10

Short Story Completed 2357

Selepas menyalin pakaian Lya menunaikan solat zohor. selepas solat Lya turun ke bawah mencari kelibat suaminya.

Lya mencapai telefon apabila tidak menjumpai Zarif. Namun panggilannya tidak dijawab. Dengan malas dia menuju semula ke biliknya untuk tidur.

Zarif memarkingkan kereta di tepi rumah banglo itu dan berlalu masuk ke dalam. Dia mencari kelibat Lya namun tiada.

Dia menuju ke bilik dan terlihat isterinya sedang tidur mengiring. Zarif berlalu ke bilik air dan membersihkan diri.

Setelah membersihkan diri Zarif keluar dan menunaikan solat zohor. Setelah selesai solat Zarif menyalin pakaian.

Zarif membaringkan diri di sebelah Lya yang sedang tidur. Dia memeluk pinggang Lya yang sedang berbaring membelakangi dirinya.

Apabila rasa tidur terganggu dia berpusing mengadap ke arah Zarif dengan mata terpejam. Zarif tersenyum melihat refleks yang ditunjukkan oleh Lya.

"Hmmm..." Lya mengigau perlahan dengan nafas yang turun naik. Zarif memerhati buah dada isterinya yang turut bergerak ketika bernafas.

Sabar Zarif kau jangan ikutkan sangat nafsu kau tu tegur suara hati zarif. Zarif tersenyum sendiri dan melelapkan matanya.

Angka jam menunjukkan angka 4 petang Lya terbangun dari tidurnya. Lya terasa ada benda berat di atas pinggangnya.

Lya mengangkat wajah memandang di depannya dan terjerit kecil.

"Arah!!!!" jerit Lya lantas melompat turun ke bawah katil. Zarif yang mendengar jeritan itu terkejut lantas terbangun dari tidurnya.

"Nape sayang jerit?" soal Zarif dengan mata terpejam.

"Nape tidur sebelah saye dengan tak pakai baju lepas tu awak peluk saye" ujar Lya gugup. Zarif tergelak kecil lantas bangun menarik tangan Lya dan didudukkan di atas ribanya.

Tanpa sempat Lya melarikan diri dirinya telah jatuh di atas riba Zarif. Lya cuba untuk bangun namun tak berjaya.

"Awak lepas lah... dah lewat nak solat asar nii" rayu Lya dan cuba untuk bangun.

"No.. hubby nak sayang panggil hubby dulu baru hubby lepaskan" ujar Zarif semakin mengeratkan lagi pelukan di pinggang Lya.

"Tak nak" rengek Lya.

"Ok fine kalau sayang tak nak hubby boleh kiss macam tadi" ujar Zarif sambil mengangkat sebelah kening.

Zarif semakin merapatkan lagi jarak antara mereka. Jantung Lya tengah bekerja keras sekarang. Lya semakin panik sekarang.

"Hubby" terpaksa Lya menggelar dengan panggilan 'hubby' itu. Zarif tersenyum bangga.

"Ye sayang" jawab nya.

"Boleh tak lepaskan saya. saya nak mandi lagi lepas tu nak solat." ujar Lya masih lagi memujuk.

"Jom mandi sekali" Zarif berpura pura ingin mendukung lya. lantas Lya terjun dan berlari ke bilik air.

Setelah menutup pintu Lya menghela nafas panjang. Nasib baik aku cepat lari kalau tak mati aku.. gumam Lya sendiri. Zarif yang berada di luar sudah tergelak besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience