BAB 16

Romance Completed 20050

Azan subuh berkumandang telah menyedarkanku terjaga dari lena. Pinggangku dipeluk kemas oleh tangan Ilyas. Aku tersenyum hambar. Perlahan-lahan aku melarikan tangannya.

“Bang.. Bangun.” aku mengejutkannya.

Dia menggeliat malas. Masih letih agaknya. Fikirku.

“Abang.. Maarabbukaa..” aku berbisik ke telinganya. sengaja ingin menakutkannya. Serta-merta matanya terbuka luas.

“Hei! Tak baik tau!” marah Ilyas.

Aku mengekek ketawa. Tahu takut!

“Ngee.. Bangunlah! Solat Subuh..” suruhku.

Kami sama-sama mengambil wuduk dan menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Usai menunaikan solat, aku bersalaman dan mengucup tangan si suami dengan penuh ikhlas.

“Aisya minta maaf pasal semalam. Yea, Aisya tak sepatutnya selfish. Sorry ya bang.” ujarku. Aku tahu aku salah.

“Abang dah maafkanlah.. Aisya tak baca surat sampai habis, terus nangis. Apa nak jadi Aisya ni.” Ilyas menggeleng perlahan sambil tersenyum.

“Kenapa bang?” tanyaku, masih tidak faham.

“Aisya dapat tawaran di Australia. The University of Melbourne.” ujarnya.

“Seriously? Abang tak tipu kan?” aku seakan-akan tidak percaya. Subhanallah.. Benarkah?

“Nanti pergi check balik dekat surat tu. Then kalau betul, abang nak merajuk! Sebab sayang tak percaya dekat abang.” Ilyas menarik muncung.

Aku tersengih. Amboi.. Merajuk!

“Haip! Aisya percaya. Aisya percaya. Tapi, abang izinkan tak?” tanyaku. Iyalahkan, aku kan dah jadi isteri orang. Kalau si suami tak izinkan takkan aku nak lawan katanya pula. Tak cium bau syurga nanti. Baru tahu!

“Abang izinkan..” dia mengangguk.

“Seriously?? Waa!! Sayang abang!!!” spontan aku mengucup dahinya.

Ilyas sedikit tersentak.

“Hmm.. Kalau macam ni, rasa sayang pula nak lepas Aisya..” usiknya.

“Ee.. Mana boleh tarik balik.. Nanti buruk siku!” marahku.

Tubuh ku ditarik dan terletak kemas dalam dakapannya. Aroma ini dan kehangatan tubuh ini. Ya, sungguh aku akan merindui dia selepas ini. Terima kasih ya Allah kerana memberiku suami yang sebaik Ilyas. Sesungguhnya aku akan menghargai keputusan yang telah aku putuskan dahulu. Benarlah kata orang, sekiranya kita membahagiakan orang lain dan sanggup mengorbankan kebahagiaan sendiri, Allah akan memberi kita kebahagiaan yang lain pula. Kebahagiaan yang dua kali ganda daripada kebahagiaan yang telah kita korbannya itu. Semoga bahagia ini tidak terusir dan rebah dek dugaan hingga ke akhir waktu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience