Setelah guru kelas mereka keluar Lya mengeluarkan buku pelajaran Bahasa melayu dan diletakkan di atas meja.
Sedang ralit dia mengeluarkan buku Zarif memerhatikan tingkah laku Lya. Syafiq pusing belakang dan menarik perlahan lengan baju Lya.
Lya mengangkat wajah dan melihat sofia yang sudah tiada di sebelahnya. Lya mencari kelibat sofia namun tiada
Syafiq melangkah dan duduk di tempat Sofia. Lya bangun berdiri dan jauhkan sedikit jarak antara dia dan Syafiq
"Syafiq ape nii? pergilah duduk tempat awak" marah Lya namun suaranya masih dikawal.
"Lya meh la duduk tepi saya boleh kita sembang" ujar syafiq masih lagi duduk di tempat sofia.
"Syafiq baik awak pergi duduk tempat awak sekarang. Saya tak suka lah awak selalu ganggu saya." Ujar Lya
Syafiq masih juga tidak mahu bergerak. Lya berlalu dan melangkah ke arah sofia yang sedang bergosip.
Tidak lama kemudian sofia dan Lya menuju ke arah syafiq. Tanpa sebarang kata telinga syafiq terus dipiat oleh Sofia
"Eh ape masalah kau ni Pia. Sakit telinga aku bodoh" marah Syafiq sambil bangun berdiri.
"Kau tu sape suruh duduk kat tempat aku" Marah Sofia semula dan duduk kembali di mejanya. Begitu juga dengan Lya.
Setelah syafiq melangkah pergi Zarif bangun berdiri dan menuju ke arah Lya. Dia meletakkan sekeping kertas kecil.
Lya mendongak memandang gerangan yang memberi kertas itu pada dia. Zarif tersenyum memberi isyarat supaya Lya membuka lipatan kertas itu.
'Awk ok ke?' Itu lah perkataan yang ditulis oleh Zarif. Lya memandang di sebelahnya namun tiada orang.
Lya memandang belakangnya ternyata Zarif sudah berada di situ. Lya hanya melemparkan senyuman pada lelaki itu.
Lya mula menulis jawapan bagi pertanyaan lelaki itu. Lya menyuruh Sofia berikan kertas kecil tadi kepada Zarif.
Belum sempat Zarif membalas guru telah masuk ke dalam kelas mereka.
Share this novel