian merosot, bukan Sofian yang dimarahi sebaliknya Saufy yang disalahkan kerana tidak mengajar adiknya mendapat keputusan cemerlang sepertinya.

Pernah sekali terdetik di hati Saufy untuk lari saja daripada rumah namun niatnya itu dimatikan kerana dia terlalu sayang pada ayahnya. Saufy enggan ayahnya tahu sikap ibunya terhadap dirinya kerana jauh di sudut hatinya dia masih sayangkan ibu.

Walau buruknya sikap ibu terhadapnya, dia tetap ibu Saufy,Darlia yang menjaganya sejak bayi lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience