9

Short Story Completed 2357

Lya membuka peti ais dan mengeluarkan bahan mentah. Dia mula masak masakan yang simple saja.

Setelah selesai masak Lya menuju ke bilik suaminya untuk mengajak lelaki itu makan kerana dia sudah lapar.

"Laa dia tidur" gumam Lya perlahan sambil tersenyum. Dia mendekati katil dan duduk di sisi katil di belakang Zarif.

"Awak.." kejut Lya namun tiada reaksi dari Zarif.Dia cuba lagi sehingga Zarif bangun.

"Kenapa sayang?" tanya Zarif dengan suara serak bangun tidur. Lya seperti terpukau dengan suara itu.

Awww seksinya, kata hati Lya. Wei Lya baik kau bangun cepat. Lya terkebil kebil dan bangun berdiri.

"Makanan dah siap jom turun makan" ajak Lya yang sedang menunduk.

"ok" tanpa banyak bicara Zarif terus menuju ke bilik air untuk mencuci muka. Lya menuju keluar dari bilik itu dan berlalu ke arah dapur.

"Awak meh duduk sini" ujar Lya setelah kelibat Zarif menuruni tangga.

"Sayang boleh tak awak buka tudung awak" Zarif pelik kerana Lya selalu memakai tudung di mana sahaja walaupun di depan dia.

Lya geleng kepala dan duduk di depan Zarif. Dia menyedukkan nasi ke dalam pinggan suaminya.

"Sayang kita dah kawin kan" pujuk Zarif lagi. entah kenapa dia ingin melihat wajah isterinya tanpa memakai tudung.

"Nanti saye buka kat dalam bilik" ujar Lya yang sedang menunduk menjamah makanannya. Zarif turut makan sekali apabila Lya tidak pedulikan dirinya.

Setelah siap makan Lya mengemas meja makan dan mencuci semua mangkuk pinggan yang diguna. Zarif pula berlalu keluar rumah dan menjawab panggilan seseorang.

Setelah siap mencuci pinggang Lya terus menuju ke bilik tidur mereka dia ingin mandi kerana jam menunjukkan angka 1 tengah hari.

Lya menuju ke bilik air dan mandi setelah siap dia terlupa bahawa dia tidak membawa pakaian untuk ditukar.

"Alamak! macam mana ni.. aku tak bawa baju nak salin tuala ada laa" Lya mengeluh perlahan dan mengetatkan ikatan tuala di dada sehingga pahanya.

Dia menjenguk ke luar di dalam bilik itu tiada orang. Mungkin Zarif masih belum masuk kerana bercakap dengan seseorang melalui telefon.

Lya berjalan perlahan menuju ke arah almari. Belum sempat dia sampai di almari pintu bilik dibuka dari luar dan seseorang telah masuk.

Lya berpaling dan terkejut kerana Zarif telah masuk ke dalam. Zarif juga turut terpegun melihat isterinya yang mengenakan tuala dari paras dada sehingga paha.

"A.. awak jangan datang dekat" Lya memberi amaran apabila Zarif semakin merapatinya.

"Kalau awak datang dekat saye jerit" sekali lagi Lya memberi amaran sambil mengundur ke belakang.

Zarif semakin dekat sehingga Lya tidak boleh lari lagi kerana belakang badannya telah rapat ke arah dinding.

Dia menarik pinggang Lya dan memeluknya dengan sangat erat. Dia menhidu wangian dari rambut isterinya yang panjang sehingga pinggang.

"Kalau sayang jerit hubby buat lebih lagi nak?" ugut Zarif tangannya meliar di tengkuk Lya.
Lya menggeleng kepala.

Tanpa menunggu Zarif terus menyambar bibir Lya. Lya terkejut dan dia menolak perlahan dada zarif.
Setelah Zarif lepaskan ciuman dia lihat wajah Lya merona merah kerana malu.

"Kenapa tak balas?" soal Zarif. Dia masih lagi menilik wajah Lya yang merah kerana malu. Lya hanya gelengkan kepala sambil menunduk.

"Dah lah saya nak pakai baju ni awak keluar dulu" ujar Lya sambil cuba melepaskan pelukan di pinggangnya.

"Hubby takkan paksa sayang untuk tunaikan tanggungjawab sayang pada hubby ok" Zarif mengusap lembut pipi Lya sambil tersenyum.
Kemudian dia melangkah keluar meninggalkan Lya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience