Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat Zarif Lya terus meletakkan bekas makanan di atas meja.
Zarif melabuhkan punggung di atas kerusinya dan memandang ke arah Lya yang sedang meneroka segenap ruang pejabat Zarif.
"Apa yang sayang cari?" tanya Zarif sambil tersenyum. Lya menggeleng kepala sambil tersenyum dan berlalu ke arah meja kerja Zarif.
"Awak makan lah dulu saye masak sedap tadi" ujar Lya sambil membuka bekas makanan. Tiba tiba pintu pejabat di ketuk dari luar.
Zarif memberi arahan untuk masuk ke dalam ruangan pejabat. Terjenggul wajah dahlia di depan pintu.
"Ada apa dahlia?" soal Zarif. Lya hanya diam berdiri di sebelah Zarif.
"Ada orang nak jumpa tengku. Penting katanya." ujar dahlia.
"Suruh dia masuk" Zarif memberi arahan kepada dahlia. Dahlia mengangguk lalu keluar dari pejabat itu.
"Sayang pergi rehat dulu kat dalam bilik tu" ujar Zarif sambil menyimpan kembali bekas makanannya.
"Tak pe lah saye nak balik" Ujar Lya sambil mengemaskan barang nya. Zarif bangun mendekati Lya dan memeluk pinggang itu dari belakang.
"No sayang tak boleh balik kena tunggu hubby dulu. Lagi pun lepas jumpa orang kejap lagi hubby dah boleh balik" pujuk Zarif.
"Tapi.." baru sahaja Lya ingin mengungkap bicara pintu dibuka dari luar dan terjenggul wajah seseorang yang mereka kenal.
"Syafiq" terpacul nama itu dari mulut Zarif dan Lya. Lya memandang wajah Zarif di sebelahnya seolah meminta ingin pergi dari situ. Zarif hanya mengangguk.
Apabila Lya ingin melangkah keluar tangannya direntap kasar oleh syafiq. Lya mengerang kesakitan.
"Jangan pernah sentuh isteri aku" kasar Zarif sambil menolak kasar badan syafiq. Dia menarik Lya di lindungi di belakang badannya yang tegap.
"Jadi korang kau lah yang makngah sebut dah hancurkan rancangan kami untuk aku memperisterikan lya. Kau yang rampas dia dari aku" ujar syafiq sinis.
"Lya sendiri yang tak nak kahwin dengan kau. Kau tak boleh paksa dia." Ujar Zarif.
"Eh kau tau tak perempuan ni dah tak suci. Dia dah ditebuk oleh aku sendiri. Kau tau tak dia sendiri serahkan badan dia dekat aku" syafiq cuba memancing kemarahan Zarif.
"Kau jangan nak fitnah aku syafiq. Aku tak pernah serahkan badan aku dekat kau dan aku tak pernah dirogol" Lya mempertahankan maruahnya.
"Aku ade bukti lah masa kita bersetubuh." ujar Zarif masih lagi cuba untuk menghancurkan rumah tangga dua manusia itu.
"Hubby jangan percaya cakap dia. Saya tak buat semua tu" ujar Lya sambil mengalirkan air mata dengan lebat.
"Kau keluar sekarang syafiq." tengking Zarif. terjungkit bahu Lya akibat terkejut.
"Kau akan menyesal Zarif. Dan kau Lya aku akan pastikan kau jadi milik aku." ujar syafiq sinis. Zarif berasa geram dengan percakapan syafiq terus menumbuk wajah itu.
Syafiq berasa tercabar dan menumbuk semula wajah Zarif di tepi bibir lelaki itu sehingga berdarah. Pergaduhan mereka tak berhenti si situ. Mereka saling berlawan.
"Dah berhenti" Lya cuba menghalang namun mereka masih tidak berhenti. Dia berdiri di tengah kedua lelaki itu sambil cuba menghalang.
Namun nasibnya tidak baik.
Share this novel