Selama seminggu perkahwinan mereka Lya berasa sangat gembira. Hari ini Lya memasak sarapan pagi walaupun ibu bapa Zarif melarangnya.
Zarif menuruni tangga menuju ke arah dapur. Dia melihat Lya yang sedang sibuk menggoreng sesuatu.
Dia memeluk pinggang wanita itu. Lya yang sudah tahu gerangannya hanya melanjutkan kerjanya.
"Sayang masak apa?" soal Zarif. Lya menutup api dapur dan menoleh belakang.
"Bihun goreng je" Ujar Lya sambil melepaskan pelukan di pinggangnya. Lya baru perasan hari ini Zarif mengenakan pakaian pejabat.
"Hubby nak pergi mana?" soal Lya hairan.
"Kan hubby dah cakap hari ni hubby kena pergi kerja." jawab Zarif. Lya hanya mengangguk. tidak lama kemudian mama dan papa Zarif memasuki kawasan dapur.
"mama papa jom makan Lya dah siap masak." panggil Lya sambil mencedukkan bihun goreng ke dalam pinggan.
"Mama dah cakapkan jangan susah susah nak masak bibik kan ada" tegur mama.
"tak pe lah ma Lya dah biasa buat kerja umah" jawab Lya sambil tersenyum.
"Ma pa Zarif kena gerak dulu kejap lagi ada meeting." ujar Zarif sambil bangun dan mencium dahi Lya dan menyalam tangan kedua ibu bapanya.
Selepas sarapan Lya meneruskan untuk masak makan tengah hari. Mama dan papa pula keluar dating.
Selesai masak Lya bertanyakan tentang pejabat suaminya kepada mama melalui panggilan. Lya bersiap untuk ke pejabat suaminya membawa makanan.
Share this novel