2

Short Story Completed 2357

Tepat pukul 6.30 pagi berjalan kaki ke arah pondok bas. Lya seorang anak yatim yang tinggal bersama ibu saudaranya. Iaitu adik kepada arwah ibunya.

Apabila melihat bas sampai Lya bangun dan berdiri di depan pondok bas. Setelah pintu bas terbuka Lya melangkah masuk ke dalam.

Lya mencari tempat untuk duduk namun tiada tempat untuknya duduk. Lya memilih untuk berdiri di sebelah seorang wanita islam yang sedang duduk.

Lya merasa tidak selesa bila merasakan ada seorang lelaki yang berdiri di belakangnya dengan jarak 1 meter.

Apabila bas berhenti berhampiran sekolah menengah itu. Lelaki yang berdiri di belakangnya tadi turut melangkah.

Lya melangkah laju ke arah pagar sekolah. Sebelum sampai di hadapan pagar sekolah Lya terlebih dahulu ditarik oleh lelaki tadi.

"Bagi semua duit kau" ujar lelaki itu sambil mencengkam lebih kuat lengan Lya.

"Lepas lah" ujar Lya meringis kesakitan di lengan. Dia berusaha supaya tidak menyentuh kulit lelaki itu.

Keadaan yang gelap dan masih awal tidak mempunyai pelajar lain. Pegawai keselamatan sekolah juga tiada di situ kerana sedang meronda kawasan sekolah.

Lya seorang yang menjaga batas pergaulan. Dia tidak suka disentuh oleh lelaki yang bukan mahram.

Sedang Lya bergelut dengan lelaki itu ada suara yang membuatkan tindakan lelaki itu terhenti dan menoleh ke arah suara itu.

"Lepaskan dia" ujar lelaki yang memakai seragam sekolah itu.

"Baik kau pergi dari sini sebelum aku bunuh kau" ujar lelaki yang sedang mencengkam lengan Lya.

"Baik kau lepaskan dia sebelum aku belasah kau" ujar lelaki itu dan berjalan menghampiri Lya dan lelaki jahat.

Tanpa sebarang kata terus dia menumbuk lelaki yang mencengkam lengan Lya dan menyebabkan pegangan pada lengan Lya terlepas.

Setelah dibelasah lelaki jahat tadi terus melarikan diri dari situ. Lelaki itu menoleh ke arah Lya yang sedang menangis.

"Awak okey?" soalnya sambil cuba untuk mengundur menyentuh lengan Lya. Namun Lya mengundur ke belakang.

"Terima kasih" ujar Lya dan berlalu masuk ke dalam kawasan sekolah menengah. Lelaki itu hanya melihat langkah gadis itu yang telah jauh darinya dengan senyuman.

"You so pretty" gumam lelaki itu perlahan dan dia juga turut melangkah masuk ke dalam sekolah.

*******

Selepas perhimpunan semua murid diarahkan untuk ke kelas masing masing. Begitu juga dengan Sofia dan Lya.

"Lya kau okey ke?" soal sofia. Dia berasa pelik melihat sikap rakannya yang banyak berdiam diri.

"Aku okey" jawab Lya perlahan sambil tersenyum paksa.

"Aku dah kenal kau lama Lya. Jangan tipu aku boleh tak" pujuk sofia supaya rakannya menceritakan masalah yang dihadapi Lya.

"Pagi tadi aku kena kacau lepas tu ada lelaki datang dan tolong aku" ujar Lya dan melabuhkan duduk di kerusinya setelah masuk ke dalam kelas.

"lepastu kau macam mana? ada cedera ke?" soal sofia cemas dan membelek tubuh rakannya itu.

"Aku okey cuma lengan aku sakit sikit" ujar Lya perlahan.

Baru sahaja sofia ingin membuka mulut guru kelas mereka telah masuk.

" Assalamualaikum semua" Guru kelas mereka memberi salam.

"Waalaikumsalam Mrs" Jawab murid kelas 5A.

"Mrs rasa semua dah maklum kan kelas kita akan ada murid baru. So saya nak perkenalkan dia pada kamu semua. Boy's sila masuk" Mrs menyuruh murid baru itu masuk ke kelas mereka.

Apabila lelaki itu melangkah masuk Lya tercengang. Lelaki itu adalah lelaki yang telah selamatkan dia.

"Weyh kau kenapa Lya?" tanya sofia apabila perasan riak wajah Lya seperti terkejut.

"Zarif u boleh duduk belakang Lya." ujar Mrs pada lelaki itu.

Zarif berlalu dan menuju ke arah yang ditunjukkan oleh Mrs tadi. Zarif tersenyum apabila melihat Lya yang turut berada di kelas itu.
Lya hanya menunduk apabila lelaki itu lalu di sebelahnya.

"Weyh Lya kau kenapa ni macam nampak hantu he" ujar sofia.

"Kalau kau nak tau.... tu lah lelaki yang tolong aku tadi" jawab Lya.

Pap!
Tidak semena mena lengan Lya yang dicengkam lelaki jahat tadi ditampar oleh sofia akibat terkejut.

"Auuu.. sakit lah Pia" rungut Lya sambil menggosok perlahan lengannya yang sakit.

"Sorry aku tak sengaja Lya" ujar sofia dengan rasa bersalah.

Zarif yang memerhati dari tadi tersenyum melihat Lya yang mengaduh kesakitan .

"Okey Mrs keluar dulu korang boleh tunggu guru bahasa melayu datang" ujar Mrs dan2berlalu keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience