BAB 10

Romance Completed 20050

Sebaik sahaja selesai bersarapan, aku berjalan di sekitar ruang tamu di rumah tersebut. Aku suka perhiasan di rumah ini. Dindingnya bercorak bunga, keharuman di dalam rumah ini juga berbau bunga. Tak silap aku bunga melur. Wangi!

“Ma, Aisya suka keharuman dalam rumah ni. Semua bau bunga. Dekat dining room, bau bunga kenanga dekat ruang tamu bau bunga melur. Aisya suka!” ujarku teruja. Memang aku suka bau yang mendamaikan macam ni. Hihi.

“Ha’ah kan. Mama pun suka.” mama bersetuju.

“Rumah aunty memang bau bunga. Ilyas yang sukakan bunga. Habis satu rumah dia hias dengan bunga. Nasib baik aunty tak alah pada bunga.” celah aunty Erma.

Aku tersenyum. Teringat pula dekat Yaya yang memang alah bebeno pada bunga.Pantang dekat sikit, terus bersin tak henti-henti. Ayoyo..

Semua orang berkumpul di ruang tamu. Papa dan uncle Kamil masuk dan menuju ke ruang tamu begitu juga dengan along dan Ilyas.

“Alang-alang semua dah ada, bolehlah kami menyatakan hasrat ya?” tanya uncle Kamil.

Aku buat tidak endah. Mungkin perbincangan ni penting bagi papa. Jadi, tidak perlulah aku masuk campur. Aku bertwitter di sebalik hand bag. He he. Teruk betul perangai aku ni.

“Mungkin lebih elok, anak lelaki saya yang menyatakannya sendiri.” ujar uncle Kamil lagi.

“Hmm.. Sebenarnya, saya nak meminta izin daripada uncle Fizi dengan aunty Hani untuk menjadikan Aisya sebagai isteri saya yang sah.” beritahu Ilyas dengan penuh berani.

Malangnya Aisya masih khusyuk dengan twitternya.

“Betul ke ni? Ilyas tak main-main?” papa menginginkan kepastian.

“In Shaa Allah uncle. Saya akan jaga anak uncle dengan sebaik mungkin.” ujar Ilyas serius.

“Tapi, bagaimana dengan keputusan Aisya?” mama mencuit pinggangku.

Aku tersentak.

“Hah?? Kenapa?” tak pasal-pasal aku melatah di hadapan mereka! Malu…

“Abang nak jadikan Aisya sebagai isteri abang. Aisya sudi tak?” tanya Ilyas sekali lagi.

“hah?” mataku terkebil-kebil tidak percaya. What is going on??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience