6

Short Story Completed 2357

Pada malam itu Lya diminta oleh Zarif untuk discharge. mereka akan ke rumah makngah Lya untuk mengambil barang keperluanp gadis itu.

Zarif memegang hujung pergelangan baju Lya.
Lya hanya mengikuti langkah Zarif sehingga sampai di kereta range rover lelaki itu.

Zarif membukakan pintu kereta kepada Lya. Tanpa menunggu Lya terus masuk ke dalam kereta.

Sepanjang perjalanan mereka melayan perasaan masing masing. Begitu juga Zarif. Dia sangat gembira kerana wanita yang disayanginya menerima rancangan dan menerima dia sebagai suami.

Sampai sahaja di rumah makngah Lya teragak agak untuk turun.Dia memandang Zarif yang berada di sebelahnya. Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum.

Lya masuk ke dalam kawasan rumah yang meriah itu kerana tetamu hanya tinggal beberapa orang saja lagi.

Sedang dia berjalan menuju ke biliknya dia tidak melihat kelibat makngah atau anak makngahnya.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik yang telah dihiasi untuk bakal pengantin. Dia menuju ke arah almari dan mengeluarkan semua pakaiannya dan dimasukkan ke dalam beg .

Setelah siap dia mengambil kad pengenalan dan juga sedikit keperluan lain. Dia melangkah keluar dan menuruni tangga.

"Kau nak lari ke mana Lya?" soal makngah kasar sambil menarik lengan Lya dengan kasar. Lya meringis kesakitan.

"Makngah Lya tak nak kahwin dengan syafiq" ujar Lya.

"Kalau kau tak nak kahwin dengan Syafiq kau ingat ade ke lelaki lain yang nak kahwin dengan kau?" sinis sahaja ucapan yang keluar dari mulut Anis.

"Saye akan kahwin dengan Lya." sampuk satu suara. Dia mendekati Lya dan menarik wanita itu duduk di belakangnya.

"Kamu betul ke nak kahwin dengan perempuan yang dah kena tebuk ni" ujar makngah kasar membuatkan beberapa orang pandang ke arah mereka.

"Makngah Lya tak buat semua tu. Syafiq sengaja fitnah lya" jujur Lya yang sedang menangis.

"Saye tak kisah" jawab Zarif pendek dan beralih belakang memandang Lya yang sedang menangis.

"Kalau kamu nak sangat kahwin dengan perempuan tak guna ni boleh tapi korang nikah pagi esok lepas tu keluar dari rumah aku" Ujar makngah dan berlalu pergi.

"Jangan malukan muka aku" ujar makngah yang tidak berpaling belakang.

"Kau pergi lah masuk bilik kau dulu Lya. U boleh masuk bilik tidur kat bilik i handsome boy" goda anis.

"Aku boleh tidur tempat lain. Lya saye pergi dulu ye esok pagi saye datang dengan parents saya" ujar Zarif dan berlalu pergi.

"Aku akan rampas dia dari kau" Lya yang sedang menaiki tangga terhenti dengan ucapan Anis.

Namun dia hanya buat tak tahu dan meneruskan mendaki tangga. Lya meletakkan beg nya fi tepi dinding di pintu masuk dan merebahkan badan di atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience