BAB 11

Romance Completed 20050

Along masuk ke dalam bilikku tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Nasib baik aku tengah main game. Spoil lah along ni!

“Dah tak reti ketuk pintu dulu ke?” marahku.

“Lah.. Dah pintu terkuak macam tu, kena ketuk jugak ke?” along masih mahu menang.

“hmm.. Nak apa?” tanyaku.

Padahal nak tanya mengenai lamaran abang Ilyas pagi tadilah tu. Huh.. Aku sendiri tak tahu nak kata apa. speechless!

“Kenapa adik tak setuju aje kahwin dengan Ilyas? Lagipun adik sendiri dah lama usha Ilyas tu,kan? Ilyas tu pun dah lama sukakan adik.” beritahu along.

Huh. Ini bukan pasal suka atau tak suka! Ini pasal kahwin. Sehidup semati hingga akhir hayat! aku baru umur 20 tahun. Muda lagi dan tak pernah terfikir pun nak kahwin.

“Along..” aku menekankan panggilan itu. “Cita-cita adik nak sambung pelajaran ke oversea, Russia. Nanti kalau adik dah kahwin, macam mana adik nak ke Russia? Cubalah along faham akan situasi adik ni..” ujarku.

“Alah adik ni.. kat UKM kan ada kos medik tu.” pujuk along lagi.

“Tak sama!! Along tak faham!!” jeritku. Aku sudah hilang sabar. Kenapa semua orang nak paksa aku kahwin ni?

“Hei.. sama je.. Kalau dekat UKM..” belum sempat along menghabiskan ayat, aku menghentak kaki dan keluar dari bilik.

“Along cakaplah sorang-sorang!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience