BAB 15

Romance Completed 20050

“Bang, Aisya dah dapat surat tawaran belajar. Jom buka sama-sama.” ajakku sambil menarik lengannya daripada memegang buku.

“Sekejaplah.. Abang nak tanda ni kejap.” ujarnya.

“Alah.. Cepatlah..” rengekku.

“Okay. Siap. Jom buka sama-sama.” Ilyas sudah bersedia.

Aku mebuka surat tersebut perlahan-lahan. Berdebar pula rasa hati ini. Takut tak dapat melanjutkan pelajaran ke Russia. Mesti kecewa gila.

Sebaik sahaja surat dibuka, aku melarikan kertas tersebut daripada Ilyas.

“Eh.. Mana aci.. Abang nak baca jugak.” gumamnya.

“Biarlah Aisya baca dulu..” aku mengekek ketawa.

Aku membaca surat tersebut. Sampai di bahagian tengah, aku sudah tidak sanggup menghabiskan bacaan lagi. Aku meletakkan surat tersebut ke bawah. Tubuh Ilyas ku peluk segera.

“Aisya tak dapat. Aisya tak dapat.” teresak-esak aku menangis.

Ilyas mengusap belakang badan isterinya lembut.

“Sabarlah sayang. Mungkin tak ada rezeki.” pujuknya.

“Impian Aisya musnah bang. Musnah!” jeritku. Cita-cita aku sejak kecil untuk ke Russia sudah musnah.

“Hei, jangan cakap macam tu. Aisya just tak dapat melanjutkan pelajaran ke Russia. Tapi, bukan bermakna Aisya tak dapat belajar terus. Aisya kena bersyukur tahu. Orang lain ramai lagi nak ambil jurusan medik ni. Cuba belajar bersyukur sikit Aisya.” ujar Ilyas dengan nada serius. Aku tiba-tiba tersentap. Tangisanku segera terhenti.

“Abang tak faham! Abang tak faham apa impian Aisya! Sudahlah bang.” aku meleraikan pelukan. Lantas ku atur langkah masuk ke dalam bilik. Bantal dipeluk kemas. Aku menangis lagi sehingga aku tidak menyedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience