BAB 12

Romance Completed 20050

Along menumbuk bahu aku perlahan.

“ceh.. Kata tak nak kahwin.. Ni tiba-tiba setuju kahwin apa cer??” sindir Aiman. Aku memuncungkan mulut. Tak sukalah main acah-acah macam ni. Malu tau!

“Dah semua main paksa Aisya. Aisya dahlah tak tahan tengok wajah sayu mama dan papa. Aisya tak nak jadi anak derhaka okay..” balasku bersahaja. Padahal aku sudah ada plan baik punya!

Ya. Kini aku sudah sah menjadi isteri kepada Ilyas. Ilyas Shahmi yang sebaya dengan Aiman. Tak ku sangka.. Tak ku duga.. Adalah menjadi satu penipuan sekiranya aku tidak terharu akan pernikahan ini. Aku sendiri tidak dapat menganalisis akan perasaan aku alami sekarang. Padahal pada awalnya aku sudah menentang hebat untuk menolak lamaran Ilyas. Tetapi, apakan daya, kucuma insan biasa. Haha. Nak bermadah pulak! Ada gaya sasterawan ni. Kalah A.Samad Said. Okay, mengarut.

Nak dipendekkan cerita, aku sebenarnya ada berjumpa dengan Yaya dek tekanan berada di rumah. Mana tidaknya, semua pakat sebulat suara untuk mengahwini aku dengan Ilyas.

Apabila aku tiba di rumah Yaya…

“Serius ke weh?? Dia lamar kau? Fuyooo..” mahu nak terbeliak biji mata Yaya ni.

“Wei.. Kau jangan nak menambahkan tekanan aku. Boleh dak?” aku mengurut dahi. Pening! Boleh diserang penyakit migrain aku nanti. Serius wa cakap sama lu.

“Apa susah? Terima jela.” spontan Yaya memberi idea. Tak boleh pakai betul punya kawan.. Aku ingat dia nak bagi idea baik, ini sama je macam keluarga aku.

“Kau gila? Aku tak naklah weh. Kalau aku kahwin dengan dia, musnah! Musnahlah harapan aku nak study di Russia! Letih aku study siang malam menghadap buku 24 jam, alih-alih tak jadi pergi Russia. Kecewa gila aku rasa.” ujarku.

“Eleh.. Kau belum lagi dapat tawaran ke Russia. Kalau kau tak dapat, macam mana? Abang Ilyas tak dapat, Russia pun tak dapat.. Kempunanlah kau jawabnyaa..” pedas sindiran Yaya. Serius menusuk ke kalbuku.

“Janganlah doa macam tu! Hancur cita-cita aku dengar kata-kata macam tu..” aku tiba-tiba menjadi sebak. Sedih apabila kawan baik sendiri tak back up kita. Huuu.. Rasa nak merajuk setahun untuk mengubat hati yang duka.

“Alah.. Aku bukan nak tengok kau sedih macam ni.. Aku dah bagi kata-kata semangatlah ni.. Cuma dalam bahasa tersirat sikit. Hehe.” Yaya tersengih.

“Kenapa tak bersemangat langsung aku dengar. Rasa luruh gila dah hati aku ni.” balasku.

“Motif ayat aku tadi, kau fikirlah baik-baik. Mungkin Allah sengaja nak bagi kau dugaan macam ni. Kau kena minta petunjuk daripadaNya. Antara Russia atau Ilyas, mana lagi penting?” tanya Yaya.

Aku tidak dapat memberi jawapan untuk pertanyaan Yaya itu. Tiba-tiba sahaja aku jadi terpaku dan mati kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience