BAB 9

Romance Completed 20050

“Jemputlah masuk aunty, uncle.” abang Ilyas mempelawa.

Aku sekadar memerhati sambil menunggu along. Lambat pula along ni. Katanya nak beli rokok di kedai runcit. Ini buat rokok ke beli rokok? Dan bila masa pula along start merokok? Kena siasat ni!

“Masuklah Aisya.” Ilyas bersuara.

“Nanti Aisya masuk. Abang Ilyas, nak tanya sikit boleh?” pintaku.

“Apa?” dia mengangkat kening.

“Bila masa along tu start merokok?” tanyaku.

“Last year kut. Lepas putus cinta.” beritahu Ilyas.

“what? Putus cinta? Since when along bercinta?? Kenapa Aisya tak tahu pun??” gumamku geram. Along ni dah pandai berahsia! Padahal aku sahaja satu-satunya adik beradik yang dia ada. Takkan tak boleh sharing dengan aku ? Geram! Geram! Aku mengepal tangan tanda tidak puas hati. Rasa nak tumbuk sahaja muka along nanti.

Suara Ilyas yang ketawa membuatkan aku sedikit tersentak. Aku memandang wajahnya yang sedang ketawa itu. Pelik.

“Kenapa abang ketawa?” tanyaku.

“Abang just pelik. Kenapa Aisya geram sampai macam tu sekali? Along memang dah lama bercinta. Dari sekolah menengah lagi. Aisya je yang tak tahu.” ujar Ilyas panjang lebar.

“What? Kenapa Aisya tak tahu! Geramnnya!!” aku mencebik bibir.

Aku nampak kelibat along yang datang hampir. Cepat-cepat aku sekeh kepala along.

“Uit! Kenapa ni?” Aiman menggosok-gosok kepalanya.

“Along start bercinta masa sekolah menengah lagi? And Along start merokok lepas putus cinta? Apa ni along??” tanyaku dengan nada marah. Memang marah sangat dah ni.

Aiman memandang wajah Ilyas sambil mengangkat kening. Dia tidak faham kenapa adiknya marah sampai begitu sekali. Ilyas sekadar menjongket bahu.

“Laa.. Takkan along nak cerita dekat adik masa tu. Adik baru je darjah 2. Tak faham lagi apa itu cinta. So, along tak ceritalah.” ujar Aiman lembut. Faham benar dengan muka adiknya yang mahu merajuk itu.

Betul juga ek? Kenapa aku sensitif sangat tadi? Huh. Aku mengeluh perlahan.

“Huh. Satu lagi, adik tak suka along merokok. Serius tak macho!” aku memberi ayat terakhir lalu masuk ke dalam rumah abang Ilyas dan meninggalkan along di belakang.

Aiman dan Ilyas masing-masing galak ketawa.

“Kau beritahu apa dekat Aisya?” tanya Aiman kepada Ilyas.

“Aku beritahu hal sebenarlah.” terus Ilyas ketawa.

“Banganglah kau ni. Dah tahu Aisya tu sensitif, janganlah pergi cerita tentang aku putus cinta. Karang dia gi cari ex aku. Naya je.” ujar Aiman.

“Haha. Tak mungkin punya..” balas Ilyas.

“Huish. kau tak kenal adik aku macam mana. Dia pernah tampar sepupu perempuan aku dulu. Sebab perempuan tu mengejek aku gemuk waktu tu.” cerita Aiman.

“Biar betul? Masa tu dia umur berapa?” tanya Ilyas teruja nak tahu.

“Siapa?”

“Aisya lah.”

“Masa tu dia form 1. Berani betul si Aisya tu.” Aiman ketawa. Tak percaya Aisya seganas itu.

“Ganas adik kau.” Ilyas menggeleng-geleng kepala sambil ketawa.

“Eleh.. Ganas itu juga yang kau suka, kan?” Aiman mengangkat kening nakal.

Spontan muka Ilyas menjadi merah. Malu!

“Siot!” marah Ilyas.

Aiman ketawa sakan. Seronok mengenakan kawannya ini.

“Bila kau nak mula?” tanya Aiman.

“Lepas makan. Kau doakan aku ya?” pinta Ilyas.

“In Shaa Allah . Dia mesti terima. Yakin!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience