Pagi yang dinanti nanti telah tiba. Lya yang telah siap di make up dipanggil turun ke bawah oleh jurumake up.
Dia menuruni perlahan tangga dengan memakai kebaya warna putih dan juga shawl putih. Dia ternampak lelaki yang ingin dikahwininya di depan tok kadi.
Dia duduk di belakang lelaki itu. Zarif menoleh belakang ke arah Lya dan tersenyum. Lya hanya menunduk kerana gementar yang dirasakan sejak tadi.
"Tengku Zarif Bin Tengku Kamal aku nikahkan dikau dengan Nur Zaalya Binti Abdul Rahim dengan mas kahwinnya satu set alat solat"
"Aku terima nikahnya Nur Zaalya Binti Abdul Rahim dengan mas kahwinnya satu set alat solat"
Dengan sekali lafaz Lya kini telah menjadi isteri kepada Tengku Zarif. Sedang dia menunduk seseorang memberi salam dengan berbisik.
"Assalamualaikum isteriku" bisik Zarif perlahan. Dia mencapai tangan Lya dan menyarungkan cincin di jari manis isterinya.
"Sayang salam tangan suami" arah seorang wanita yang turut berada di sebelahnya. Lya tunduk mencium tangan kekar suaminya.
Zarif gementar apabila tangan lembut Lya menyentuh kulitnya buat kali pertama.
Setelah siap akad nikah Lya bersalam dengan wanita yang berada di sebelahnya. Rupanya wanita itu ialah ibu mertuanya.
"Awak saye nak masuk dalam nak tukar baju" Lya memberitahu kepada Zarif yang sedang berbual dengan rakannya.
"Sayang tolong keluarkan baju hubby boleh tak? kejap lagi hubby masuk" pinta Zarif.
Lya sedikit terkejut bila Zarif menggelar dirinya sayang. Namun Lya hanya mengangguk dan berlalu ke atas.
Selepas siap menukar baju Lya memakai tudung bawal. Setelah siap dia meletakkan barang nya di satu tempat.
Tidak lama kemudian Zarif masuk dan mengambil pakaian yang berada di atas katil.
"Sayang dah siap semua barang?" soal zarif sambil membuka baju.
"Dah" Lya menoleh belakang terkejut kerana Zarif tidak memakai baju. Dia menoleh semula ke depan.
Zarif tergelak dengan tingkah isterinya. Setelah siap menyalin pakaian di menuju ke arah Lya dan mencuit bahu isterinya.
"Sayang jom kita dah nak kena balik KL. Tak boleh lama sangat nanti makngah marah." Ujar Zarif.
"Awak pakailah baju dulu" ujar Lya yang masih memejamkan matanya.
"Hubby dah lama dah siap pakai baju" jawab Zarif dan mengangkat beg isterinya turun ke bawah.
Apabila sampai di tingkat bawah semua mata tertumpu ke arah mereka. Zarif berlalu keluar dan menuju ke arah keretanya.
"Lya kenapa cepat sangat nak keluar?" tanya jiran sebelah rumah.
"Orang bila dah kena tebuk memang akan cepat keluar dari rumah lepas kahwin." sindir makngah.
Lya mengalirkan air mata dan berlalu keluar dari rumah itu menuju ke kereta suaminya. Tanpa menghiraukan Zarif yang sedang memasukkan barang ke dalam but kereta Lya menghenyak punggung di kerusi bahagian penumpang.
Zarif turut masuk dan memulakan pemanduan mereka ke destinasi yang dituju.
Share this novel