BAB 2

Romance Completed 20050

2012

Namaku Aisya Humaira binti Rafizi. Umurku 20 tahun. Aku seorang budak yang dalam program awal medik. Lagi dua bulan aku akan menghadapi test akhir. Nervous,cuak semua ada!

Lepas ni, aku nak apply medik di Rusia. Kalau ada rezekilah. Hihi..

“Hoi ! Berangan!!” terasa badanku dihempuk sesuatu. Lantas aku menoleh belakang. Kurang asam betul minah ni!

“Hei Yaya! Kau ni mengganggu betul. Aku tengah berangan nak pi terbang Rusia ni.. Tak sabau!” ujarku teruja.

“Exam dulu! Lepas tu barulah berangan nak pi istana kayangan sekali pun! Eh, kau betul-betul nak amek medik dekat Rusia ke?”tanya Suraya.

“In Shaa Allah.. Dah itu cita-cita aku selama ni.. Kau doakan aku yep!”

“Kau mesti boleh! Aku tak nak lah pi luar negara. Aku nak apply universiti kat Malaysia je. UKM kan ada? Hehe..” Suraya tersengih nakal.

Eleh.. Padahal nak dekat dengan buah hati pengarang jantungnya itu. Macamlah aku tak tahu. Buah hati dia sedang menuntut di UKM.

“Hmm.. Suka hati kaulah Yaya. Janji bahagia.” ujarku endah tak endah.

Aku membuka dompet. Lantas kuhitung duit yang tinggal. Ada RM300 lagi. Harap-harap cukuplah untuk bulan ni. Sedang aku membelek-belek dompet tersebut, aku mengambil gambar yang terselit.

Gambar abang Ilyas dengan aku sedang memotong kek . Masihku ingat peristiwa dahulu. Tarikh hari lahir aku dengan abang Ilyas jatuh pada hari yang sama. Jadi, mama memutuskan untuk celebrate bersama-sama. Segan dohh.. Pegang pisau sama-sama dengan abang Ilyas. Nasib baik masa tu aku belum akil baligh. He he.. Aku mula mengulum senyuman nakal. Ceh! Padahal masa tu baru darjah dua kut!

“Siapa tu? Abang kau ek?” tanya Yaya.

“Tak adalah. Kawan along aku.” jawabku sambil memegang gambar tersebut.

“Rapat betul kau dengan kawan along kau? Masa tahun bila ni?” tanya Yaya lagi.

“Entah. Masa ni aku darjah dua kut. Dia tingkatan 4.”

“Hensem!”

“Dia dah mula dahhh..” aku menggeleng-geleng kepala. Si Yaya ni pantang benar nampak orang hensem.

“Mana dia sekarang?”

“Entah. Tak ada kena mengena dengan aku. So, aku tak ambil tahu.” selamba aku membalas. Sebenarnya aku pun tertanya-tanya di mana keberadaan abang Ilyas sekarang. Sudah kahwin atau belum? Hish! Gatallah kau Aisya! Umur aku baru sahaja 20 tahun! Mana boleh fikir pasal kahwin! no! no!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience