4

Short Story Completed 2357

Sebulan selepas peperiksaan SPM Lya kini dipaksa oleh makngahnya untuk berkahwin dengan syafiq.

Makngahnya tidak pernah menjaga Lya dengan baik kerana ayah Lya menikah dengan ibu Lya
Makngah sukakan ayah Lya namun ayah Lya mencintai mama Lya.

Lya tidak mahu berkahwin dengan syafiq kerana dia tidak mencintai lelaki itu. Dia mahu bekerja dahulu untuk meneruskan pengajiannya.

Apabila makngah tidak mengizinkan dia bekerja dan memaksa dia kahwin dengan Syafiq dia tiada pilihan selain menerima pinangan itu.

Syafiq telah meracuni fikiran makngahnya dengan mengatakan Lya telah dirogol. Oleh kerana itu makngah menyetujui perkahwinan yang dibuat oleh keluarga syafiq.

Majlis kahwin Lya hanya sehari dari sekarang. Dia perlu melarikan diri jauh daripada keluarga makngah dan Syafiq.

Lya keluar melalui tingkap rumah dan berlari ke arah pintu pagar.

"Woiii Lya kau nak lari mana ha?"jerkah satu suara dari belakang. Tanpa menoleh Lya terus lari hingga dia dilanggar seseorang.

"Lya!" terkejut Zarif apabila melihat wanita kesayangannya berlumuran darah.

Tanpa menunggu lebih lama Zarif mencempung badan Lya dan diletakkan di bahagian belakang.

Sudah lama dia tidak bertegur dengan gadis itu. Bila jumpa hanya melemparkan senyum antara satu sama lain.

Sampai sahaja di hospital Zarif memanggil jururawat untuk membawa Lya ke bilik rawatan.

Setelah Lya dimasukkan ke dalam bilik rawatan Zarif hanya menunggu di luar bilik itu.

Dia tertanya tanya apa yang terjadi kepada gadis itu kerana dia ternampak Lya melarikan diri dan dia tanpa sengaja terlanggar Lya.

Tidak lama kemudian doktor yang merawat Lya keluar dan memberitahu keadaan Lya. Setelah doktor itu pergi Zarif masuk ke dalam wad yang telah dipindahkan Lya.

Zarif melihat Lya sedang tidur dan dia berlalu duduk di kerusi di tepi katil.

Dia akan menunggu sehingga gadis itu sedar dan dia akan menanyakan hal yang terjadi kepada gadis itu setelah lama tidak bertemu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience