16

Short Story Completed 2357

Sampai sahaja di depan rumah keluarga Zarif dia memberhentikan kereta dan menoleh ke arah Lya yang sedang tidur.

Dia mencempung badan isterinya dan mengangkat perlahan. Berkerut dahi Lya apabila merasa sakit di sisi perutnya.

"Ya allah Zarif nape ni?" soal mama cemas sambil mengusap kepala Lya yang dilapikkan tudung.

"Nanti Zarif cerita " ujar Zarif dan berlalu ke bilik mereka. Dia meletakkan perlahan badan lya.

"Tsk" nangis Lya sambil meniarap kan badan menekan perut yang ditendang tadi. Zarif tidak tahu untuk berbuat apa.

"Jom bangun dulu makan ubat" ajak Zarif sambil mengusap bahu lya. Lya menggeleng perlahan kepalanya.

"Tak nak ubat pahit" rengek Lya masih lagi meniarap. Zarif berlalu keluar dari bilik untuk mengambil ubat.

Setelah siap dia masuk semula ke biliknya. Dia melihat Lya sudah tidur mengiring sambil menekan perutnya.

"Nah makan ubat" ujar Zarif sambil menghulurkan ubat kepada Lya. Lya menggeleng perlahan.

"Jangan degil boleh tak. Kalau tak makan ubat macam mana nak sihat." pujuk Zarif

Dengan rasa terpaksa Lya menelan juga ubat itu walaupun pahit. Sejujurnya Lya tidak suka menelan ubat dari kecik.

Apabila Lya hendak minum air tekak Lya rasa loya dan dia berlari ke arah tandas dan memuntahkan segala isi perutnya.

Zarif mengikut dari belakang dan mengurut perlahan belakang lya. Zarif rasa bersalah kerana dia lebihkan ego.

Lya pusing belakang dan melihat tangan Zarif yang dihulurkan padanya. Lya menyambut perlahan.

"Saye nak tidur dulu esok kita bincang pasal tadi. Ujar Lya lalu melepaskan pegangan di tangan Zarif.

Zarif mengeluh perlahan dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Sempat Zarif menelefon seseorang untuk menyiasat tentang aktiviti harian Lya setelah lama mereka berpisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience