1

Short Story Completed 2357

"Weyh Lya" panggil Sofia kepada seorang wanita yang sedang mengulang kaji pelajaran di dalam kelas pada waktu rehat.

Wanita itu menoleh dan tersenyum seraya melambaikan tangan je arah sahabat baiknya itu.

"Pia kau dari mana?" soal Lya kepada Sofia.

" Aku dari kantin la" jawab sofia. Dia melabuhkan duduk di sebelah Lya.

" Wey kau tau tak hari ni ade pelajar baru yang akan masuk kelas kita esok" ujar sofia dengan teruja.

Lya hanya mengangguk. Zalya seorang wanita yang peramah dan baik hati. Sofia pula seorang wanita yang ceria dan sentiasa membuat Lya gembira.

Kringg!!!
Bunyi loceng menandakan waktu rehat telah tamat. Semakin ramai pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM memasuki kelas itu.

"Hai sayang" tegur seorang lelaki yang duduk di hadapan meja Lya dan Sofia.

"Kau ni Syafiq kalau sehari tak ganggu Lya memang tak sah kan" menyampah sofia. Lya hanya buat tak tahu dan tekun mengeluarkan buku pelajaran Bahasa melayu.

"Eh makcik aku tak kacau kau pun. Aku cuma nak kawan dengan Lya je" Syafiq membalas kata kata sofia pada dirinya.

"Lya awak dah makan?" Tanya syafiq sambil tangannya gatal mengambil buku tulis Lya dan menyelak halaman buku itu.

"Dah" Jawab Lya sepatah sambil memberi isyarat mata pada sofia supaya mengambil semula bukunya di tangan syafiq.

Tanpa menunggu sofia terus merampas buku tulis Lya di tangan syafiq. Syafiq memandangnya dengan renungan tajam namun sofia hanya beriak biasa.

"Ape masalah kau ni sofia?" marah Syafiq tak puas hati.

"Saya yang suruh dia ambil buku saya semula. Baik awak pusing depan syafiq." ujar Lya yang sedang memandang ke arah syafiq yang sedang tersenyum memandang ke arahnya.

"Ok sayang" balas syafiq dengan wajah gembira dan melayangkan flying kiss pada Lya.

"Werkk" sofia membuat aksi hendak muntah kerana meluat dengan perangai syafiq yang selalu menganggu Lya.

Lya hanya buat tak tahu. Tidak lama kemudian guru bahasa melayu masuk ke dalam kelas mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience