BAB 4

Romance Completed 20050

Along mengajak aku keluar dari kereta sebentar jika aku bosan berada di dalam kereta. Tapi, aku katakan tidak mengapa. Aku mahu duduk di dalam kereta juga. Biarlah along berbual dengan kawannya itu.

“Sure adik tak nak keluar? Along nak borak dengan kawan along ni. Maybe kejap je kut. Adik kunci kereta ni dari dalam tau. Kalau ada orang yang mencurigakan, terus call along. Ingat!” pesan Aiman di luar kereta.

“Iyaaa… Along pergilah. Huh.” aku mengetap bibir. Geram betul dengan along ni. Layan aku macam kanak-kanak! Hello? Aku dah 20 tahun. Dah besar lah…

20 minit berlalu. Serius rasa menyesal gila tak ikut along tadi. Aku dah mula bosan duduk dalam kereta ni. Mana along pergi ni? Lama betul!

Tidak lama kemudian aku dah nampak kelibat along berjalan dengan seseorang. Lelaki. Heh? Sejak bila along ada kawan orang tua ni? Mataku terkebil-kebil memandang mereka. Along ada kawan macam ni kah?

Lelaki berjambang itu mengetuk tingkap kereta pada bahagianku. Along tersenyum. Aku jadi tidak faham. Ada apa ya? Perlahan-lahan aku membuka tingkap kereta.

“Hai.” lelaki berjambang itu menyapa.

Erkk..

“Along? Jom lah balik! Adik dah lapar ni!!” marahku dengan nada kuat. Sebenarnya aku takut dengan kawan along yang berwajah pelik tu. Seram dohhhh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience