Lya membuka matanya perlahan dan memejam semula kerana cahaya lampu yang berada di depannya.
"Lya" panggil Zarif. Lya menoleh ke arah suara itu. Zarif tersenyum bahagia kerana keadaan Lya baik baik saja.
"A...awak buat ape dekat sini?" soal Lya hairan. Dia membetulkan tudung di kepalanya. Dia bangun duduk bersandar di kepala katil
"Saya yang bawa awak datang sini tadi dan... saya nak minta maaf sebab terlanggar awak. Saye betul betul tak sengaja." ujar Zarif dihurung perasaan bersalah.
"Tak pe" jawab Lya walaupun dia agak terkejut tapi dia mengaku itu juga silapnya kerana tidak memandang kiri kanan sebelum melintas.
"err.. tadi saye terangkat awak sebab terlalu cemas. Sorry saye tau awak tak suka disentuh. I'm really sorry." ujar Zarif sambil menundukkan kepalanya.
"Tak pe lagipun thanks sebab dah tolong saye" balas Lya kerana melihat lelaki itu seperti betul betul rasa bersalah.
"Awak boleh saye tanye awak something?" soal Zarif teragak agak.
"Ape?" balas Lya.
"Kenapa awak lari keluar dari rumah awak tadi? awak ade masalah ke? kalau awak tak keberatan boleh saye tau" soal Zarif.
"Saye dipaksa kahwin dengan orang yang saye benci dengan perangai dia" ujar Lya sambil air mata mengalir perlahan.
"Orang tu ialah syafiq... saya tak nak kahwin dengan dia saye benci dia. Tapi saye tiada pilihan selain lari sebab esok adalah majlis perkahwinan yang saya tak setuju." ujar Lya lagi dalam keadaan menangis.
"Kenapa awak tak kahwin dengan dia?" Zarif cuba menduga.
"Dia bukan lelaki yang dan disebabkan fitnah dia lah semua ni terjadi" jawab Lya dan menunduk.
"Lya saye ade cadangan untuk awak tak jadi kahwin dengan Syafiq dan awak akan kahwin dengan saye." ujar Zarif mencuba nasib.
Sebenarnya sudah lama dia jatuh cinta kepada Lya semenjak hari pertama mereka bertemu. sementara ada kesempatan lebih baik dia rebutkan peluang yang ada
"Tapi saye terlalu muda untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri." Lya menolak rancangan lelaki itu.
"Lya saye tak kisah pun semua tu yang penting hidup awak tak terjerat dalam hidup syafiq" Zarif masih lagi cuba memujuk
"Baik saye terima" jawab Lya perlahan. Setelah berfikir akhirnya Lya membuat keputusan untuk berkahwin dengan Zarif berbanding syafiq.
Share this novel