Malam itu Lya menunggu kepulangan Zarif dari pejabat. Dia siap menghidangkan makanan untuk mama dan papa.
Setelah siap menghidangkan makanan dia berlalu ke bilik mama dan papa. Dia mengetuk pintu bilik itu.
"mama jom makan" ajak Lya setelah pintu bilik itu di buka dari dalam.
"Ye sayang nanti mama dengan papa turun makan." ujar mama. lya hanya mengangguk dan berlalu ke biliknya.
Setelah melangkah masuk ke dalam bilik Lya mengambil pakaian dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Setelah siap membersihkan diri Lya menuju ke meja solek dan mengeringkan rambut. Apabila dia ingin menyikat rambutnya ada tangan yang menghalang. Lya menoleh belakang dan tersenyum.
"Hubby bila balik?" soal Lya dan ingin mencapai sikat yang berada di tangan Zarif. Namun Zarif mengangkat tangannya tinggi ke atas.
"Hubby balik lama dah." soal Lya. Zarif hanya mengangguk dan memusingkan Lya mengadap ke cermin.
Dia menyikat lembut rambut Lya yang wangi. Setelah siap menyikat rambut Zarif mengangkat Lya dan di dudukkan di atas ribanya yang sedang bertenggek di sisi katil.
" Sayang jom kita keluar esok. Lagipun hubby cuti kita boleh lah pergi shopping" ajak Zarif sambil mengeratkan pelukan di pinggang lya.
"Tengok lah dulu macam mana" jawab Lya acuh tak acuh. Zarif mengusap bibir Lya perlahan dan semakin merapatkan wajah mereka.
Zarif menyambar bibir Lya dan melumatkan bibir itu. Lya terkaku namun dia cuba untuk membalas ciuman itu.
"Sayang.... hubby nak tuntut hak hubby malam ni boleh tak?" soal Zarif membuatkan Lya terkaku. Lya bagi je lah laki kau tu nak tuntut hak dia.
Lya hanya mengangguk dengan senyuman malu. Zarif meragut bibirnya dan diurut lembut. Lya semakin berdebar namun dia hanya membalas ciuman zarif.
Zarif melepaskan ciuman dan membaringkan Lya di atas katil. Lya kelihatan sukar untuk bernafas dengan nafas yang tersekat sekat.
Zarif membuka butang bajunya dan melemparkan pakaian ke merata tempat. Selepas membuang pakaiannya Zarif membantu Lya membuka pakaian.
Setelah itu bermula lah malam mereka berdua melayari bahtera cinta mereka.
Share this novel